Rabu, 26 Februari 2014

3524. Undian PBS.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com   

UNDIAN BANTAH ATAU SOKONG PBS DI: //WWW.UNDI.IN/UNDIAN-PBS/

Dato'Idris Jusoh ditempelak oleh satu laman undi:http://www.undi.in/undian-pbs/ kerana kenyataan beliau “Kita tetap akan meneruskan sistem PBS kerana ini yang dimahukan semua rakyat, kita tidak akan sesekali memansuhkan, hanya menangguhkan untuk penambahbaikan.” Kata Idris Jusoh, semua rakyat mahukan PBS. Oleh sebab itu muncul satu undian PBS secara online untuk mendengar pandangan semua rakyat seperti yang disebut Idris. Setakat ini 4.30 petang ia telah mendapat 1000 undian dari pelawat.


Undian sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Idris_JusohMenteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana pelaksanaan itu yang dimahukan oleh semua rakyat di negara ini.
Kita tetap akan meneruskan sistem PBS kerana ini yang dimahukan semua rakyat, kita tidak akan sesekali memansuhkan, hanya menangguhkan untuk penambahbaikan.
Oleh itu UNDi.iN minta sama ada guru-guru, ibu bapa, pelajar dan sesiapa sahaja untuk memberi pandangan melalui undian berikut. Mudah-mudahan keputusan undian dapat dijadikan panduan kepada mereka yang terlibat untuk menjadikan sistem pendidikan negara ke arah lebih baik.
Anda hanya dibenarkan mengundi sekali sahaja oleh sistem undian.
Ke arah sistem pendidikan Malaysia yang lebih baik dan rasional
Setelah tahun ke-3 pelaksanaan, tindakan seterusnya berkaitan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?
  •  
  •  
  •  
  •  
    Anda juga diminta untuk ‘like’ dan ‘share’ supaya dapat dikongsi ‘pengundi’ lain. Terima kasih, 25-02-14

    ULASAN-ULASAN

    47 thoughts on “Undian sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)



    1. Membebankan dan banyak masaalah menyebabkan bertambah bebenan guru dan semangkin ramai guru yang mengslami tekanan jiws

    2. PBS=Pembunuh Budak Sekolah.Tidak hairanlah kenapa anak2 murid aku cakap pembunuh budak sekolah.kerana membunuh diorang dan juga cikgu2 sekalian.daripada kita semua nak bangun pukul 3-4 pagi nak key in benda alah nieh yang dimana linenya x memberi harapan yang elok,baik kita semua bangun buat tahajud.ada juga faedahnya.


    3. PBS membodohkan budak yg pandai……budak pandai dan budak bodoh sama taraf sama level…..


    4. Tak payah PBS-PBSlah, lebih baik cari cara lain bagaimana nak tingkatkan mutu pendidikan. Tengok jiran kita S’pore, murid tahun 5 dia sama taraf dgn murid tingkatan 3 kita. Itu belum lagi kira taraf dunia. Woi malu lah, yg memerintah Malayu tau, apa lu org buat?????????????? Sudah 56 thn merdeka……… makin teruk !!!!!

    5. PBS???? binatang apekah itu??? kesian budak2 n cikgu2 yg jadi bahan eksperimen…KPM ni memang xde pelan jangka panjang kot…tukar sistem macam tukar baju…haishhhhh!!!

    6. Sistem yg tidak sesuai digunakan dalam pendidikan di Malaysia. Indah khabar dari rupa. #mansuh pbs

    7. “Kita tetap akan meneruskan sistem PBS kerana ini yang dimahukan semua rakyat, kita tidak akan sesekali memansuhkan, hanya menangguhkan untuk penambahbaikan.”
      item#( dimansuhkan dan kembali kepada system peperiksaan)
      -putar belit
      -menipu
      habis kalau ramai yang mengundi item ni macam mana?ada lagi tak menteri lain yang boleh mmberikan penjelasan yang lebih jujur dan telus???



    8. 1. Mengwujudkan banyak fail eviden.
      2. Bini aku kena marah dengan aku kerana dia tak reti komputer suruh aku tolong bukak komputer pukul 2, 3 pagi nak isi eviden.
      3. Banyak guru menipu bila mengisi PBS, tengok nama, ingat muka, yang ni boleh, yang ni tak boleh lagi.
      4. Cikgu tipu lagi, kawan aku le tu, kata dia dah isi tapi data hilang, dia kata kat kawan dia guru data dia dah isi, tapi bila semak semula, data dah hilang, tapi sebenarnya dia memang belum isi pun.
      5. Server tak larat nak tampung trafik dari seantero Malaysia ke satu server saja (agak aku le). Analogi mudah je: ada Highway 2 lorong dibanjir oleh trafik yang bertalu-talu ke satu destinasi, memang le jem dibuatnya. Cuba korang tanya kat pak cik Google, taip kat situ “Google Server” atau “Facebook Server”, bapak Gaban besar punya server, sebab tu le tak de masalah walaupun jutaan manusia akses ke Google dan Facebook.
      6. Knowledge guru terhadap komputer pada tahap Zaman Dinasor, masih lagi ramai yang tak reti perkara basic dalam komputer, itu belum lagi masalah virus, spyware, malware, dan macam-macam ware yang jahat dalam komputer dia. (Tak termasuk underwear)
      7. Dah tak tahu nak cakap apa, dulu ada sains, gabung jadi alam dan manusia, lepas tu tutup kedai, ada balik sains. lepas tu sains matematik dalam bahasa inggeris, duit dah banyak habis, lepas tu mansuh pulak, tak tahu nak cakap apa, ikut suka kome le, kome lagi pande, teman mengaji tak tinggi. ikut suka kome le, teman dah bagi pendapat dan pandangan teman.

      • Suruh je pak menteri tu key in data untuk satu kelas, baru dia faham apa masalahnya. Well said Manolito. Server beli kat Jalan Imbi….tapi harga main juta2…:-). Itulah masalahnya dengan Kementerian2 di Malaysia ni. Dari mula perlaksanaan agaknya tiada pemantauan langsung? Entahlah. Sistem penilaian ini pun nampaknya akan berlaku banyak ketirisan dari ketelusan.( Cikgu A kenal pd anak murid si B, sebab ayahnya kawan setugas, nak letak band 2, apa pula kata kawannya nanti -sekadar contoh).

    9. Assalamu’alaikum.. ^_^
      Sy sgt bersetuju utk menukar sistem exam oriented tetapi kepada fikrah menuntut ilmu.. bukan kepada sistem haru biru yg memesongkan tugas hakiki guru sbg pendidik serta membebankan.
      Sy sgt pasti, rakyat yg kerjayanya bukan guru tidaklah kejam utk bersetuju dgn sistem yg membebankan guru, malah mereka sudah tentu tidak bodoh utk membiarkan pembelajaran ank2 mereka terjejas kesan drp keterpesongan tugas hakiki guru.
      Insyaa Allah pelaksanaan PBS di dalam kelas mungkin tiada masalah. Yang menjadi isunya adalah sistem pelaporan penilaian berasaskan sekolah (SPPBS). Keupayaan server yg terhad & memerlukan kos yg sangat besar menjadi asbab pembebanan ini.
      Blm lg dipersoalkan kedudukan sekolah2 pedalaman yg sudah pasti masalahnya lebih parah akibat capaian internet & server yg demikian terhad. wAllahu alam.

    10. x smua agenda negara maju boleh negara membangun dunia ke-3 ciplak bulat2 bodo mcm tuu jerrr..

    11. Salam, nak undi kat sini pun tak dapat…macamana nak buat PBS? Tolonglah…otak saya dah bercelaru.


    12. Saya sebagai ibu..mmg tidak setuju dgn sistem pbs..langsung tak dpt menilai tahap pencapaian anak..saya mahukan ABC..bukan band.

    13. Aku undi mansuh. Balik kepada asal dahulu.
      Kemudian fikir2lah bahagian kementerian hendak membuat pembaharuan apa pun. Tetapi perkara utama yang pihak kementerian perlu selesaikan ialah masalah asas yang sebenarnya kamu pekakkan telinga dan butakan mata.
      Selesaikan kekurangan guru. Kembalikan guru kepada tugas asal mereka. MENGAJAR. Turun padang dan dengar satu2 masalah dari guru. Sebenarnya kamu kat atas memang tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di bawah, pada guru2. Tolong turun padang.


    14. MALAYSIAN STANDARD!
      BUAT DULU BARU KAJI
      Menyusahkan. Bini aku bangun tengah2 malam semata2 nak buat menatang PBS ni. Serabut otak bini aku dengan menatang sistem ni.Siapa punya idea ni? sudah pasti dari orang yg bukan ahlinya. Bape kos buat PBS ni? Vendor mana yg dapat kontrak ni? ini masalah malaysia ni..yg buat dasar pegawai2 yg bukan dari bidang yg berkenaan dengan dasar. ini kerja bodoh. kerja takde otak. menyusahkan. Last2 pengetua yg dapat cemerlang, pengetua yg naik pangkat.
      patutla mutu pendidikan kelaut..graduan pun kelaut…sejak dari sekolah lagi dah kelaut…

    15. Sudah meneliti isu ini secara mendalam. Melihat kpd kekangan sumber dan kemahiran di semua peringkat serta masalah2 perlaksanaan lain yg begitu ketara yg tidak mungkin dpt diatasi walau dlm masa beberapa tahun dari sekarang, saya sebagai seorang bapa cadangkan kita kembali saja kpd sistem tradisional, dan lakukan penambahbaikan secara berperingkat di mana perlu (jangan secara mendadak).

    16. Saya bukan guru, belajar x tinggi.. macam para menteri dan mereka yang mengujudkan PBS di Malaysia in (kemanterian Pendidikan Negara)
      Tapi saya juga bukanya bodoh..
      Kenapa kita mahu jadikan anak2 kita sebagai mangsa ujikaji kepada mereka yang mahu Meneruskan sistem PBS yang sudah memporak pernadakan pendidikan dinegara ini..
      Jangan libatkan ajenda politik didalam masaalah pembelajaran anak2 kami… politik tetap politik… Pelajaran dan ilmiah adalah hak semua dan jangan menginiaya anak2 kami dengan sistem yang sia-sia ini…
      Murid yang pandai dan yg x pandai (bodoh) .. akan mendapat markah yg sama disebabkan hanya dari penilaiyan guru. Mak bapak sendiri pon x tahu taraf sebenarnya pencapaian anak2 mereka…
      Bagi sekolah kampung dan sekolah berpretasi tinggi pula soalannya x sama langsung dgn sekolah lain walaupon bersebelahan. padahal menggunakan buku teks yang sama….
      Kerana setiap soalan SBP ini bergantung kpd sekolah itu sendiri…
      Sudah tentu murid yg di sekolah berpretasi tinggi soalannya lebih payah bukan..?..?..? utk mendapat band5 @ band6. Bukan…..?..?…?
      Lain pula bagi sekolah luar bandar pasti soalanya lebih mudah… mesti senag utk mendapatkan band 6…
      Adakah itu adil…?
      Dan jikalu guru x sukakan murid berkenaan dia akan diberikan band yg renda, kerana setiap keputusan berpandukan keputusan Para guru 100%.. ..m

    17. Hanya ingat ungkapan engku aziz
      jika tiada tangan tangan gatal yang mengubah sistem pendidikan kita hari ini … tidak lh sistem pendidikan negara kita menjadi cacamerba seperti sekarang ni…
      Ni aku kata:
      Ganti big bos nama di ubah pelajaran jd pendidikan jd pelajaran. Ubah logo. Sekali ubah semua kena ubah. Papan tanda semua lah. Akhirnya sapa yg untung. Duit rakyat terkorban.

    18. Mansuhkan pbs utk masa depan anak2 bangsa yg lebih berkualiti dan telus,semangat murid berdaya saing yg positif, halatuju pendidikan yg jelas dan tidak membazir kos negara…

    19. Wajib hapuskan…dlm islam wajib bermakna mesti buat..jika xbuat berdosa besa..


    20. tidak ada seorang pun pegawai dari kementerian., jpn, ppd yg datang utk tanya guru..apa masalah yg mereka hadapi dlm pelakssnaan pbs..pernah menteri tanya berapa ibubapa perlu belanja utk beli buku eveden, fail, dn mcm2 keperluan pbs..ada guru terpakasa memasukkan markah pbs di tengah laut menggunakan sampan antara laut pulau labuan dan pekan menumbok sabah. sebabnya d menumbok line internet tidak ok..terpaksa pergi dekat p.labuan utk akses internet..bahaya kan..itu belum masuk pedalaman sabah & sarawak..dan sekolah d pulau terpencil sabah.. jangankan internet.. bekalan elektrik pun tiada..guna generetor..ja.. jadi macamana nak masukkan markah pbs..adakah masalah ni telah d ambil kira sblm pbs d laksanakan… jika ditetuskan juga ini adalah bala besar utk pendidikan negara..

    21. Jangan jadikan anak kami tikus eksperimen.3 tahun dijalankan lebih banyak keburukkan daripada kebaikan.

    22. Kami bayar cukai mahal-mahal bukan untuk dipergunakan oleh sistem yang telah ada bukti gagal. Dengarlah rintihan para pendidik anak kami. Saluran terakhir kami adalah aduan kepada PBB iaitu UNESCO.

    23. Kekalkan sistem peperiksaan dan tambah baik silibus baharu yang lebih bersesuaian.

    24. Saya sbg ibu nk pbs dimansuhkan…mengapa perlu diubah sistem pembelajaran yg sedia ada..sy x nak golongan pelajar dan guru dijdkan bhn ujikaji utk sistem pbs yg ntah ape ni..lbh byk buruk dr baik..utk kebaikan siape sebenarnye?????

    25. tak berjaya pon nak vote!!!! saya pilih MANSUH!!!!!! sistem peperiksaan dan sist penddkn tlg la jgn asik bertukar shj setiap kali berlaku perubhn pimpinan… tlg la… pd pndpt saya yg kerdil ni menaik taraf sukatan pljrn dan meningkatkan pengisian dlm silibus ok la… sistem x perlu tukar 100%…. sist pendidikan mgikut budaya org kita, x perlu ikut negara org lain!!!… itu lah uniknya sist pnddkn ni… x perlu ikut2 ….sdg kan prasarana x capai tahap lg… tah la… keluhan x siapa nk dgr…. semua mmentingkan diri je…

    26. Keesahan pengisian band diragui kerana dapat dikemaskini pelbagai pihak (KPM,JPN,GB & PK) yang memungkinkan pemberian Band dimanipulasi saat akhir pengisian. Berbeza dengan sistem sebelum ini di mana markah akhir ditentukan melalui peperiksaan.



    27. Saya sdah brkhdmat lebih 20 tahun, 4 sekolah….tdak prnah skalipun org kpm turun pdg utk brtanya pndapat guru secara lngsung brkaitan dngn plksanaan sistem atau apa2 pon….mereka akn kata cukup dngn brtnya pngetua atau gurubesar sdngkn pgtua/gurubesar TIDAK SEKALI2 mewakili pndapat para guru. Masing2 hanya mnjaga nama dan pluang knaikn pngkat masing2 sahaja…Semua guru sangat maklum akan hal ini tetapi kpm sendiri tidak mahu amb tahu

    28. org yg mlaksanakan pbs ja tau kekangan pbs.. satu kelas ada 35 org…kita ada 6 kelas…35×6…eviden ada 122 cthnya math..so korg drb brp eviden mo di tanda…masuk dlm borg transit ..borg pljr..kmdian masukkan eviden dlm fail prbdi…fail showcase…last..kena key in dlm sppbs..cikgu bukan kerja buat pbs ja…byk jwtn lain dr bidang ptadbirn..kurikulum..kokurikulum…hal ehwal murid…n etc…etc…etc…..

    29. Mansuh PBS dan kembalikan sistem peperiksaan. Pihak guru dan ibubapa telah menyatakan kenapa PBS perlu dimansuhkan. Berhenti berdolak-dalik dalam isu ini. Kalau tak suka dengar pendapat rakyat, menteri berkenaan, sila letak jawatan.


    30. yeay…mansuh…..manauh juga pmr….jgn ada peperiksaan….tak lulus tingkatan 3 pun boleh naik tingkatan 4….buat pa ada exam….

    31. yeay…mansuh…..mansuh juga pmr….jgn ada peperiksaan….tak lulus tingkatan 3 pun boleh naik tingkatan 4….buat pa ada exam….5



    32. boleh teruskan PBS tapi upgrade sistem dalam talian agar lebih laju untuk key in data dan sebagainya. teruskan sistem peperiksaan tapi tekankan kepada pembentukan akhlak pelajar melalui praktikal.

    33. “Kita tetap akan meneruskan sistem PBS kerana ini yang dimahukan semua rakyat, kita tidak akan sesekali memansuhkan, hanya menangguhkan untuk penambahbaikan.”…..what????? yang dimahukan semua rakyat????? Rakyat monggolia barangkali….KPM ni syok sndiri kot…xda sapa yg nk PBS ni diteruskan….im vote for DIMANSUHKAN DAN KEMBALI KEPADA SISTEM PEPERIKSAAN!!!


    Sumber: 
    http://sisibukit.blogspot.com/2014/02/undian-bantah-atau-sokong-pbs-di.html
    HTML NOTE FOR SHARE: 
    <div style="text-align: center;">
    <b>s3v3n</b></div>
    <div style="text-align: center;">
    <embed height="200" src="http://flash-clocks.com/free-flash-clocks-blog-topics/free-flash-clock-190.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="200" wmode="transparent"></embed><br /></div>
    <div style="text-align: center;">
    <b>s3v3n</b></div>

    <div style="text-align: center;">
    <div class="homeFlashClockItem" style="border: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; margin: 23px auto 0px; outline: 0px; padding: 0px; text-align: center; vertical-align: baseline; width: 400px;">
    <iframe frameborder="0" scrolling="no" src="http://www.clocklink.com/html5embed.php?clock=012&amp;timezone=PST&amp;color=black&amp;size=170" style="border-width: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; height: 170px; margin: 0px; outline: 0px; overflow: hidden; padding: 0px; vertical-align: baseline; width: 170px;"></iframe></div> 

    <div style="text-align: center;">
    <embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed><br />
    <div class="MsoNormal" dir="RTL" style="background-color: white; background-position: initial initial; background-repeat: initial initial; direction: rtl; margin-bottom: 0.0001pt; text-align: right; unicode-bidi: embed;">
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©

    Tiada ulasan: