Selasa, 25 Mac 2014

4063. Penang Tunnel - RM6.3 Billion.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  Dari rakyat parti dapat amanah berkerajaan. Jika ada bangkangan sesuatu projek, antara lain faktor penyebabnya ialah mereka tidak ingin sesebuah kerajaan membina sebarang kemudahan untuk rakyat. Bila sesebuah kerajaan gagal membina kemudahan untuk rakyat, ini adalah satu kelemahan yang bakal menjadi jaringan pihak lawan sebagai bahan propaganda untuk menguasai pula kerajaan yang sedia ada di masa akan datang. 

Membina dan menyiapkan projek rakyat dengan jujur dan amanah adalah harapan rakyat. Membina kemudahan untuk rakyat lebih baik dari sebuah kerajaan yang ahlinya menukar binkan khazanah dan harta rakyat kepada diri sendiri, ahli keluarga dan kenalan. Dengan lain perkataan sesuatu yang amat bahaya jika ketua dan ahli-ahli dalam sesebuah kerajaan adalah mamat-mamat dan minah-minah songlap. 

Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang Pula.. -Guan Eng. 

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) tampil mempertahankan tindakan kerajaan negeri membina terowong dasar laut bernilai RM6.3 billion yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam di Seberang Prai.

Beliau melahirkan rasa hairan dengan kritikan mengenai pembinaan terowong dasar laut, ekoran pembukaan rasmi jambatan kedua Pulau Pinang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.
Kerajaan negeri sebelum ini memberi alasan bahawa terowong itu perlu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di pulau berkenaan.
Beberapa ulasan di media pro-kerajaan bagaimanapun mendesak kerajaan negeri mengkaji semula pembinaan terowong yang bakal menjadi penghubung ketiga antara Pulau Pinang dan semenanjung.
"Amat jelas laluan ketiga iaitu terowong dasar laut antara Persiaran Gurney dan Bagan Ajam selain dapat mengurangkan kesesakan dalam pulau, ia dilihat sebagai mekanisme yang mengubah pembangunan dan menjana ekonomi di Seberang Perai Utara," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Sambil mempersoalkan penyokong Umno yang membantah pembinaan terowong dasar laut, Lim berkata kerajaan negeri mengutamakan pembangunan dan memberi layanan sama di kawasan yang dimenangi Umno pada pilihan raya lepas.

"Sekiranya Seberang Perai Tengah membangun kerana jambatan dan sekarang ini Seberang Perai Selatan pula, kenapa tidak Seberang Perai Utara?
"Dengan pembinaan terowong itu membuktikan prinsip kerajaan negeri yang tidak menyisihkan setiap rakyat Pulau Pinang biarpun mempunyai fahaman politik berbeza," katanya.

Katanya, pembinaan terowong dasar Laut yang dijangka siap pada 2015 itu merupakan elemen penting dalam Penilaian Kesan Trafik Fasa 2 Tanjung Pinang, dalam projek penebusan semula tanah oleh kumpulan E&O.

Lim mendedahkan bahawa projek penebusan semula tanah melibatkan seluas 940 hektar diluluskan dan ditandatangani oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) terdahulu.
Bagaimanapun, katanya, ketika itu beliau tidak pula mendengar bantahan oleh media BN berhubung projek tersebut.

Beliau juga merujuk kajian pengangkutan yang menyatakan lebih banyak laluan akan membantu menyelesaikan masalah kesesakan trafik.

"Hong Kong boleh mempunyai tiga terowong dasar laut selain daripada jambatan sedia ada, jadi kenapa tidak Pulau Pinang?" tanya Lim, dan menambah bahawa terowong yang akan dibina lebih bersifat mesra alam dan tidak melibatkan negeri lain.

Beliau berkata projek tersebut adalah visi jangka masa panjang kerajaan negeri.
"Pembinaan akan memakan masa selama 12 tahun. Biarpun mempunyai dua jambatan namun dalam masa tersebut, ia tidak mungkin dapat memenuhi pertambahan kenderaan dengan pembangunan yang semakin pesat," katanya.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi antara yang membantah pembinaan terowong tersebut, atas alasan ia bukan satu keperluan mendesak untuk menyelesaikan masalah lalu lintas.
Beliau dilaporkan berkata, meskipun projek terowong dasar laut itu sudah dirancang ketika BN memerintah, namun kerajaan BN terpaksa mengubah pelan berkenaan selepas melakukan penilaian dari pelbagai sudut.

"Kerajaan negeri perlu melihat kesan jangka panjang pembinaan terowong itu, terutama kepada nelayan pesisir, kerana pembangunan tidak terancang sedemikian boleh menjejas mata pencarian mereka," kata Abdullah. – 2 Mac, 2014. (TMI) 

Tol Jambatan Pulau Pinang akan dihapuskan jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang. Itu adalah janji Pakatan yang disampaikan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Setakat ini, semua janji yang berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang telah pun dilaksanakan.  Hanya janji yang melibatkan kuasa kerajaan pusat seperti pemansuhan tol dan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan belum dapat dilaksanakan kerana UMNO-Barisan Nasional.



Sumber: (http://www.ibnuhasyim.com/2014/03/projek-terowong-bawah-laut-pulau-pinang.html)
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: