بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Tanpa tweet sendiri, Zaharie terus terima pelbagai ucapan
Astro Awani | Kemas kini: Mac 11, 2014
Photo Album===> Klik http://www.astroawani.com/photos/album/kehilangan-mh370-klia-926
Pemberitahu===> http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/siapa-kapten-zaharie-yang-blogger-bn.html
Pemberitahu===> http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/siapa-kapten-zaharie-yang-blogger-bn.html
Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun merupakan juruterbang yang mengemudi pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sewaktu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi Sabtu lalu.
Zaharie tidak pernah menulis sebarang tweetnya sendiri dan memiliki seramai 2,212 pengikut di @ZAHARIES.
Rakyat Malaysia tidak putus-putus berdoa dan mengharapkan pesawat MH370 dan penumpang berada dalam keadaan selamat.
Shahidah Nafisah mengharapkan agar juruterbang itu akan kembali ke tanah air.
Tidak sekadar kepada juruterbang, Linda Cooper @lindamary69 turut mengingati anak kapal dan penumpang dalam pesawat tersebut.
Seorang juruterbang dari Amerika Syarikat, Larry Galateo turut mengharapkan agar syarikat penerbangan lain menyanjung usaha Kapten Zaharie.
Dalam pada itu sejak tersebar di laman sosial mengenai hobi juruterbang itu, ramai yang menganggapnya sebagai seorang yang kreatif, ini termasuk Onur Ertugrul dari Turki.
Kami rakyat Malaysia seperti Fairuz Liyana Azman, Najwa Najihah dan Sumaiyah terus mengharap dan berdoa agar juruterbang itu bersama penumpang pesawat itu diberikan keberkatan dan keajaiban akan berlaku.
Turut memberikan ucapan penghargaan ialah penyanyi terkenal Ella bersama suaminya, Azhar Ghazali.
Terus memberikan ucapan kepada juruterbang, anak kapal dan penumpang pesawat MH370, sama seperti mereka dan sertakan hashtag #PrayForMH370. Terus menghantar ucapan kita kepada mereka di laman media sosial.
Pesawat MH370 telah hilang dari radar sejak lebih 80 jam lalu dan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 semakin diperluaskan.
Berita mula diterbitkan pada: Mac 11, 2014 13:44 (MYT)
Subramaniam k.· 1 hari tadi
Tolong siarkan komen ini. Ianya dari saya seorang bukan Islam yg memandang sesuatu isu sepert ini MH370 secara terbuka.Jika benar kita harus mempercayai sammiyat iaitu wajib mempercayai keujudan perkara perkara yg tidak nampak pd mata kasar tetapi harus yakin atas kehendak agama ianya berlaku dan ujud maka yakinlah kejadian ini juga suatu ketetapan yg maha esa.Kebijaksaan manusia ada batasanya tetapi ujian Yang Maha Esa tiada sempadan.
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan