بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
CARA KERAJAAN BN URUS KEHILANGAN PESAWAT MH370 MENJADI TAJUK UTAMA CERAMAH PR KINI.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu kelemahan pengendalian kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines MH370 oleh Putrajaya ketika kempen ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Kajang malam tadi, dengan berkata kepimpinan tegas diperlukan dalam pengurusan krisis sedemikian.
Anwar sebelum itu di Dewan Rakyat membangkitkan isu berkenaan kewujudan "Bomoh Do Re Mi" di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Parlimen dan menyifatkan tindakan berkenaan adalah "bodoh dan memalukan negara."
"Yang orang kritik seperti New York Times, Guardian, dan akhbar China mengkritik keras (kerajaan Malaysia). Vietnam juga kata kalau kamu tidak beri maklumat, mereka mahu menarik kerjasama kami. Jakarta Post juga menegur kepincangan berlaku kerana kerajaan Malaysia tidak telus.
"Satu dunia menyerang kita sekarang kerana cara kendali. Pemangku menteri pengangkutan beritahu empat orang guna passport curi, ketua polis negara kata dua, ini apa dia?" kata Anwar dalam ceramahnya di bandar Kajang, malam tadi.
Anwar turut mengulangi gesaan yang dibuatnya sebelum ini apabila mencadangkan Putrajaya melantik seorang jurucakap untuk membuat pengumuman ataupun makluman supaya tidak lagi berlaku percanggahan terhadap maklumat yang disampaikan berhubung insiden berkenaan.
"Lepas itu kata Pakatan politikkan...kamu (kerajaan) yang tidak reti nak jaga. Najib buat apa? Negara bila menghadapi krisis memerlukan pimpinan yang tegas. (Lantik) seorang jadi jurucakap.
"Kamu menteri, dapatkan dulu fakta dan periksa dahulu dengan MAS, ketua polis negara. Apabila siap, barulah buat satu kenyataan. Ini, menteri buat kenyataan pukul 2, kemudian pukul 3, ketua pengarah DCA pula buat kenyataan lain," katanya.
Pada sidang media di Parlimen, Anwar berkata, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuktikan bahawa beliau gagal dan tidak cekap menangani krisis negara.
Anwar berkata, imej negara tercemar ekoran kegagalan kerajaan menangani krisis negara sehingga dikritik hebat oleh media antarabangsa.
"Mereka kata kita (Pakatan Rakyat) politikkan. Saudara, masa tragedi Highland Tower runtuh dan melibatkan warga asing, saya masa itu timbalan perdana menteri baru tiga hari. Dan cerita dalam itu macam-macamlah..siapa punya, siapa duduk di situ.
"Tahun 2014, kapal terbang hilang sehari selepas Anwar dihukum penjara. Mula nak hilangkan Anwar, Anwar tak sempat hilang...hilang kapal terbang. Apa keputusan kita? Kita mendoakan," katanya.
"Satu dunia menyerang kita sekarang kerana cara kendali. Pemangku menteri pengangkutan beritahu empat orang guna passport curi, ketua polis negara kata dua, ini apa dia?" kata Anwar dalam ceramahnya di bandar Kajang, malam tadi.
.
Sumber: (http://omakkau.blogspot.com/2014/03/cara-kerajaan-bn-urus-kehilangan.html)
Yang ini projek individu atau kerajaan mana ye?.
BOMOH BUAT LAWAK KERJA SYIRIK SAMPAI JADI BAHAN KUTUKAN DAN EJEKAN SELURUH DUNIA BEBAS .. BUAT SOLAT HAJAT DIBERIKAN AMARAN!!!!!
Inilah yang kencang diperkatakan oleh rakyat baahan kini ... invidu yang mengaku sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VVIP yang buat kerja syirik, khurafat, tahyol, lawak, bodoh dan menipu sehingga dijadikan bahan kritikan, kutukan, lawak jenaka sehingga luar negara pun ketawakan cara negara kita mengurus pesawat MH370 dengan hanya menggunakan 2 biji kelapa muda, labu sayong, buluh, bubu, akhirnya tikar terbang tiada lagi berbunyi tindakan diambil .. Bukan sekali melaon ini buat kerja gila tetapi 2 kali.
Apabila Pemuda PAS buat solat hajat bermunajat kepada Allah SWT agar pesawat MH370 segera dijumpai dan para penumpang termasuk krewnya selamat dikatakan diberi amaran.
Ini yang menjemput suatu persepsi yang kurang enak dan baik rakyat kepada kerajaan yang memerintah negara ketika ini.
Sumber: (http://omakkau.blogspot.com/2014/03/bomoh-buat-lawak-kerja-syirik-sampai.html)
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan