Sabtu, 22 Februari 2014

3496. Buloh Kasap - Berita Mutakhir.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

5 lagi mayat remaja hilang di Sungai Muar ditemui

• Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengangkat seorang daripada lima mayat remaja yang lemas di sungai Muar selepas dijumpai oleh skuad menyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hari ini. - Foto Bernama
SEGAMAT - Lima lagi mayat remaja dari sejumlah lapan yang hilang di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, di sini, ditemui petang ini.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata mayat Mohd Nazree Zainal, 14; ditemui terapung pada pukul 1.40 petang dan mayat Mohd Shafiq Md Sukur, 16; ditemui di dasar sungai pada pukul 2.06 petang.

"Tiga mayat lagi turut ditemui di dasar sungai itu iaitu Mohd Zaki Zaidi, 16; dan Mohd Izoan Hakimis Amin, 16; yang ditemui pada pukul 2.41 petang manakala mayat terakhir, Mohd Hafizuddin Kamal, 16; ditemui pada pukul 2.46 petang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Kamil berkata kesemua mayat itu ditemui dalam lingkungan 10 meter dari kawasan kejadian dengan mayat Mohd Shafiq, Mohd Zaki, Mohd Izoan Hakimis dan Mohd Hafizuddin tersangkut pada kayu-kayu di dasar sungai.

Beliau berkata kesemua mayat kemudian dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat.

Semalam, gerakan mencari dan menyelamat berjaya menemui tiga mayat remaja itu - Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16; Mohd Zikri Zaidi, 14; dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15, di dasar sungai berhampiran satu sama lain.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor Datuk Ab Ghani Daud berkata operasi mencari dan menyelamat terbabit menggunakan teknik kocakan bot pada tengah hari ini yang membolehkan pergerakan pada kesemua mangsa yang tersangkut.

Beliau berkata tempat kesemua mayat remaja itu ditemui turut merupakan tempat yang dihidu anjing pengesan ketika gerakan mencari dan menyelamat.

"Bomba yang melakukan operasi dan menyelamat dalam tempoh 30 jam sejak semalam tidak mempunyai halangan yang begitu sukar kecuali bentuk muka bumi dasar sungai yang tidak rata," katanya.

Ab Ghani berkata sehubungan penemuan kesemua mayat, operasi mencari dan menyelamat yang disertai 133 anggota merangkumi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam dan Pejabat Daerah ditamatkan pada pukul 3 petang tadi.

Katanya, setakat ini pihaknya percaya kejadian tersebut disebabkan pasir jerlus di kawasan terbabit.
Terdahulu, kesemua keluarga mangsa dilihat melakukan solat fardu Zohor dan solat hajat di kawasan kejadian sebelum suasana kemudian bertambah pilu apabila satu persatu mayat remaja itu ditemui.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut hadir meninjau gerakan mencari dan menyelamat terbabit.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi semalam, Mohd Hafizuddin yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu dikatakan tiba-tiba tergelincir sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang ke dalam sungai.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Buloh Kasap Norshidah Ibrahim Daud berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai kerja-kerja mengorek pasir oleh sebuah syarikat berhampiran lokasi kejadian lemas itu.

Tebing sebelah kiri dan kanan sungai tersebut katanya telah runtuh dipercayai akibat kerja-kerja menyedut pasir dengan menggunakan jentera penyedut berkuasa tinggi untuk mengeluarkan pasir dari dasar sungai berkenaan.

Pagi tadi, Pegawai Daerah Segamat Abdul Rahim Nin di dalam sidang media berkata beliau telah pun mengarahkan kerja-kerja mengorek pasir berhampiran lokasi kejadian itu dihentikan dengan serta-merta.

Sementara itu, Norshidah berkata pihaknya akan menghulurkan bantuan wang tunai RM500 kepada setiap keluarga terbabit bagi membantu urusan pengebumian mangsa. - Bernama

Senarai nama:
1. MOHD ZATI ZAIDI, 16
2. MOHD ZAKRI ZAIDI, 14

3. MOHD SYAFIQ MD SYUKUR,16
4. MOHD HAFIZUL DANIAL NOR HASYIM, 16
5. NAZRUL AMIRUDDIN ZAMRI, 14
6. MOHD NAZRUL BIN ZAINAL, 15

7. MOHD IZUAN HAKIMI AMIR, 13
8. MOHD HAFIZUDIN KAMAL, 16

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/5-lagi-mayat-remaja-hilang-di-sungai-muar-ditemui-1.253569Blogger Home
HTML NOTE FOR SHARE:

s3v3n

<embed height="200" src="http://flash-clocks.com/free-flash-clocks-blog-topics/free-flash-clock-190.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="200" wmode="transparent"></embed>

s3v3n

<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed>

s3v3n

s3v3n

Tiada ulasan: