Selasa, 25 Mac 2014

4056. Didikan Islam setelah kelahiran.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

Didikan Cara Islam Setelah Anak Dilahirkan

Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya. Hadits Riwayat Imam Abu Daud daripada Ubaidillah bin Abu Rafi' dari bapanya katanya:

"Aku melihat sendiri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengumandangkan azan seperti azan sembahyang pada telinga Hasan bin Ali ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah Radhiallahuanha."

Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Musa Radhiallahuanhu katanya:

"(Isteriku) telah melahirkan seorang anak. Maka Bayi itu aku bawa kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku."

Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.

Hadits riwayat Imam At-Tirmidzi daripada Samurah katanya bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

"Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya. Disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ke tujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya."

Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.

Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.

Umur antara 5 hingga 7 tahun.

Pada peringkat umur antara 5 - 7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar (mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu di sekelilingnya terutama ahli keluarganya.

Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. 

Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:

1. Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibu bapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibu bapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibu bapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.

2. Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.

3. Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.

4. Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain.

5. Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.

6. Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

7. Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap kiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.

8. Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala, membelakangkan kiblat dan sebagainya.

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibu bapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

pelitabrunei.gov.bn

Sumber: (http://detikislam.blogspot.com/2014/03/didikan-cara-islam-setelah-anak.html

MH370 ... KOLEKSI GAMBAR BAGAIMANA REAKSI KELUARGA DI CHINA SAMBUT PENGUMUMAN NAJIB.

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 1 minute ago

*Hanya kedengaran raungan kedukaan daripada keluarga penumpang MH370 yang ditempatkan di Hotel Lido di Beijing sejurus berakhirnya pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai perkembangan terkini berhubung pesawat itu malam tadi. * *Beberapa anggota keluarga pengsan dan terpaksa diusung keluar oleh anggota paramedik selain berlaku pergelutan apabila sesetengah waris yang kesedihan cuba menghalang jurufoto daripada merakam gambar mereka. * *"Berhenti ambil gambar. Hentikan sekarang," jerit seorang lelaki kepada kumpulan warga media terbabit dan cuba menolak mereka... more » 


Koleksi Gambar Lawak - 399

Nas Rul at dairishare - 20 minutes ago
koleksi gambar lawak

PM Najib Harus Letak Jawatan !

atsixty at ZAKRI ALI - 20 minutes ago
Rajaretinam Armuggan's photo. [image: Photo: Dari Meja Kawan PR : - Hanya yang RABUN,BUTA,BISU,TULI DAN PEKAK SHJ YG MASIH TAK SEDAR DAN TAK RETI YG RAKYAT DAH TERLALU MELUAT DAN LOYA TAHAP NAK MUNTAH DGN NAMA UMNOBN] *Dari Meja Kawan PR : - * *Hanya yang RABUN,BUTA,BISU,TULI DAN PEKAK SHJ YG MASIH TAK SEDAR DAN TAK RETI YG RAKYAT DAH TERLALU MELUAT DAN LOYA TAHAP NAK MUNTAH DGN NAMA UMNOBN* .

Ini amaran untuk Pengerusi SPR barua...

atsixty at ZAKRI ALI - 33 minutes ago
Dima Ahmy [image: Photo: ini amaran untuk pengerusi spr barua... dakwat yg tak kekal dan tukar nama2 pengundi ke kawasan lain serta macam2 kepincangan spr barua adalah PROVOKASI yg sebenar... bukan kangkung, kelapa atau teropong... PENGERUSI SPR MEMANG BARUA...] * Dakwat yg tak kekal dan tukar nama2 pengundi ke kawasan lain serta macam2 kepincangan spr barua adalah PROVOKASI yg sebenar...* * Bukan kangkung, kelapa atau teropong...* * PENGERUSI SPR MEMANG BARUA.. *

Video Keluarga Penumpang MH370 Tidak Dapat Tahan Perasaan

Abu Luqman at Media Orang Kampung - 50 minutes ago
http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/keluarga-penumpang-mh370-tidak-dapat-tahan-perasaan-28214 Keluarga penumpang tidak dapat menahan perasaan apabila ada mereka yang meraung sejurus menerima berita tersebut. Ada diantara mereka yang terpaksa dipapah kerana terlalu sedih menerima perkhabaran mengenai ahli keluarga mereka. Mereka menyaksikan sidang media tersebut di Hotel Lido,

MH370: Arak dan pakaian tipis laggi seksi praamugari

PBO™ at pen buruk online ™ - 57 minutes ago
PENGAJARAN tragedi MH370 | JANGAN HIDANG ARAK DAN TUTUP AURAT PRAMUGARI - DR RIDHUAN TEE Pensyarah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah menggariskan tujuh langkah yang boleh diambil iktibar selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu. Pendakwah bebas itu berkata antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah tidak menghidangkan

Pelancong asing dari China terjejas akibat MH370, kata Nazri Aziz - OLEH DIYANA IBRAHIM

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
*March 24, 2014* *Insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 menjejaskan bilangan pelancong yang datang ke negara ini terutamanya daripada China, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) di Dewan Rakyat hari ini.* * Menurut Nazri, pihak kementerian mengambil tindakan menghentikan segala jelajah promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 bagi menghormati perasaan dan sensitiviti ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370.* * "Tindakan diambil oleh Kementerian Pelancongan buat masa ini kita menghentikan jelajah promosi Tahun Melawat Mal... more »

Didikan Cara Islam Setelah Anak Dilahirkan

Detik Islam at Detik Islam - 1 hour ago
Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya. Hadits Riwayat Imam Abu Daud daripada Ubaidillah bin Abu Rafi' dari bapanya katanya: *"Aku melihat sendiri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengumandangkan azan seperti azan sembahyang pada telinga Hasan bin Ali ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah Radhiallahuanha."* Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Musa Radhiallahuanhu katanya: *"(Isteriku) telah ... more »

Dua Objek Ditemui Di Lautan Hindi, Harapan Baru Atau Palsu Lagi? -updated

atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
*MH370: Operasi carian Malaysia diperhebat lagi dengan maklumat tentang serpihan Kawasan selatan Lautan Hindi dikerumuni pesawat daripada beberapa negara pagi ini untuk pesawat MH370 Malaysia yang hilang apabila pencarian diberi suntikan tenaga baru dengan lebih bukti objek terapung yang disyaki berkaitan pesawat tersebut, lapor AFP. * *Tetapi cabaran mendapatkan objek terapung tersebut bertambah rumit apabila ribut tropika melepasi kawasan pencarian tersebut, mengugut untuk meyukarkan lagi keadaan yang kini menggagalkan pen... more »
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: