Sabtu, 15 Mac 2014

3773. ALLAH SWT memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

Kenapa Orang Tidak Solat Boleh Berjaya?. 

Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.

Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula. 

*Sumber dari dirihamba.blogspot.com
Sumber: (http://detikislam.blogspot.com/2014/03/kenapa-orang-tidak-solat-boleh-berjaya.html)

Tan Sri Anuar Musa Sokong Kerajaan PAS Kelantan Laksana Hukum Hudud !

atsixty at ZAKRI ALI - 14 minutes ago
Pas Kawasan Lenggong Perak *[image: MAR 13, 2014 HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa semua pihak bukan sahaja menyokong malah membantu usaha kerajaan Kelantan melaksanakan undang-undang jenayah syariah atau lebih dikenali sebagai hudud, di negeri itu. Berucap ketika membahaskan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini, pemimpin Umno itu menegaskan, tiada sebab untuk menolak hudud kerana tugas melaksanakan syariat Allah adalah wajib bagi umat dan pemimpin Islam. Beliau juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada PAS di Kelantan kerana tela... more »

Kenapa Orang Tidak Solat Boleh Berjaya ?

Detik Islam at Detik Islam - 29 minutes ago
Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan... more »

MH370 : Masih tiada maklumat kukuh pesawat dirampas Najib kata.......

cikgu pencen at cikgu pencen - 34 minutes ago
MH370 : Masih tiada maklumat kukuh pesawat dirampas Najib kata... Dalam sidang medianya yang berlangsung pada jam 2.19 lewat hampir satu jam dari yang dijadualkan iaitu 1.30 di di Hotel Sama-Sama, KLIA, Najib telah sahkan apa yang dilaporkan oleh Associated Press sebelum ini. *2:18* PM Perdana Menteri baru tiba untuk mulakan sidang akhbar *2:20 *PM Najib berkata "Ini merupakan saat yang amat sedih buat para waris penumpang. Kerajaan Malaysiq turut bekerja sama dengan negara luar dan agensi antarabangsa dalam pencarian ini." "Malaysia turut berkongsi data sehingga meletakkan kepenti... more »

JANGAN GANTUNG MEREKA????

AMIR Wartawan Rasmi LR at WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 36 minutes ago
[image: Gambar tiga jururawat HKL membuat aksi 'karpet terbang' yang hangat di laman sosial.]

KENYATAAN MEDIA NAJIB DIBUAT SECARA TERGESA-GESA TANPA DIBENARKAN SOAL JAWAB

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 41 minutes ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengesahkan laporan media berhubung pesawat MH370 dirampas dan pencarian pesawat ini sedang memasuki fasa baru ke arah dua koridor baru di utara Malaysia dan satu lagi di selatan negara ini. Koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand manakala koridor selatan ialah di Indonesia dan selatan Lautan Hindi. Perdana menteri berkata demikian pada sidang medianya sebentar tadi.Pada sidang media itu, Najib yang membaca teks tanpa menerima sebarang soalan media, berkata Malaysia akan terus meningkatkan usaha m... more »

SIMPATI!!! (Gambar2) Inilah Wajah 'BUAH HATI" Pembantu Juruterbang #MH370 Yang Diberi Cuti Sebulan Oleh AirAsia.. Jom Terjah!!!

atsixty at ZAKRI ALI - 44 minutes ago
*Berita kehilangan pesawat MH370 memberi tamparan hebat kepada teman wanita pembantu juruterbang pesawat MH370, Fariq Abdul Hamid, 27, dikenali Nadira Ramli, 26.Nadira yang merupakan juruterbang pesawat AirAsia telah diberi cuti selama sebulan bagi menenangkan diri dalam menghadapi situasi kehilangan pesawat MH370 yang mana kekasihnya turut sama terlibat. Nadira merupakan anak bongsu kepada Ramli Ibrahim, salah seorang juruterbang kana MAS.Nadira dan Fariq dilaporkan telah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat namun ia mungkin tertangguh seketika sementara menunggu ... more »

4 Maut Sesak Nafas di Konsert Besar-besaran di Bukit Jalil, Saat MH370 Masih Hilang

Maysia Tayadih at DUNIACACAMARBA (DCM) - 49 minutes ago
Menurut MyNewsHub acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, mencatat tragedi apabila sekurang-kurangnya empat penonton konsert maut dipercayai kerana sesak nafas. Future Music Festival Asia yang berlangsung dari 13 Mac hingga 15 Mac 2014 membariskan lebih 70 bintang hebat dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa, antaranya Pharrell Williams dan Yuna. Konsert anjuran Livescape Asia dan dianggarkan dihadiri lebih 85,000 peminat muzik seluruh dunia ini merupakan sinambungan daripada kejayaan konsert serupa t... more »
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: