Rabu, 26 Mac 2014

4087. MH370 - Contoh Apa Malaysia sudah buat untuk Dunia?.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

MH370: Hishammuddin buat lawak ke ni?


Ketika berdozen ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) menyatakan protes di luar Kedutaan Malaysia di Beijing, China, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ‎hari ini berkata peristiwa kehilangan MH370 mampu menjadi contoh kepada seluruh dunia dalam memupuk penyatuan.

Beliau berkata demikian berdasarkan penglibatan bantuan negara luar terhadap Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat tersebut bermula daripada hari pertama sehinggalah keputusan konklusif yang menyatakan pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata, segala cabaran dan dugaan yang diterima berhubung insiden pesawat MH370 mempunyai hikmah.

"Apa juga ujian pasti ada hikmahnya dan kita mesti melalui bersama. Saya berpendapat sekiranya usul ini boleh dipersetujui tanpa pengecualian maka ini akan menjadi sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini. 
"Kita melihat dunia hari ini berpecah dengan kebencian, perbalahan malah pembunuhan. Bagaimanapun dalam kes MH370, Malaysia boleh menjadi contoh untuk mengkoordinasi apa yang kita lakukan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang hadir di Parlimen bagi pengulungan usul insiden MH370 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi. Hishammuddin berkata dengan pengumuman semalam, pencarian MH370 kini beralih ke fasa baru dengan berdepan lokasi yang sangat mencabar.

Bagaimanapun katanya ia dapat dilakukan dengan bantuan peralatan dan aset berteknologi tinggi bagi meneruskan pencarian termasuk mengesan kotak hitam pesawat MH370.

"Walaupun lokasi mencabar jauh di daratan, namun saya seorang yang optimis dan menganggap selagi ada harapann," katanya ~ The Malaysian Insider

Dari sidang media yang pertama hingga ke sidang media yang entah keberapa kali tah.. maklumat yang disampaikan bercanggah-canggah antara satu agensi dengan satu agensi yang lain, Hishamuddin masih nak kata negara kita dijadikan contoh?

Contoh apa bendanya?? 
Sumber: (Anak Sungai Derhaka: MH370: Hishammuddin buat lawak ke ni?)

Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: