Jumaat, 14 Mac 2014

3731. MH370 - Kok bolak baleq toh, ngomongan nea. West kadong ngelindor opo.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 
Ini satu kisah bila media massa tempatan buat onar. Agaknya main ceduk berita dari blogger pro kah?. 


Terkini!!! Siasatan Terhadap Seorang Krew MH370 Dan Penumpang Warga China Etnik Uighur Tidak Benar: Polis.. Jom Terjah!!!



Hadi Ho Abdullah
SEPANG: Bukit Aman menafikan laporan di beberapa laman portal online dan akhbar tempatan bahawa polis sedang memberi tumpuan kepada siasatan terhadap salah seorang krew MH370 dan seorang warga China berusia 35 tahun dari etnik Uighur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata beliau tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubung siasatan berhubung kehilangan MH370 kepada media. 

"Siasatan ini adalah rahsia dan sedang dijalankan.

"Polis akan mendedahkan perkembangan terkini mengenai kes tersebut pada waktu yang sesuai," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata sebarang laporan yang memetik beliau sebagai mengesahkan perkara itu adalah tidak benar.

"Laporan seperti itu tidak benar," katanya bagi mengulas laporan dakwaan tersebut.

Laporan tersebut mendakwa polis telah menyerbu rumah salah seorang krew tersebut dan menyoal ahli keluarga mereka. 



Malah, lelaki etnik Uighur itu dilaporkan turut disiasat kerana latar belakangnya.

Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/03/terkini-siasatan-terhadap-seorang-krew.html
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: