Rabu, 26 Februari 2014

3523. Faedah dan hikmah zakat. Apakah belum begitu bererti di Malaysia, setelah puluhan tahun melepasi era penjajahan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com

Kutipan meningkat, kemiskinan juga meningkat..

mana pergi duit Zakat tanya Dr Maza

PENINGKATAN peratusan masyarakat Islam miskin menjadi persoalan apabila badan yang bertanggungjawab dilihat seolah-olah gagal untuk membantu golongan ini walaupun dikhabarkan kutipan zakat cukup tinggi setiap tahun.

Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, pihak yang terlibat harus peka dengan perkara tersebut supaya tidak disalah anggap.

“Timbul persoalan bagaimana ia diuruskan, itu yang kita sebut tentang jenama Islam, adakah yang kita penting bangunannya, atau tulisan khatnya, atau sebenarnya bagaimana urus tadbir yang dijalankan.

“Ke mana perginya zakat? Kita tidak kata ia diselewengkan atau sebagainya kerana ia diuruskan oleh pelbagai nama agensi yang ada bajetnya tersendiri,” katanya.

Kata beliau, adalah tidak munasabah jika wang zakat tidak dapat diagihkan secara teratur kerana setiap negeri mempunyai pusat pungutan zakat.

“Kita adalah negara terbaik kerana mana ada negara yang ada 14 orang mufti, jangan tanya gaji mereka. Kita ada 14 pusat kutipan zakat, kita ada juga 14 tempat untuk rujuk fatwa, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jadi 15.

“Macam-macam fatwa ada berkenaan Islam, projek-projek Islam ini pun ada, semua projek-projek Islam ini hendak kita jual. Air mineral pun yang terang-terang halal, dijual kerana semuanya dapat duit.

“Tapi ke mana wang dan harta orang Islam ini pergi? Akhirnya berbalik kepada kita soal urus tadbir, dalam ekonomi mahupun politik yang juga sama, soal amanah dan tata kelolanya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau yang berkongsi pengalaman ketika menjawat jawatan Mufti Perlis memberitahu bahawa negeri itu mempunyai peruntukan undang-undang yang membolehkan pembayar zakat menamakan pihak yang ingin dibayarnya.

“Di Perlis kita boleh bahagikan pembayaran zakat sebanyak 50 peratus kepada orang yang ingin kita bayar duit berkenaan. Jadi pihak agama Islam negeri akan siasat dan jika layak, kita atau pihaknya akan membayarkan kepada pihak tersebut.

“Kalau tidak silap saya di Kelantan juga dibolehkan dan potongannya sebanyak 30 peratus untuk diberikan kepada pihak yang dinamakannya,” katanya ~ Sinar Harian

Sementara itu Malaysiakini pula melaporkan Dr. Asri berkata "Mengapa kita masih dengar orang Islam tak cukup duit nak bayar sewa rumah dan (kemudian) murtad tapi tengok penguatkuasa beli kereta baru.

"Mana duit zakat ini? Saya bukan kata duit zakat itu diseleweng tetapi di mana duit zakat ini pergi?" kata beliau dalam Wacana bertajuk "Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran" anjuran Sinar Harian semalam.

Beliau mengaku terdapat peningkatan dari segi kutipan.

Pensyarah itu turut mempersoalkan sikap ulama yang tidak berani bersuara menegur salah pemerintah.

"Maksud saya apa kaitan orang politik perlu hadir dalam majlis pemberian zakat. Sepatutnya kita kena terus beri kepada yang layak.

"Sebab itu perlu keberanian, sebab itu ulama yang terikat, bila ulama jadi penasihat, mereka terikat," kata beliau.

Dr. Asri: Mana RM1 Bilion Duit Zakat?

[MK] Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin mencadangkan satu kajian telus dibuat bagi menyiasat hal isu kutipan dan perbelanjaan wang zakat oleh badan agama.

Beliau mempersoalkan mengapa walaupun lebih RM 1 bilion wang zakat dikutip saban tahun, masih ramai umat Islam negara ini yang hidup dalam kesempitan.

"Mengapa kita masih dengar orang Islam tak cukup duit nak bayar sewa rumah dan (kemudian) murtad tapi tengok penguatkuasa beli kereta baru.

"Mana duit zakat ini? Saya bukan kata duit zakat itu diseleweng tetapi di mana duit zakat ini pergi?" kata beliau dalam Wacana bertajuk "Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran" anjuran Sinar Harian semalam.

Beliau mengaku terdapat peningkatan dari segi kutipan.

Pensyarah itu turut mempersoalkan sikap ulama yang tidak berani bersuara menegur salah pemerintah.

"Maksud saya apa kaitan orang politik perlu hadir dalam majlis pemberian zakat. Sepatutnya kita kena terus beri kepada yang layak.

"Sebab itu perlu keberanian, sebab itu ulama yang terikat, bila ulama jadi penasihat, mereka terikat," kata beliau. -25/2/14

Sumber: http://duniacacamarba.blogspot.com/2014/02/dr-asri-mana-rm1-bilion-duit-zakat.html

Bantahan Rakyat Tidak Dipedulikan ?

Roslin Ahmad
TAK HAIRANLAH BILA NEGARA MALAYSIA INI DI LANDA BERBAGAI MUSIBAH DARI ALLAH,

SEBAB MANUSIA YANG KITA TAHU AKAN KEBURUKANNYA PUN MASIH DI ANGKAT DITARUHKAN DI TEMPAT YANG TAK SEPATUTNYA?

"TAIB AKAN TERIMA WATIKAH PELANTIKAN JUMAAT INI"

Sumber: http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/02/bantahan-rakyat-tidak-dipedulikan.html

GERAK SARAF UMNO BERJAYA,

ISU HAJI HADI MENJADI ISU NASIONAL.

Isu Presiden PAS diperintah bayar RM2 juta dalam penghakiman ingkar sudah berjaya UMNO mainkan.

Pasukan gerak saraf UMNO amat licik.

Sebelum ini UMNO berjaya memperbaharui isu Kassim Ahmad, kemudian UMNO berjaya menjolok isu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi  masih  boleh merayu.

PEGUAM PAS AKAN FAILKAN KETEPI SAMAN RM 2 JUTA MAHKAMAH TINGGI KE ATAS HAJI HADI.

Haji Asmuni Awi,Peguam Tuan Guru Presiden Pas,menyatakan pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok,24 Februari 2014."Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok"Kata Haji Asmuni.
Kuala Terengganu - Presiden PAS ,Tuan Guru  Datuk Seri Abdul Hadi Awang  diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.
Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.
"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.
"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni.
Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.
Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.
Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.
Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.
“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.
Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.
Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor.(sumber tmi)
YB-YB Pas pun tumpang mengulas isu ini.

Isu rakyat dan isu ummah sekali lagi dilupakan.

UMNO/BN berjaya menggelapkan isu rasuah, pembaziran, kos hidup tinggi, PBS, harga getah jatuh dan kegagalan UMNO dalam menangani isu kalimah Allah.

Sumber: http://sisibukit.blogspot.com/2014/02/gerak-saraf-umno-berjayaisu-haji-hadi.html
HTML NOTE FOR SHARE:

s3v3n

<embed height="200" src="http://flash-clocks.com/free-flash-clocks-blog-topics/free-flash-clock-190.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="200" wmode="transparent"></embed>

s3v3n

<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed>

s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: