Sabtu, 15 Februari 2014

3454. Mokhtar Petah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Mokhtar Petah

NAMA
:Mohd. Mokhtar bin Mohd. Petah
NAMA PENA
:Mokhtar Petah, Akhdiat, M. Fathy, Noor Iskandar. Saiful M.
LAHIR
:03 Julai 1934 di Kampung Ngor, Sauk, Kuala Kangsar, Perak.

BIODATA
MOKHTAR PETAH dalam dunia kesusasteraan dan kewartawanan Melayu telah mula dikenal sejak tahun 1950-an lagi. Beliau menceburkan diri dalam dunia penulisan sewaktu menuntut di Sekolah Agama Teluk Intan, Perak. Tulisan beliau pada peringkat awal banyak tersiar dalam majalah bertulisan Jawi seperti HiboranJuita, Mutiara, dan Mustika yang diterbitkan di Singapura dan kemudian dalam majalah BeliaGelanggang Filem, dan Majalah Guru, yang bertulisan Rumi. Selepas itu tulisan beliau banyak mendapat tempat dalam akhbar penting di Malaysia seperti Utusan MelayuUtusan ZamanBerita HarianBerita Minggu, dan Warta Negara

Mokhtar Petah ialah anak sulung daripada dua orang adik-beradik. Ayahnya berasal dari Indonesia, sementara ibunya dari Patani, Siam. Ayahnya menetap di Perak dan hidup sebagai petani. Semasa kecil beliau belajar di beberapa buah sekolah agama. Antaranya Sekolah Agama Teluk Intan, Perak dan Sekolah Daeratul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas, Seberang Prai. Beliau pernah mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Indonesia tetapi beliau tidak dapat memenuhi cita-citanya itu kerana kemiskinan keluarganya. Walau bagaimanapun, beliau berpeluang mengikuti Kursus Sains Politik untuk penulis dan wartawan politik Asia yang dianjurkan oleh Presiden Soekarno, Indonesia.

Selepas tamat persekolahan, Mokhtar Petah terus menjadikan bidang penulisan sebagai kegiatannya yang utama. Beliau pernah bekerja sebagai pemberita bagi akhbar Warta Negara dan Warta Mingguan yang beribu pejabat di Pulau Pinang. Apabila Utusan Melayu diterbitkan di Singapura beliau menjadi pemberita akhbar tersebut bagi kawasan negeri Perak. Pada akhir tahun 1950-an beliau meninggalkan bidang kewartawanan dan menjadi guru di sekolah agama rakyat bersama Ustaz Abu Bakar Hamzah, seorang ahli politik yang terkenal pada masa itu, di Kampung Berala, Kuala Kangsar, Perak. Kerana pengetahuan agamanya, beliau pernah dilantik menjadi Kadi Kerajaan negeri Perak, tetapi kerana minatnya yang mendalam dalam dunia kewartawanan, beliau berhenti dari jawatan tersebut setelah sehari menjawat jawatan itu. Beliau menumpukan minatnya semula dalam bidang kewartawanan dengan menjadi wartawan kepada akhbar Harian Patriot, Medan, Indonesia.

Apabila Berita Harian diterbitkan di Singapura di bawah pimpinan A. Samad Ismail, Mokhtar Petah menjadi wartawannya di Perak, di samping terus menulis untuk akhbar dan beberapa buah majalah lain di Malaysia dengan menggunakan beberapa nama samaran seperti M. Fathy, Noor Iskandar dan lain-lain. Sebagai seorang wartawan yang ingin melihat kemajuan dalam bidang kewartawanan di kalangan masyarakat, khususnya di kalangan para penulis muda, maka dalam tahun 50an dan 60an, Mokhtar Petah telah menganjurkan beberapa Kursus Kewartawanan di Kuala Kangsar dan di Ipoh, Perak. Ada di antara para pesertanya telah berjaya menjadi wartawan dan editor yang terkenal hasil daripada kursus yang dianjurkannya itu.

Selain daripada itu, semasa menjadi wartawan di Perak, Mokhtar Petah mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan Idris Shah dan bergaul rapat dengan anggota orkestra yang dipimpin oleh baginda. Sebab itu, apabila Allahyarham P. Ramlee datang ke Perak dan berbincang mengenai kegiatan muzik dengan anggota orkestra tersebut, Mokhtar Petah berpeluang berkenalan dengan P. Ramlee. Perkenalan tersebut menjadi bertambah erat dan dengan itu beliau sering mendapat peluang berbincang dengan P. Ramlee terutamanya mengenai skrip filem dan tentang seni kata lagu.

Mokhtar Petah mula berminat dalam dunia penulisan setelah banyak membaca karya-karya Arab dan Indonesia. Antaranya yang ditulis oleh Syed Qutub, Mustafa Al-Ghalayeen, Hassan Al-Bana, Hamka, Sutan Takdir Ali Shahbana, Chairil Anwar, Tan Melaka dan beberapa orang ulama termasuk Haji Agus Salim. Mokhtar Petah pernah mendampingi Hamka sewaktu beliau sering datang melawat Malaysia dalam tahun 1950an. Mokhtar Petah juga pernah bersua muka dan menemuramah Presiden Soekarno semasa Presiden tersebut memegang kuasa di Indonesia.

Di samping menjadi seorang wartawan, Mokhtar Petah menggunakan masa lapangnya menulis novel, cerpen dan rencana umum. Namun sebagai seorang penulis, Mokhtar Petah mempunyai pendirian tertentu tentang peraduan menulis novel dan cerpen. Beliau tidak pernah menyertai sebarang peraduan. Beliau berpendapat: Penulis yang muncul daripada kemasyhuran kerana menang peraduan tidak semestinya akan kukuh sebagai seorang penulis yang idealis. Beliau mendapat bimbingan dan dorongan menulis daripada tokoh seperti A. Samad Ismail, Dahari Ali, Mazlan Nordin, Abdullah Zawawi, Aziz Ishak, Dr. Burhanuddin, dan beberapa orang sahabatnya dari Indonesia.

Pada tahun 1973 telah menerbit dan bertanggungjawab sebagai editor akhbar rasmi Kerajaan Negeri Perak, iaituBerita Perak. Pada masa itu Negeri Perak diketuai oleh Menteri Besar Dato’ Sri Haji Kamaruddin Mat Isa.

Sebagai seorang penulis yang juga menaruh minat terhadap isu-isu kemasyarakatan dan politik, Mokhtar Petah berpendapat: bahawa politik yang berlandaskan AI-Quran dan al Hadis sahaja yang boleh memberi faedah dan manfaat kepada manusia, terutama orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Dalam tahun 1978 Mokhtar Petah berhenti daripada menjadi wartawan Berita Harian lalu menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Kemudian pada awal tahun 1984 beliau berhijrah ke Kuala Lumpur. Beliau pernah menulis untuk majalahEraBerita Kesatuan Pekerja-pekerja Bandaraya dan menjadi wartawan dan editor perunding bagi beberapa penerbitan di ibu kota. Kemudian menjadi Editor Perunding untuk Mingguan Famili dan majalah bulanan HAWA sebelum menerbitkan Majalah IMAN pada 1989. Di samping menjadi Ketua Editor surat khabar mingguan ERA BARU. Kini menjadi Ketua Editor Mata Publication.

KARYA:
Novel
Nama Pena
Tempat
Penerbit
Tahun
m/s
Dinoda
M. Fathy
Singapura
Geliga Limited
1957
40
Janda Lawan Dara
M. Fathy
Singapura
Geliga Limited
1957
40
Terpaut

Ipoh
Pustaka Andalas

91
Kelopak yang Kuncup

Kuala Lumpur
Pustaka Melayu Baru
1965
90
Tandus

Pulau Pinang
Saudara Sinaran Berhad
1967
149
Mereka Hanya Mangsa

Kuala Lumpur
Penerbit Titiwangsa
1977
170
Nekad Anak Watan

Kuala Lumpur
Penerbit Titiwangsa
1977
307
Bunga Mekar yang Ternoda

Subang Jaya
Tra-Tra Publishing & Trading Co.
1980
128
Cinta Tinggal di Rantau

Subang Jaya
Tra-Tra Publishing & Trading Co.
1980
181
Detik-detik Perpisahan

Subang Jaya
Penerbitan Tra-Tra Sdn. Bhd.
1981
253
Hadiah Dari Batin

Subang Jaya
Penerbitan Tra-Tra
1981

Cinta di Langit Zaman

Subang Jaya
Tra-Tra Publishing & Trading Co.
1983
228
Akibat Dosa

Kuala Lumpur
Pustaka Minda
1992

Kasih Ibuku

Kuala Lumpur
Mata Publication
2005

Cerpen
Nama Pena
Tempat
Penerbit
Tahun
m/s
Serpihan Hidup(antologi bersama Nora dan Rokiah Abu Bakar)

Kuala Lumpur
Penerbitan Pustaka Antara
1964
140

Agama
Nama Pena
Tempat
Penerbit
Tahun
m/s
Salman Rushdie Pengarang ‘The Satanic Verses’ (Surah-surah Syaitan) Dihukum Bunuh oleh Mahkamah Islam

Kuala Lumpur
Wadah Pelita
1989

Falsafah Ibadat Umrah dan Haji

Kuala Lumpur
Mata Publication
1990

Akibat Dosa

1993

Rahsia dari Al-Quran: Manusia, Haiwan dan Serangga

Kuala Lumpur

1994

Rahsia dari Al-Quran: Sains dan Seksologi

Ampang
Selangor Citakhidmat
1995

Soal Jawab Masalah Wanita

Ampang
Selangor Citakhidmat
1997

Jerebu

Kuala Lumpur
Pustaka Antara
1997

Umum
Genre
Tempat
Penerbit
Tahun
m/s
Zulkifli Muhammad Dalam Kenangan
Biografi
Kota Bharu
Pustaka Aman Press
1965

Bangsa Melayu Menggugat Dunia

Kota Bharu
Pustaka Aman Press
1966

Siapa Bakal Menteri Besar Perak?

Ipoh
Yayasan Massa
1977

Dr Mahathir dan Masa Depan Negara

Subang Jaya
Penerbitan Tra-Tra
1982

Zulkifli Muhammad: Pelopor Angkatan Islam di Malaysia
Biografi
Subang Jaya
Tra-Tra Publishing & Trading Co.
1983
108
Perak dibawah Pimpinan Menteri Besar Datuk Sri Ramli Ngah Talib

Kuala Lumpur
Karya Bestari
1987

MB Selangor Tergugat kerana Kahwin dengan Puteri Istana

Kuala Lumpur
Mata Publication
1989

Krisis antara Raja-Raja Melayu dengan UMNO

Kuala Lumpur
Mata Publication
1991

Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu

Kuala Lumpur
Art Media
1993

Reformasi Fikiran dan Pembangunan

Kuala Lumpur
Mata Publication
1994

Semarak: Menteri Besar Negeri Sembilan

Kuala Lumpur
Mata Publication
1994

Kejayaan Bersama

Kuala Lumpur
Mata Publication
1995

Datuk Abdullah Badawi: Pejuang Kemanusiaan Sejagat
Biografi
Kuala Lumpur
Pustaka Antara
1997

Sheikh Abdullah Fahim: Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos ’57
Biografi
Kuala Lumpur
Pustaka Antara
1997

Abdul Kadir: Peguam Rakyat
Biografi
Kuala Lumpur
Tabung Kebajikan Ronald McDonald untuk Kanak-Kanak Malaysia
1998

Meniti Derita ke Puncak
Biografi
Kuala Lumpur
Darulfikir
1998

Perjuangan yang belum Selesai: Dr. Mahathir Menangis Demi Bangsanya

Kuala Lumpur
Simfoni Gemilang
1999

Terima Kasih Dr. Mahathir

Kuala Lumpur

1999

Amanah Cekap dan Adil: Falsafah Kepimpinan Dr. Abdullah Badawi

Kuala Lumpur
Yayasan Amal Maaruf Malaysia
2004

Abdullah Badawi Penjana Modal Insan

Raspintar Sdn.Bhd
2006

Akan Terbit
Genre
Tempat
Penerbit
Tahun
m/s
Patah Sayap Bertongkatkan Paruh
Memoir/
Biografi Penulis
Kuala Lumpur

Cinta dan Jihad
Novel

Bunga Padma Di Lembah Nil
Novel

Kelip-kelip di Kota London
Novel

Madu dan Air Mata Kering Di pipi
Novel

Basmi Rasuah

Perjuangan Suci Lima Perdana Menteri
Politik

Kedaulatan Raja-Raja Melayu

Berminat mengarang?

*POLITIK*AGAMA ISLAM*BIOGRAFI*NOVEL*

Kami memikul amanah untuk melatih individu yang bercita-cita untuk menjadi pengarang buku-buku tersebut.

Sumber: http://mokhtarpetah.blogspot.com

HTML NOTE FOR SHARE:

s3v3n

<embed height="200" src="http://flash-clocks.com/free-flash-clocks-blog-topics/free-flash-clock-190.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="200" wmode="transparent"></embed>

s3v3n

<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed>

s3v3n

s3v3n

Tiada ulasan: