Rabu, 19 Mac 2014

3866. MH370 - Ada Pembohongan Dalam Hal Berkaitan - Portal Berita Taiwan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

Akhbar Taiwan dakwa Malaysia bohong tentang maklumat #MH370


PORTAL berita Taiwan, Want China Time menyifatkan Malaysia sebagai berbohong mengenai maklumat tentang pesawat MH370 yang didedahkan oleh kerajaan kepada umum. Portal itu memetik pendedahan bercanggah oleh salah seorang pegawai Malaysia yang terlibat dalam misi mencari pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014. 

Pegawai yang enggan dikenali itu mendakwa, pihak tentera sebenarnya mengetahui malah mengekori pesawat MH370 melalui radar lebih sejam selepas ia terputus hubungan dengan menara kawalan. Pada 8 Mac lalu.

Pegawai itu dilaporkan telah mendedahkan kepada sebuah portal China, Tencent bahawa walaupun dakwaan asal mengatakan mereka tidak pasti, pihak tentera Malaysia sebenarnya benar-benar tahu bahawa pesawat yang dipantau oleh mereka adalah pesawat MH370‎.

‎Pihak tentera dilaporkan turut memantau ketika pesawat Boeing 777 itu naik secara mendadak kepada ketinggian 43,000 kaki  melangkaui ketinggian dibenarkan dan membuat lencongan tajam ke arah barat sebelum turun mendadak kepada ketinggian 23,000 kaki ke arah Pulau Pinang.

Pesawat tersebut kemudiannya naik semula kepada ketinggian 35,000 kaki sambil menuju ke arah barat laut menuju ke Lautan Hindi, dengan bacaan akhir radar menunjukkan bahawa ia berada di atas ruang udara daratan kecil Pulau Perak yang berada di Selat Melaka sekitar jam 2:40am.

Meskipun mengetahui kesemua maklumat ini sejak dari awal, pihak berkuasa Malaysia dilaporkan enggan mendedahkan maklumat penting ini sehinggalah pada 15 Mac lalu, seminggu selepas kehilangan pesawat kata pegawai tersebut.

‎Ini bermakna Malaysia sejak dari awal lagi mengetahui bahawa jika pesawat tersebut terhempas, lokasinya tentulah di kawasan Selat Melaka bukan di Laut Cina Selatan di mana berpuluh kapal dan pesawat dari pelbagai negara membuang masa berhari-hari tanpa hasil, kata pegawai itu lagi.

"Orang nak tolong, tapi kita tipu mereka?"

Sumber: (http://milosuam.blogspot.com/2014/03/akhbar-taiwan-dakwa-malaysia-bohong.html
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: