Jumaat, 14 Mac 2014

3721. MH370 - Hey, hal macam ini pun boleh bercanggah. Apakah kerana sering menipu, maka satu persatu aib terserlah dengan izin-Nya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

Macam mana ni Auw-Auw ? Cer tengoklah Zahid ni.... 


Dato Auw-Auw ketika menjawab soalan mengenai dakwaan polis pergi ke rumah anak-anak kapal (MH 307 yang hilang).

Dia kata, Laporan yang mengatakan polis Malaysia pergi ke rumah anak kapal MH370 itu tidak benar.

"Polis Diraja Malaysia telah keluarkan kenyataan mengenainya"

  Tapi Datuk Auw-Auw, tengoklah ni Zahid ni ... 


Zahid Hamidi kata lain pulak ni kat  sini   Dia kata polis telah pergi ke rumah anak kapal penerbangan MH370 yang hilang untuk penyiasatan adalah 'biasa' untuk mengesan apa-apa bentuk maklumat mengenai individu-individu untuk tujuan membantu siasatan mereka ke atas apa-apa perkara.Macam mana Auw-Auw?

 Korang berdua ni buat komidi ke apa ni? Dunia sedang memerhatikan kita....Alahai...selepas kisah Raja Bomoh, timbul kisah korang pula! Hebohlah lagi satu dunia! 


Sumber: (http://alhusseyn51.blogspot.com/2014/03/macam-mana-ni-auw-auw-cer-tengoklah.html
MH370 : Anwar selar kerajaan guna khidmat bomoh

Anwar selar kerajaan guna khidmat bomoh 1Malaysia cari MH370 

OLEH DIYANA IBRAHIM

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan kerajaan Malaysia membenarkan bomoh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mencari penerbangan MH370 yang hilang. – Gambar fail The Malaysian Insider 

Sidang Dewan Rakyat hari ini gempar apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membahaskan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 termasuk memberi kebenaran “bomoh 1Malaysia” melakukan upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Anwar berkata imej negara tercemar ekoran daripada kegagalan kerajaan menangani krisis negara sehingga dikritik hebat oleh media antarabangsa.

Katanya situasi memalukan itu ditambah dengan insiden semalam di KLIA apabila kerajaan membenarkan seorang bomoh yang dibayar melakukan upacara bagi mengesan lokasi pesawat MH370.

"Ini amat memalukan. Siapa yang membenarkan, siapa yang membayar bomoh itu, ini jelas perbuatan khurafat dan kemudian media antarabangsa pula dipanggil buat liputan.

"Insiden ini perlu disiasat, ia merupakan satu perbuatan bodoh dan memalukan Malaysia sebagai negara Islam," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga memetik satu laporan akhbar media antarabangsa yang menyelar kerajaan berhubung insiden MH370.

Bagaimanapun belum habis Anwar membaca petikan laporan akhbar tersebut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dilihat mencelah ketua pembangkang itu.

Ia menimbulkan kekecohan apabila ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengkritik tindakan tersebut apabila menteri tersebut tidak sepatutnya mencelah jika tidak dibenarkan Anwar.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga turut serta apabila mendakwa menteri yang juga ahli Parlimen Kota Belut tidak tahu apa yang ingin disampaikan oleh Anwar.

"Beliau ini Yang di Pertua, bukan tahu apa yang disampaikan langsung tak faham tentang bagaimana berlakunya banyak percanggahan kenyataan," kata Khalid.

Ahlid Parlimen Pandan Rafizi Ramli juga dilihat turut bangun untuk memohon pandangan Anwar mengenai kenyataan akhbar Utusan apabila menteri sendiri mengakui tidak salah menggunakan perkhidmatan bomoh.

" Apakah pandangan ahli Parlimen Permatang Pauh mengenai laporan berita akhbar Utusan yang miliknya Umno kerajaan apabila membenarkan penggunaan bomoh ini.

"Laporan itu menyatakan tidak salah menggunakan perkhidmatan bomoh ia kemudian disaksikan oleh dunia antarabangsa dan Presiden Obama sendiri kagum dengan kebodohan itu," katanya hingga menyebabkan suasana Dewan Rakyat gamat seketika.

Sementara pada sidang media selepas itu Anwar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk bangun dari tidurnya dan menjadi pemimpin yang cekap menangani krisis negara.

Mengambil insiden pesawat MH370, kerajaan sepatutnya melantik hanya seorang jurucakap.

"Saya ambil contoh mengenai pencerobohan Japanese Red Army sekitar 1975 ketika krisis berjaya ditandatangani bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Osman S Cassim.

"Ketika itu hanya satu sahaja arahan dan ia amat konsisten tidak seperti sekarang apabila menteri pengangkutan cakap lain, tentera cakap lain" katanya.

Tambahnya, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuktikan bahawa beliau gagal dan tidak cekap menangani krisis negara.

Dalam sidang media itu beliau juga mengulas mengenai kehadiran bomoh, Ibrahim Mat Zain semalam.

Beliau berkata sebelum ini Najib membayar berjuta-juta ringgit kepada kepada Apco untuk bayar konsultasi imej perdana menteri itu.

"Dengan apa yang bomoh itu sudah lakukan wang berjuta-juta ringgit pun tidak mampu untuk menebus semula maruah negara," katanya.

Sumber: (http://cikgu-pencen.blogspot.com/2014/03/mh370-anwar-selar-kerajaan-guna-khidmat.html)

Jangan kendalikan isu pesawat MH370 seperti mengendalikan politik – Aspan Alias

Kita semua dalam dilemma berkaitan dengan kehilangan pesawat penerbangan MAS MH370 kerana sehingga hari ini yang sudah masuk hari ke-6, masih tidak menampakkan apa-apa kejayaan dalam pencarian kita. 

Kini sudah menjangkau keluasan kawasan kepada 27,000 batu persegi untuk pencarian tersebut. 

Tidak siapa yang menafikan yang kerajaan sedang melakukan apa yang terbaik untuk menyelesaikan isu yang sangat besar yang boleh mempengaruhi kredibiliti kerajaan kita dan pimpinannya, tetapi kita juga mahukan kejujuran itu dipandu oleh kemahiran dan kebijaksanaan pimpinan hari ini. 

Keadaan begitu meruncing sehinggakan Vietnam telah mengurangkan skala penglibatannya sehingga Putrajaya memberikan panduan dan kehendak perancangan pencarian secara tegas dan meyakinkan.Kita memahami yang kejadian kehilangan pesawat ini merupakan kejadian tidak diminta dan yang tidak ditunggu-tunggu. 

Yang menghadapi musibah ini ialah negara kita, dan kita tidak mungkin wajar untuk menyerahkan segala tugas mengkoordinasi itu kepada agensi antarabangsa. 

Kerajaan dan penguasa negara kita perlu melakukan koordinasi ini maka ia memerlukan fokus dan tumpuan yang betul dalam menghadapi krisis yang sangat besar ini. 

Krisis kali ini bukannya krisis yang pertama yang dihadapi oleh negara. Krisis Japanese Red Army pada tahun 70an juga merupakan krisis yang besar tetapi semasa itu kita mempunyai pemimpin yang diakui kredibilitinya seperti Tun Ghazali Shafie. 

Kita masih ingat yang kerajaan tidak membenarkan terlalu ramai yang memberikan kenyataan untuk tidak mengelirukan orang ramai. 

Dalam krisis itu hanya King Ghaz sahaja yang mengeluarkan apa-apa kenyataan dan krisis yang sangat besar itu selesai hasil dari kelicinan perjalanan pengurusan krisis itu. 

Kita boleh memberikan alasan yang krisis yang kita hadapi sekarang adalah satu krisis yang berlainan bentuk dan keadaannya, tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah kaedah mengendalikan krisis ini. 

Kita tidak pernah menafikan keikhlasan pihak yang berwajib dalam menangani krisis ini tetapi yang kita persoalkan, kita tidak mempunyai koordinasi yang tepat dalam menghadapi media dan orang ramai. 

Memilih seseorang sebagai koordinator dalam menghadapi masyarakat dan media antarabangsa ini perlu dilakukan dengan teliti dan jika lebih baik keputusan itu perlu dibuat oleh Kabinet kerajaan. 

Dengan mengambil keputusan kabinet, ia akan menentukan akauntabiliti keputusan ini diambil oleh kabinet sendiri. Buat masa ini kita tidak tahu siapa yang bertanggungjawab terhadap isu ini. 

Ramai yang bertanya siapa yang kita hendak dengar? Adakah dari DCA atau APMM? Adakah dari tentera laut atau tentera udara? Atau kita yakini kenyataan Hishammuddin atau Ahmad Zahid Hamidi? 

Kalau kita amati dan mengikuti perkembangan sejak enam hari yang lepas kita telah mendengar kenyataan Shahidan Kassim yang terlalu rendah kredibilitinya untuk menghadapi situasi yang sangat serius ini. 

Kita terpaksa menyebut ini semua kerana ia membabitkan imej dan persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa dan sekaligus ia menjahanamkan kredibiliti “government of the day” 

Jika ini berterusan maka persepsi semua pihak terhadap kerajaan akan tidak dapat diperbaiki lagi sedangkan pimpinan hari ini sudah tersedia menghadapi krisis keyakinan yang amat serius jika pun insiden kehilangan pesawat ini tidak pernah berlaku. 

Sekarang kita sudah “conclusive” yang pemimpin-pemimpin hari ini sebenarnya belum diuji tentang kepimpinan masing-masing. 

Pemimpin-pemimpin hari ini adalah dari kumpulan yang menaiki tangga kepimpinan melalui jalan yang tidak diuji kepimpinan mereka. 

Mungkin mereka boleh mengumpulkan orang dan membawa rakyat untuk berfikir dengan budaya ampu mengampu yang hanya diperkuatkan dengan otot yang ada kepada kerajaan itu. 

Kita belum lagi mengalami penukaran kerajaan seperti negara lain yang sudah tersedia dengan pengalaman sebagai demokrasi sistem dua parti. 

Oleh kerana pembangkang belum lagi mempunyai pengalaman menjadi kerajaan di peringkat persekutuan ini, maka mereka juga belum pasti boleh menyelesaikan krisis seperti ini jika sekarang mereka yang memimpin kerajaan hari ini. 

Krisis yang sebesar ini perlu ditangani oleh pemimpin yang benar-benar berpengalaman dan tidak menggunakan kesempatan untuk mempamirkan diri di muka media sahaja. 

Krisis yang melanda MAS kali ini adalah krisis yang boleh mempengaruhi kepimpinan negara dan ia patut di selenggara dengan penuh teliti dan ketulinan kemahiran kepimpinan mereka. 

Kita tidak boleh mengendalikan isu ini seperti kita mengendalikan politik kepartian yang sedang berperang. Kita sekarang bukan sedang membuat pilihan di antara calon-calon PRK Kajang yang terhasil dari krisis dalaman PKR. 

Ini krisis nasional yang amat serius yang melibatkan negara dan masa depan negara di kaca mata masyarakat antarabangsa lebih-lebih lagi yang melibatkan nyawa manusia yang tidak berdosa. 

Yang perlu di fahami ialah tidak ada seorang yang mahu melihat perkara seperti ini berlaku dan seperti yang disebut dalam posting yang lepas tiada siapa yang tidak berdoa untuk keselamatan semua penumpang dan anak kapal itu. 

Semua mahu melihat kebaikan walaupun sekarang sudah sampai hari ke-6 kehilangan pesawat itu. Kita dapat menumpang merasakan kesedihan dan tekanan yang dihadapi oleh keluarga yang terlibat. Kita tidak pernah menjangkakan yang kemalangan “of this magnitude” berlaku kepada nyawa manusia yang tidak berdosa. 
Link: Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: