Rabu, 12 Mac 2014

3699. MH370. Dapat tetapi telah tenggelam setelah pihak berwajib mengambil alih.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

[TERKINI] Jika Benar Ia Milik MH370, Memang Sesuatu Yang "Ajaib"!

Nelayan Port Dickson dakwa jumpa objek menyerupai rakit penyelamat pesawat

Sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson tengah hari semalam, lapor Sinar Harian.

Seorang daripada mereka, Azman berkata ia ditemui tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengah hari dan menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkannya ke dalam bot kerana terlalu berat.

Menurut akhbar harian itu, Azman yang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MH370 bersama tiga rakan lain, tertarik untuk mendapatkan objek berkenaan.

"Kami berjaya mendapatkannya dan diikat pada bot kerana takut ia tenggelam. Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya.

Dia yang keluar menangkap ikan jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam tadi memaklumkan penemuan itu kepada Berita Harian.

Katanya, penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370.

"Apa yang lebih meyakinkan kami ialah ada tulisan ‘boarding’ pada objek itu,” katanya.

Beliau berkata, sejurus bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka menyambung kerja menangkap ikan.

Jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan APMM dihantar ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya, objek itu terus tenggelam dan dipercayai tidak sempat dinaikkan ke dalam bot APMM, lapor akhbar itu lagi.

Hari ini masuk hari ke lima pesawat MH370 selepas hilang Sabtu lepas dan sehingga kini, sudah empat laporan saksi berkaitan kapal terbang ini.

Penduduk Pengkalan Chepa, Kelantan, melihat kapal terbang rendah, penduduk Tumpat melihat pesawat dengan ekor terbakar, nelayan di Marang mendengar bunyi yang kuat dan kini nelayan Port Dickson menemui objek umpama rakit keselamatan pesawat itu.

Kesemua maklumat ini selaras dengan kenyataan TUDM bahawa radar mereka mengesan pesawat ini berpatah balik selepas satu jam terbang dan hilang di perairan Vietnam. – TMI.



Jumpa rakit getah di Selat Melaka

Port Dickson: Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam. 

Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu. 

Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak. 

Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat. 

"Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut. 

"Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya, ketika dihubungi semalam. 

Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam. 

"Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat. 

"Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu. 

"Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya. 

Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan. 

Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu. 

Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan. –HM


ULASAN GB

Terbang ke China, tapi temui rakit penyelamat di Selat Melaka. Bukankah itu satu yang "ajaib". Mungkin benar pesawat itu berpatah balik... dan mungkin sebab itu tiada ditemui di Laut Cina Selatan...
mantaro at SISI BUKIT - 6 minutes ago
"Saya telah meminta taklimat diadakan lagi hari ini dengan pasukan SAR. Kita akan berusaha tanpa henti dengan kerjasama antarabangsa untuk mencari MH370," kata DS Najib melalui laman Twitter hari ini.(info lanjut) Amat malang Perdana Menteri meminta taklimat operasi menyelamat pesawat MH370 yang hilang.Sebagai Perdana Menteri sepatutnya beliau tidak perlu tidur lena.Cukup tidur-tidur ayam.Beliau kena tahu,beliau kena ketuai operasi.(klik)
Na'im Nikmat at Na'im Nikmat @blog - 10 minutes ago
OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 10 minutes ago
*Seorang individu yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia yang kini jadi bahan kutukan dan lawak gila kerana gelagat dan telatahnya yang cuba berlagak bijak dan hebat dengan adegan teropong bubu guna buluh dan terbaru guna karpet terbang di KLIA semata-mata mau tunjuk dia tahu dimana perginya pesawat MH370 menghilang diri.Setelah diselongkar, mamat yang bernama Ibrahim Mat Zin ini adalah penyokong UMNO cukup totok sampai tolong kempen untuk calon UMNO/BN di DUN Seri Manjung, Perak pada PRU 13 lalu.Jadi tidaklah menghairankan apabila dia mendabik dada memberitahu satu... more »
atsixty at ZAKRI ALI - 17 minutes ago

atsixty at ZAKRI ALI - 33 minutes ago
AKforty Seven [image: Photo: "Atas kesedaran bahawa Negara dan Negeri Selangor sendiri berada dalam keadaan yang parah akibat penyelewengan,korupsi dan salah guna kuasa yang berleluasa;Khalid Ibrahim mengambil keputusan bahawa keadaan mesti diperbetulkan melalui perubahan politik. Kerana itu Khalid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2006." ~Di lantik menjadi Bendahari Agung serta Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. ~Pada tahun 2007,beliau dipilih menjadi Ketua Cabang Kuala Selangor sehingga kini. ~Selepas kejayaan PRU (Mac 2008),beliau diberi amanah menjadi Mente... more »
greenboc at KELAB GREENBOC - 47 minutes ago
N*elayan Port Dickson dakwa jumpa objek menyerupai rakit penyelamat pesawat* Sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson tengah hari semalam, lapor Sinar Harian. Seorang daripada mereka, Azman berkata ia ditemui tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengah hari dan menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkannya ke dalam bot kerana terlalu berat. Menurut akhbar harian itu, Azman ... more »
Nas Rul at dairishare - 47 minutes ago
Di Kenya seekor kambing betina melahirkan anak kambing berwarna hitam yang di katakan mirip wajah manusia. Mungkin kerana ciri wajah jelas anak kambing dilahirkan warna hitam supaya kelihatan lebih kurang seperti wajah manusia. Tak tahulah, cuba anda lihat videonya dibawah, apakah wajah anak kambing itu mirip wajah manusia?
'RAMAI SIMPATI PADA NASIB 

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago


Roslin Ahmad [image: 'RAMAI SIMPATI PADA NASIB WAN AZIZAH' HUKUMAN DIJATUHKAN KE ATAS ANWAR MUNGKIN UNDANG PADAH KEPADA BN - KOON MUN PENGERUSI MCA BAHAGIAN HULU KELANG. "Saya rasa ramai yang akan bersimpati kepada (Datin Seri) Wan Azizah Wan Ismail sebagai seorang isteri ( Datuk Seri Anwar Ibrahim). Saya tenguk Wan Azizah tak payah berkempen. Kalau kempen sekalipun, dia tak perlu bercakap, nangis saja pun sudah berjaya (meraih undi)" katanya. /// Koon Mun pun tak confident calon MCA boleh menang. Dulu janji orang tempatan sebagai calon, sekarang calon MCA ini pun dari luar...hehehe... more »

PBO™ at pen buruk online ™ - 1 hour ago
*"Apa yang lebih meyakinkan kami ialah ada tulisan ‘boarding’ pada objek itu,” katanya.* PORT DICKSON: Sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, tengah hari semalam. Seorang daripada mereka, Azman berkata ia ditemui tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengah Hari dan menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkannya ke dalam bot kerana terlalu berat. Katanya, dia yang mengikuti perkemb... more »
Orang ni at Orang ni - 1 hour ago
Sebelum ini nelayan-nelayan dikerah oleh Menteri untuk mencari pesawat #MH370, selepas itu muncul isu Raja Bomoh dengan teropong buluh bersama bubu di KLIA dan mengundang macam-macam pandangan,kutuk-kan dan sindirian dengan apa yang berlaku. Dengan tidak disangka-sangka Menteri UMNO yang pegang folio Agama kata tak salah guna khidmat bomoh...apa punya malang umat Islam negara ini mendapat menteri yang konon-nya jaga kepentingan dan maruah Islam mempertahankan bomoh..jika menteri itu bukan Islam tidak jadi masaalah,tapi Menteri yang bernama Jamil Khir Baharom keluarkan kenyataan beg... more »
OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 1 hour ago
*"Wahai tikar pandan terbang, bawalah kami ke Negara Bodoh Berdengung! Zam Zam... ala ka Zam!"* *Individu yang mengaku dia Raja Bomoh Sedunia hari ini buat lagi gelagat dan perangai yang menjadikan dirinya bahan kutukan dan ketawa kononnya mau membantu mencari pesawat MH370 yang hilang.Kelmarin dia pakai dua batang buluh dan bubu tangkap ikan .. hari ini di KLIA dia gunakan karpet terbang .. sebiji seketul macam cerita Laksamana Do Re Mi.Apa nak jadi ..makin dikutuk makin menjadi kebodohan, khurafat dan tahyulnya.Menggunakan 3 pembantu .. salah seorang dari mereka... more »
OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 1 hour ago
*Calon pilihan raya kecil (PRK) KEADILAN N 25 Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan ‘Manifesto Kajang’ yang mengandungi empat teras utama.Empat teras tersebut adalah membanteras jenayah, meningkatkan keselamatan, menangani masalah kesesakan lalulintas, pembangunan anak muda dan usahawan kecil dan pembangunan serta penyenggaraan perbandaran.Manifesto tersebut dicetak dalam bentuk poskad dengan gambar yang menarik dan ditandatangan sendiri oleh Wan Azizah.Manifesto kali ini dicetak dalam bentuk poskad, tidak seperti buku dalam pilihan raya... more »
Sumber: Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: