Ahad, 16 Februari 2014

3459. Apa macai fikir dan katakan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
KENAPA ANWAR DENGKI SANGAT DENGAN TAN SRI SYED MOKHTAR??

Salah ke ahli perniagaan tersebut untung berbillion..Bukannya ramai pun ahli perniagaan Melayu yang berjaya macam Tan Sri Syed Mokhtar..Yang dok ada satu ni pun nak dijatuhkan mereka..Kenapa ye??

Setahu EP sebahagian daripada keuntungan berbillion ringgit Tan Sri Syed Mokhtar disalurkan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan orang Islam di Malaysia.. Rumah anak anak yatim, rumah orang orang tua, Masjid, sekolah, tahfiz, biasiswa dan banyak lagi..Semua kerja kerja kebajikan ini disalurkan menerusi Yayasan beliau.

Apa yang sedihnya..puak puak DAP dan cina tak sibuk pun nak mengecam dan jatuhkan billionair bangsa mereka tetapi orang Melayu kita semakin menjadi jadi kedengkian mereka..

Kalau kita bercakap soal kos sara hidup yang naik..adakah pengurangan subsidi harga gula menjadi punca rakyat tidak mampu untuk berbelanja...berapa kilo gula kita gunakan sebulan?? Bezanya cuma 2 ke 3 ringgit sahaja sahaja..duit BR1M pun dah lebih untuk tanpung perbezaan ini..

Tapi apa yang apa yang orang kita tak sedar..kos sara hidup di Malaysia naik apabila orang tengah mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati..EP nak tanya kebanyakan orang tengah ni bangsa apa??

Jadi bagi EP..tak perlulah kita dengki sesama bangsa kita kerana ini hanya akan merugikan bangsa kita sahaja..Jadi macam orang cina... Mereka beri sokongan jika ada bangsa mereka berjaya supaya sekolah, persatuan dan tokong tokong mereka juga akan mendapat peruntukan daripada mereka yang berjaya...

Anwar ni berdendam dengan Tan Sri Syed Mokhtar sejak zaman Tun Mahathir lagi..

http://empayar-pemuda.blogspot.com/2014/02/kenapa-anwar-dengki-sangat-dengan-tan.html

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan "kempennya" bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan serangan terhadap monopoli gula Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang dikatakan sebagai punca peningkatan kos sara hidup.

Ketua pembangkang itu berkata, beliau tidak menyerang ahli perniagaan terkemuka itu atas dasar peribadi tetapi kerana kos sara hidup melibatkan kepentingan rakyat.

"Syed Mokhtar kekayaan puluh bilion ringgit. Saya bukan benci dia. Saya tidak suka monopoli gula dikuasai sorang, rakyat terpaksa bayar," katanya ketika berceramah di hadapan lebih 200 penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Taman Impian Murni di Kajang, malam tadi "Harga gula naik sebab monopoli Syed Mokhtar. Saya lawan Umno, Barisan Nasional (BN) termasuk tokoh-tokoh besar,” katanya.

Malaysian Insider

Berita di bawah tentang - Orang yang tak suka PAS tiba-tiba bercakap tentang PAS. Ada udang sebalik mee ... ehem!!!.

HOT : RAHSIA MENGAPA ANWAR TOLAK SHAFEE DIDEDAHKAN TUN DR MAHATHIR Kajang PRK Kajang
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat sudah masanya PKR mengembalikan kerusi Menteri Besar Selangor kepada Pas.

Beliau berkata, PKR bukan menguasai keseluruhan PR seperti Umno dalam BN.

"Pas berhak untuk kerusi itu (menteri besar). Tidak bolelah dikuasai satu parti sahaja bukan macam BN, jumlah terbesar Umno sebab itu pemimpin Umno diangkat jadi perdana menteri.

"Tetapi dalam Selangor bukan PKR punya kuasa terbesar, jadi tidak patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai menteri Besar Selangor yang baru.

Menurut Mahathir dalam perkiraan sama juga Anwar juga bukan calon yang paling berhak untuk jadi perdana menteri.

"Anwar tiada hak untuk meletakkan syarat itu kepada parti dibawah PR," katanya.

Ditanya mengenai siapakah calon BN yang layak menyaingi Anwar dalam pilihan raya kecil ( PRK ) Dun Kajang.

Mahathir berkata, siapa calonnya tidak penting, tetapi parti yang mampu memberi khidmat terbaik itu perlu dipilih rakyat.

"Saya berpendapat kerajaan PR tidak mungkin mampu beri khidmat yang baik pada rakyat.

"Oleh itu rakyat perlu utamakan nasib mereka sendiri, kalau mereka salah pilih, dengan hanya kerana marah dan percaya dengan tuduhan palsu terhadap kerajaan dan pilih parti lawan saya rasa ini rugi," katanya.

Tambah beliau, dalam demokrasi rakyat perlu berpegang pada bilangan kerusi terbesar jangan hanya terpengaruh dengan dakwaan dan menggadai nasib mereka.

Mengulas mengenai kegagalan Anwar menyingkir peguam kanan kerajaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam kes rayuan Liwat II itu.

Mahathir berkata, Ketua Pembangkang itu menggunakan segala cara bagi melewatkan perjalanan kes beliau.

"Anwar mahu lewatkan selama mungkin sebab itu dia bawa usul untuk singkir Shafee, kerana dia takut dibicara sebab dia buat salah.

"Tetapi saya juga percaya dia takut pada shafee, sebab Shafee menang banyak kes yang rumit. Sebab itu Anwar gentar jugalah," katanya.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Ekspo Buku Malaysia dan anugerah Buku Negara 2014 turut mengajak orang ramai menzahirkan catatan harian dan pengalaman melalui tulisan.

Menurut beliau, tulisan itu bukan hanya dengan melalui penghasilkan buku sahaja tetapi dengan adanya kemudahan Internet, oranga ramai boleh menulis di ruang-ruang siber.

Bagaimanapun katanya, informasi di internet tidak kekal, jadi penting untuk dibukukan hasil tulisan itu agar maklumat yang ingin dikongsikan kekal menjadi panduan di masa hadapan. - Sinar

http://empayar-pemuda.blogspot.com/2014/02/hot-rahsia-mengapa-anwar-tolak-shafee.html

Begitulah adanya seperti kata Allahyarham semasa hayatnya "Bila musuh tiba-tiba bercakap kononnya untuk kita, mesti ada sesuatu yang tidak kena"

HTML NOTE FOR SHARE:

s3v3n

<embed height="200" src="http://flash-clocks.com/free-flash-clocks-blog-topics/free-flash-clock-190.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="200" wmode="transparent"></embed>

s3v3n

<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed>

s3v3n

s3v3n

Tiada ulasan: