Selasa, 25 Februari 2014

3511. Jom belajar LAW.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com   

Paling tidak kita kena ambil tahu tentang hak-hak kita berdasarkan undang-undang dunia nie. Supaya kita tidak ditimpa malang akibat undang-undang tersebut. Sudah tanda-tangan surat perjanjian, baru sedar kesilapan, sudah tiada gunanya lagi. 
Apakah saya perlu bayar RM2 Juta?
Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia
JOM BELAJAR UNDANG-UNDANG BERSAMA PENGARAH JUHAM (SIRI I)

TAJUK: "JID FOR DUMMIES" 

1. Q. Apa Maksud JID?
A. JID bermaksud ‘Judgment in Default’ atau dalam bahasa Melayu disebut Penghakiman Ingkar. Ia terbahagi kepada dua iaitu Penghakiman Ingkar Kehadiran dan Penghakiman Ingkar Pembelaan.
Penghakiman Ingkar Kehadiran bermaksud Penghakiman yang dimasukkan setelah pihak Defendan gagal untuk memfailkan Memorandum Kehadiran ke Mahkamah dalam tempoh 14 hari serahan Writ dan Pernyataan Tuntutan.

Penghakiman Ingkar Pembelaan pula boleh dimasukkan terhadap Defendan yang telah pun memfailkan Memorandum Kehadiran, namun Defendan kemudiannya gagal untuk memfailkan Pernyataan Pembelaan.

2. Q. Adakah JID terpakai untuk kes jenayah?
A. Tidak, JID hanya terpakai untuk kes-kes sivil sahaja berdasarkan kepada Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

3. Q. Bagaimana Writ dan Pernyataan Tuntutan perlu diserahkan kepada Defendan?
A. Writ dan Pernyataan Tuntutan boleh diserahkan dengan cara AR Berdaftar atau serahan tangan. Tarikh penerimaan adalah bermula dari tarikh penerimaan kad AR Berdaftar tersebut atau tarikh penerimaan yang ditandatangani di Writ dan Pernyataan Tuntutan tersebut.

Sekiranya Plaintif gagal untuk menyerahkan Writ dan Pernyataan Tuntutan tersebut kepada Defendan dengan cara AR Berdaftar atau serahan tangan, Plaintif boleh memohon kepada Mahkamah untuk menyerahkan Writ dan Pernyataan Tuntutan secara penyampaian ganti iaitu dengan cara mengiklankan Writ dan Pernyataan Tuntutan tersebut di akhbar tempatan dan penampalan di premis Defendan dan/atau penampalan di papan notis Mahkamah.

4. Q. Apa yang saya harus lakukan setelah menerima Writ dan Pernyataan Tuntutan tersebut?
A. Anda perlu memfailkan Memorandum Kehadiran di Mahkamah dalam tempoh 14 hari. Sekiranya anda diwakili Peguam, Peguam anda yang perlu memfailkan Memorandum Kehadiran tersebut.

5. Q. Apa yang akan berlaku sekiranya saya atau Peguam saya gagal memfailkan Memorandum Kehadiran dalam tempoh 14 hari tersebut?
A. Setelah Plaintif memfailkan Perakuan Ketidakhadiran berserta Afidavit Penyampaian bagi membuktikan serahan Writ dan Pernyataan Tuntutan telah dibuat dalam tempoh 14 hari, maka Plaintif boleh memasukkan JID (Penghakiman Ingkar) terhadap anda.

6. Q. Adakah JID masih boleh direkodkan sekiranya saya atau Peguam saya sememangnya hadir ke Mahkamah pada tarikh sebutan yang ditetapkan?
A. Sekiranya anda gagal memfailkan Memorandum Kehadiran dalam tempoh 14 hari, JID masih tetap boleh direkodkan terhadap anda walaupun anda hadir pada tarikh sebutan yang ditetapkan.

7. Q. Jadi, apakah tujuan tarikh sebutan tersebut ditetapkan sekiranya JID masih boleh direkodkan terhadap saya?
A. Tarikh sebutan hanyalah untuk tujuan pengurusan kes semata-mata bagi memudahkan pihak Mahkamah mengetahui status serahan Writ dan Pernyataan Tuntutan dan sama ada Defendan ada memasukkan kehadiran dalam tempoh 14 hari tersebut.

8. Q. Tapi bukankah dahulu kehadiran Defendan ke Mahkamah pada tarikh sebutan sudah memadai bagi tujuan merekodkan kehadiran Defendan? 
A. Ya, itu dahulu iaitu bagi kes-kes di Mahkamah Rendah. Ia tidak terpakai lagi pada waktu sekarang berdasarkan kepada pindaan undang-undang yang terkini di dalam Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Walaupun anda atau Peguam anda hadir ke Mahkamah pada tarikh sebutan yang ditetapkan, ia tidak memberi sebarang makna sekiranya anda gagal untuk memfailkan Memorandum Kehadiran dalam tempoh 14 hari tersebut.

9. Q. Adakah Peguam Plaintif perlu memaklumkan kepada Peguam saya dahulu sebelum JID itu direkodkan? 
A. Ya, Peguam Plaintif harus memaklumkan kepada Peguam anda dalam tempoh 7 hari sebelum JID itu direkodkan tentang hasrat Plaintif untuk merekodkan JID sepertimana yang dikehendaki oleh Aturan 56 Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 19789 

10. Q. Bagaimana sekiranya Peguam Plaintif tidak memaklumkan kepada Peguam saya dahulu sebelum JID itu direkodkan?
A. Tindakan Peguam Plaintif itu adalah bersalahan dengan etika sebagai seorang Peguam di mana Peguam anda boleh melaporkan hal itu kepada Majlis Peguam.

11. Q. Saya telah disaman fitnah dan JID telah direkodkan ke atas saya. Di dalam JID itu, saya telah diperintahkan untuk membayar RM2 juta. Adakah ini bermakna saya perlu membayar RM2 juta itu kepada Plaintif?
A. Tindakan Plaintif yang merekodkan JID dengan nilai RM2 juta itu adalah salah dan bertentangan dengan Aturan 13 Kaedah 2 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Nilai gantirugi bagi Saman fitnah hanya boleh ditentukan oleh Mahkamah semata-mata. Dalam kes Saman fitnah, kegagalan Defendan memfailkan Memorandum Kehadiran dalam tempoh yang ditetapkan hanya boleh menyebabkan Plaintif merekodkan Penghakiman Interlokutori semata-mata. Kemudiannya, nilai gantirugi hanya boleh ditentukan oleh Mahkamah melalui pendengaran Notis Taksiran yang perlu difailkan oleh Plaintif.

Justeru di dalam kes anda itu, anda mempunyai peluang yang cerah untuk mengenepikan JID tersebut memandangkan Peguam Plaintif dengan jelas telah menyalahi Aturan 13 Kaedah 2 Kaedah-kaedah Mahkamah 20129 

12. Q. Apa yang Peguam saya harus lakukan untuk mengenepikan JID tersebut?
A. Peguam anda harus memfailkan Notis Permohonan untuk mengenepikan JID tersebut dalam tempoh 30 hari dari tarikh JID itu direkodkan.

13. Q. Apa yang Peguam saya harus buktikan bagi memastikan JID itu boleh diketepikan?
A. Melalui Notis Permohonan untuk mengenepikan JID tersebut, Peguam anda harus membuktikan sama ada JID tersebut direkodkan secara tidak betul (tidak teratur); contohnya JID tersebut direkodkan walaupun tarikh penerimaan Writ dan Pernyataan Tuntutan masih belum genap 14 hari. Sekiranya Mahkamah berpuas hati bahawa JID tersebut tidak teratur, maka JID tersebut boleh diketepikan secara ex debito justitiae (as of right).

14. Q. Sekiranya JID tersebut sememangnya teratur, adakah saya masih boleh mengenepikan JID tersebut ? 
A. YA. Sekiranya Mahkamah berpuas hati bahawa JID itu sememangnya teratur, maka Mahkamah seterusnya akan melihat sama ada pihak anda mempunyai pembelaan bermerit. 

15. Q. Apa yang dimaksudkan dengan pembelaan bermerit?
A. Pembelaan bermerit bermaksud anda sebagai Defendan mempunyai alasan-alasan yang kukuh untuk membuktikan bahawa dakwaan Plaintif di dalam Writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap anda adalah tidak betul.

16. Q. Jadi, adakah saya perlu membawa saksi ke Mahkamah bagi membuktikan saya mempunyai pembelaan bermerit?
A. TIDAK. Di peringkat Notis Permohonan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar ini, anda hanya perlu melampirkan Cadangan Pernyataan Pembelaan yang merangkumi alasan-alasan bagi membidas dakwaan Writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap anda. Melalui Cadangan Pernyataan Pembelaan tersebut, Mahkamah akan meneliti sama ada anda mempunyai alasan yang kukuh bagi membidas dakwaan Writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap anda. Sekiranya Mahkamah berpuas hati, maka JID itu boleh diketepikan.

17. Q. Apakah contoh alasan-alasan atau pembelaan bermerit tersebut?
A. Sebagai contoh di dalam kes saman fitnah (defamation), anda boleh mengemukakan kepada Mahkamah bahawa anda mempunyai pembelaan berdasarkan kepada komen yang adil (fair comment), atau komen anda itu terlindung di bawah perlindungan bersyarat, atau komen anda itu adalah berdasarkan justifikasi. Berdasarkan kepada pembelaan-pembelaan ini sahaja, Mahkamah lazimnya akan membenarkan JID itu diketepikan. Hal ini kerana bagi membuktikan setiap pembelaan tersebut, Defendan pastinya perlu memanggil saksi atau mengemukakan dokumen yang berkaitan bagi membuktikan setiap pembelaannya itu. Apabila Mahkamah mendapati bahawa terdapat keperluan bagi Defendan untuk mengemukakan saksi-saksi, maka atas alasan itu sahaja Mahkamah akan mengenepikan JID tersebut.

Malah dalam kes saman fitnah, tugas pembuktian bahawa wujudnya kata-kata fitnah adalah terletak sepenuhnya kepada Plaintif. Berdasarkan kepada Akta Keterangan 1950, Plaintif harus membawa saksi atau mengemukakan dokumen bagi membuktikan setiap alegasi yang dibuat. Kegagalan Plaintif berbuat demikian boleh menyebabkan Saman Plaintif itu ditolak.

Saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai Saman Fitnah ini dalam siri-siri yang akan datang.

18. Q. Sekiranya JID itu berjaya diketepikan, maka apakah kesan JID itu kepada saya?
A. JID itu tidak lagi memberi apa-apa kesan kepada anda. Sebaliknya, kes itu akan diteruskan untuk proses perbicaraan dan anda boleh memfailkan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi tujuan perbicaraan.

19. Q. Berdasarkan kepada pengalaman Peguam, adakah mudah untuk mengenepikan sesuatu JID itu?
A. Berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri, JID yang melibatkan kes-kes saman fitnah berpeluang besar untuk Mahkamah ketepikan. Hal ini kerana pihak Defendan sudah pasti mempunyai pembelaan yang bermerit mahupun saksi-saksi dalam menjawab setiap dakwaan Plaintif. Sebagai contoh, dalam kes PAS yang disaman oleh Majlis Perbandaran Kemaman pada tahun 2013 baru-baru ini di mana saya sendiri menjadi Peguam bagi pihak PAS. Di dalam kes tersebut Majlis Perbandaran Kemaman pada asalnya telah pun merekodkan JID terhadap PAS. 

Namun, Mahkamah kemudiannya telah membenarkan permohonan saya untuk mengenepikan JID tersebut atas alasan Defendan mempunyai Pembelaan bermerit walaupun JID itu sendiri adalah teratur.

 Malah, Mahkamah lazimnya akan mengenepikan sesuatu JID untuk memberi peluang kepada Defendan membuktikan pembelaannya dan hak untuk didengar melalui perbicaraan secara adil bersesuaian dengan prinsip keadilan asasi (natural justice)

20. Q. Jadi, apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan kemungkinan JID direkodkan terhadap saya?
A. Yang penting, anda harus cakna sekiranya mendapati anda telah diserahkan dengan sesuatu Writ dan Pernyataan Tuntutan. Sekiranya anda ingin diwakili Peguam, anda perlu hubungi Peguam anda dengan seberapa segera bagi membolehkan Peguam anda memfailkan Memorandum Kehadiran dalam tempoh 14 hari tersebut.

21. Q. Bagaimana saya boleh menghubungi JUHAM sekiranya saya mempunyai pertanyaan lanjut?
A. Anda boleh email pertanyaan anda ke juhampusat@gmail.com. Anda juga boleh melayari laman sesawang www.loyarpas.com serta facebook kami di https://www.facebook.com/pages/Jabatan-Undang-Undang-Hak-Asasi-Manusia.

Sekian.

NOORAZMIR ZAKARIA9 PENGARAH
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)9 PEMUDA PAS MALAYSIA

Sumber: http://alhusseyn51.blogspot.com/2014/02/apakah-saya-perlu-bayar-rm2-juta.html

Apakah saya perlu bayar RM2 Juta ?

alhusseyn at al-Husseyn - 11 minutes ago
Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia *JOM BELAJAR UNDANG-UNDANG BERSAMA PENGARAH JUHAM (SIRI I)* * TAJUK: "JID FOR DUMMIES" * *1. Q. Apa Maksud JID?* A. JID bermaksud ‘Judgment in Default’ atau dalam bahasa Melayu disebut Penghakiman Ingkar. Ia terbahagi kepada dua iaitu Penghakiman Ingkar Kehadiran dan Penghakiman Ingkar Pembelaan. Penghakiman Ingkar Kehadiran bermaksud Penghakiman yang dimasukkan setelah pihak Defendan gagal untuk memfailkan Memorandum Kehadiran ke Mahkamah dalam tempoh 14 hari serahan Writ dan Pernyataan Tuntutan. Penghakiman Ingkar Pembelaan pula b... more »

Duke of UMNO

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 45 minutes ago
Duke of UMNO ------------------------------ - ORANG CINA "TIKAM" ORANG CINA, KERANA SI PENIPU BESAR... - GEMPARRR..!!! ANWAR NAK MASUK UMNO SEMULA..???!!! - TERKINI..!!! VIDEO USTAZ AHLI PAS SEUMUR HIDUP TERIMA BR1M - GEGARRR..!!! DALAM DIAM KHALID MULA SABOTAJ ANWAR BERAHIM..???!!! #PRKKajang - TOLONGLAH JANGAN TEKAN PRESIDEN PAS BEGINI... - PBS: KETUA PENGARAH KATA LAIN, CIKGU-CIKGI BESAR KATA LAIN.. APA CERRR..? - HINDRAF DEMO DESAK WAYTHAMOORTHY LETAK JAWATAN..??? ORANG CINA "TIKAM" ORANG CINA, KERANA SI PENIPU BESAR... Posted: 24 Feb 2014... more »

Cucu Tok Selampit

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 56 minutes ago
Cucu Tok Selampit ------------------------------ PKR Yang Bertanding Di #PRKKajang, DAP Yang Kutip Derma Posted: 23 Feb 2014 06:40 PM PST Cina DAP memang pandai mengambil peluang yang ada. Agak pelik apabila PKR yang bercadang untuk bertanding di DUN Kajang, DAP yang sibuk-sibuk untuk mengadakan Jamuan Makan Malam untuk mengutip derma. Jamuan makan malam yang bertemakan 'Dari Kajang Ke Putrajaya' dicadangkan diadakan di Tempat Letak Kereta Pasar Sg Chua, Kajang pada 21 March akan datang. Tidak seperti modus operandi PAS yang mengutip derma seperti peminta sedekah dengan me... more »
Blogger Home. 
HTML NOTE FOR SHARE: 
<div style="text-align: center;">
<b>s3v3n</b></div>
<div style="text-align: center;">
<embed height="200" src="http://flash-clocks.com/free-flash-clocks-blog-topics/free-flash-clock-190.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="200" wmode="transparent"></embed><br /></div>
<div style="text-align: center;">
<b>s3v3n</b></div>

<div style="text-align: center;">
<div class="homeFlashClockItem" style="border: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; margin: 23px auto 0px; outline: 0px; padding: 0px; text-align: center; vertical-align: baseline; width: 400px;">
<iframe frameborder="0" scrolling="no" src="http://www.clocklink.com/html5embed.php?clock=012&amp;timezone=PST&amp;color=black&amp;size=170" style="border-width: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; height: 170px; margin: 0px; outline: 0px; overflow: hidden; padding: 0px; vertical-align: baseline; width: 170px;"></iframe></div> 

<div style="text-align: center;">
<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed><br />
<div class="MsoNormal" dir="RTL" style="background-color: white; background-position: initial initial; background-repeat: initial initial; direction: rtl; margin-bottom: 0.0001pt; text-align: right; unicode-bidi: embed;">
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: