Jumaat, 14 Mac 2014

3732. Tentera Allah SWT. Berwaspadalah sentiasa.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

Berhati-hatilah Dengan Tentera Allah

Aisyah ra pernah kagum melihat seorang ibu yang baru saja diberinya tiga potong roti dan dengan penuh kasih sayang oleh ibu tesebut, dua potong roti yang tadi diberikan kepada kedua-dua anaknya yang sedang kelaparan. Sekejap saja roti itu habis dilahap. Mereka masih lapar lalu mereka minta bahagian ibunya yang sekeping itu. Apa yang dilakukan oleh si ibu sangat mengagumkan. Dia memotong roti itu menjadi dua bahagian dan memberikannya kepada kedua anaknya. Si ibu rela melepaskan bahagiannya demi anak kesayangannya.

Peristiwa ini diceritakannya kepada Rasulullah Saw, suaminya. Maka secara singkat Rasulullah Saw memberi komen bahawa "Allah lebih sayang kepada hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu kepada anak-anaknya."

Ya, memang Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tanpa kasih sayang-Nya dunia ini tidak akan menjadi kenyataan. Tanpa kasih sayang-Nya dunia ini sudah lama ditutup, bagaimana tidak...sedangkan manusia yang diamanahkan untuk memelihara kelestarian bumi ini membuat kerosakkan, bahkan tanpa malu-malu menentang Tuhan.

Penentangan manusia terhadap Allah SWT dilakukan secara terang-terangan, baik berupa pemikiran mahupun perbuatan. Penyimpangan aqidah telah berlaku diseganap penjuru. Pelanggaran syariah menjadi lumrah dan kerosakan akhlak jadi tontonan setiap hari.

Kita tahu bahawa segala benda alam ini adalah milik Allah swt dan sekaligus tentera-tentera Nya akan digerakkan sesuai kehendak Nya. Air hujan yang selalu dinantikan kedatangannya oleh segenap manusia, boleh berubah menjadi bencana besar yang menelan korban ribuan manusia, sekali bah ribuan hektar tanah tenggelam bersama isinya. Semua boleh hanyut seketika. 

Api juga tentera Allah, api memang bermanfaat besar bagi umat manusia dalam industri kecil atau industri besar tidak boleh beroperasi tanpa peranan tenaga api ini. Akan tetapi bila Allah swt menggerakkan api maka bangunan pencakar langit pun boleh hangus dalam masa yang singkat, hutan berjuta juta hektar boleh gundul akibat terbakar.

"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa." (QS Al An'aam: 44)

Rasulullah Saw bersabda: "Bagaimana kamu jika dilanda oleh lima perkara?, Kalau aku (Rasulullah Saw), aku berlindung kepada Allah agar tidak menimpa kamu atau kamu mengalaminya.

Yang pertama; jika perbuatan maksiat dalam suatu kaum sudah dilakukan terang-terangan maka akan timbul wabak penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa orang-orang terdahulu.

Yang kedua; Jika suatu kaum menolak mengeluarkan zakat maka Allah akan menghentikan turunnya hujan, kalaulah bukan kerana binatang-binatang ternakan tentulah hujan tidak akan diturunkan sama sekali.

Yang Ketiga; Jika suatu kaum mengurangkan sukatan dan timbangan maka Allah akan menimpakan kebuluran beberapa waktu, kesulitan makanan dan kezaliman pemerintah.

Yang keempat; Jika pemerintah melaksanakan undang-undang yang bukan dari Allah maka Allah akan menguasakan musuh-musuh mereka untuk memerintah dan merampas harta kekayaan mereka.

Yang kelima; jika mereka mensia-siakan Kitabullah dan Sunnah Nabi maka Allah akan menjadikan permusuhan diantara mereka.

(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Hadis diatas menjelaskan kepada kita hubungan antara kemaksiatan kepada Allah dengan pelbagai musibah yang akan ditimpakan kepada manusia. Ribuan peristiwa yang kita baca, kita dengar dan kita lihat melalui media maklumat jelas berlalu begitu saja tanpa menimbulkan kesan atau dijadikan pengajaran, apalagi membuahkan hikmah.

Ini berlaku bukan kerana manusia buta matanya, tetapi yang sebenarnya berlaku adalah buta mata hati. Mereka tukarkan kebenaran dengan kesenangan seketika, mereka tinggalkan jalan petunjuk menuju jalan kesesatan.

"Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat. Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar )."(QS Al-Baqarah: 17–18)

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com


Sumber: (http://detikislam.blogspot.com/2014/03/berhati-hatilah-dengan-tentera-allah.html
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: