Rabu, 26 Mac 2014

4095. MH370 - Petunjuk dari mimpi seorang ustaz.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  Jika Petunjuk Yang Diperolehi Oleh Ustaz Ini Benar, Maka....
Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. - USTAZ DARUL MANZIL

ULASAN GB

GB menerima permintaan seorang sahabat untuk mengulas mimpi Ustaz Darul Manzil di atas yang jika menurut catatan di fbnya telah dikirimkan pada 21 Mac 2014. 

GB hanya berkesempatan membaca malam tadi, 24 Mac 2014.

Berikut ialah beberapa intipati penting dari tulisannya itu:

1) Saya melihat 2 pesawat terbang di udara.
2) Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami.
3) saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto.
4) saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.


Jika apa yang disampaikan oleh ustaz berkenaan seperti yang dilihat di dalam mimpinya itu benar, maka benarlah apa yang GB tuliskan sebelum ini...

1. 2 pesawat terbang di udara.

Baru semalam sebelum membaca posting Ustaz berkenaan GB telah menulis satu entri dengan menyatakan di perenggan pembukaan: memaparkan pergerakan MH370 dari KLIA ke titik ia hilang dan di dalam video itu juga didapati terdapatnya pesawat jet yang bergerak hampir selari dengan MH370. 

2. Lokasinya mengikut Ustaz berkenaan "terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar dan bukan destinasi pelancongan".

GB mentafsirkan ia di Laut Cina Selatan, bukan di Lautan Hindi atau ditempat-tempat lain. Apatah lagi sebelum ini memang ada laporan "seorang nelayan di Kota Bharu mendakwa terlihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan..." Sebelum ini pun pada 23 Mac, sehari sebelum posting Ustaz itu dibuat, GB telah menyatakan "GB berpendapat bahawa pesawat itu telah terbakar dan terhempas ke dasar laut di titik dimana dikatakan ia membuat U-turn." Baca di SINI

3. Menurut Ustaz itu lagi, "....saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada.... Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto". 

Didalam satu entri GB di SINI, GB menyatakan bahawa: Apa yang dilihat dari radar TUDM hanya "kemungkinan berpatah balik" sedangkan pada ketika itu ia mungkin juga sudah terlepas dari tangan juruterbang yang menyebabkan pesawat telah hilang haluan. 

4) Ustaz tersebut menyatakan "pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370". Ia amat bertepatan dengan ulasan GB di SINI. GB tulis "apakah jet itu digunakan untuk menembak pesawat MH370? Dan jika ditembak kargonya, oleh kerana disitu terdapatnya bateri lithium ion, sudah pastinya ia meletup dan terbakar"

Dan GB pernah mengulas "Ada yang bertanya kalau terhempas tentu ada serpihannya dan mengapa satelit tak menemui apa-apa? 

Di dalam penerbangan EgyptAir yang terhempas pada 1999, menjelaskan tiada serpihan jika pesawat terhempas ke dalam laut. Kapal terbangnya tidak akan bercerai sebelum impak, dan akan tenggelam dengan cepat.

Satelit tidak menemui apa-apa kerana pesawat telah tenggelam ke dasar laut. Satelit hanya dapat merakam imej objek-objek di pemukaan laut, bukan di dasarnya!"
.

Bukan GB nak berbangga dengan apa yang telah GB tulis, tetapi untuk menjelaskan terdapat banyak persamaan petunjuk yang diperolegi oleh Ustaz berkenaan dengan apa yang telah GB sampaikan melalui entri-entri GB mengikuti tajuk dan urutan tarikhnya:

22 Mac Mungkin Lithium Ion Sebabkan Kebakaran MH370, Ia Terhempas Di Dasar Laut Cina Selatan!

24 Mac Pesawat MH370 Disahkan Terhempas, Tetapi Di Lautan Hindi(?) -updated

25 Mac [VIDEO] Pesawat Mungkin Ditembak Oleh Jet Yang Menyebabkan Ia Terbakar & Terhempas!

GB gembira dan bersyukur, sekurang-kurangnya apa yang GB tuliskan bukan sekadar catatan kosong jauh sekali dari telahan palsu, tetapi kini ada orang yang mendapat mimpi dan petunjuk dari Allah yang isi kandungan mimpinya menyamai apa yang dicatatkan oleh GB.

Ada rakan yang bertanya: Apakah GB percaya kepada hal-hal supertitious? GB tidak percaya kepada supertitious seperti perbomohan dan seumpamanya, tetapi GB yakin dengan ayat Allah:

"Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa disesatkan oleh Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi ". [Al a'raf :178]

dan Hadith Rasulullah yang mafhumnya: "Takutilah firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah" (Riwayat Tabarani & Tirmidzi) 

Selain itu, blog GB juga pernah mendedahkan pasangan suami isteri di Bogor yang mendapat petunjuk selepas solat tahajjud yang menyebutkan pesawat berada di Laut Cina Sleatan di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh. Bererti bersamaan dengan petunjuk yang dperolehi oleh Ustaz Manzil di atas dan dengan apa yang GB tuliskan selama ini..

Ada juga yang mengulas tulisan GB meminta supaya jangan memanda-mandai dengan teori dan spekulasi...kita perlu berdoa saja sekrang ni supaya Allah tunjukkan kebenaran. GB jawab "Disamping berdoa kita perlu berusaha.. mencari dan menggali maklumat sekadar mampu, kerana melalui usaha-usaha pencarian maklumat itulah nanti Allah dedahkan kebenaran... Itu prinsip orang beriman. kita jangan sekadar berdoa kemudian berpeluk tubuh."

Ada juga yang berkata dan bertanya mana serpihan?

GB jawab mengapa operasi SAR dihentikan di Laut Cina Selatan? Kenapa tak cari di dasar laut tempat di mana ia dikatakan hilang komunikasi dengan radar? GB pernah mengulas sebelum ini.

Masalahnya ialah pencarian selama ini di Laut Cina Selatan dilakukan hanya di permukaaan, tidak di dasar laut. Tiada kapalselam yang mencari di dasar laut di titik dimana radar kali terakhir mengesan kedudukan pesawat berkenaan. Tiba-tiba pencarian di Laut Cina Selatan dihentikan. Terbabas penariannya ke tempat lain. Sekejap ke sana sekejap ke sini.

Seandainya ada kapalselam yang mencari pesawat di Laut Cina Selatan berkemungkinan ia sudah ditemui sejak hari pertama ia dilaporkan hilang dan kemungkinan ada nyawa yang dapat diselamatkan. Tetapi lansung tidak dijengah di dasar laut itu.
Sementelah lagi jika nak percaya pesawat itu terhempas di Lautan Hindi, mana serpihannya? Imej satelit yang diperolehgi pun setakat ini tak mengesahkan ianya dari pesawat MH307 tersebut.

Apa yang GB tulis di blog ini selama ini adalah sebahagioan dari usaha-usaha untuk menggali dan mendedahkan kebenaran. selain dari tidak putus-putus mengajak dan menyeru rakan-rakan untuk terus berdoa kepada Tuhan agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya. 

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 

Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah 

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). 

Akhirul-kalam, memetik ayat Allah:

Katakanlah: "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujah yang nyata (ilmu yang jelas). Maha Suci Allah, tiadalah aku termasuk orang-orang yang musyrik". [Yusuf :108] 

6 comments:

6 COMMENTS:

Anonymous said...
hati saya kuat mengatakan di laut china selatan.....saya cuba menerima apa yg diberitakan tetapi hati saya menolak sama sekali. saya terus mencari maklumat demi maklumat. hati saya berbelah bagi sama ada terhempas atau dirampas.
Anonymous said...
Dari awalnya, maafkan saya kerana berprasangka yang mereka berani melakukan perkara-perkara di luar batasan manusiawi.

Sekiranya betul bagai di sangka. ALLAH.. hanya padamu aku berserah, menarik mereka-mereka yang terlibat supaya tunjukkan pada kami di dunia ini, tentang kezaliman mereka.
Anonymous said...
Salam GB.....
Aduh sedihnya jika ini benar berlaku....Hanya Allah yg Berkuasa memilih sesiapa dan untuk di bukakan hijab......saya berpeluang bertanya pada seorang perawat Islam....beliau juga berkata yg sama iaitu tenggelam di LCS di kedalaman yg sangat jauh (mcm mana beliau tahu itu saya tak dapat ceritakan ...takut fitnah)...namun jelas lah terdapat tangan2 jahat yg berperanan melenyapkan mh370...Waullah hu a'lam....
*sedihnya sangat2*....
Anonymous said...
yg saya myuskhil kenapa sampai lautan hindi. takkan tak der satelit yg dapat kesan. mana pergi sistem pertahanan bg negara kita ..Indonesia..thailand . sekiranya juruterbang nk buat pendaratan kecemasan atau membunuh diri kenapa perlu sampai lautan hindi...apa yg berlaku sebenarnya ....
BaDiN said...
Dalam pengetahuan Allah atas setiap kejadian yg terjadi sebelum/kini & akan datang.YA!! ALLAH kau tunjukkan kebenaran di sebalik kejadian ini dan dgn Kekuasaan MU yg Maha Agung Kau munculkanlah seseorang yg boleh membantu meleraikan Kekususutan ini drpd berpanjangan.
Anonymous said...
Bagini lah nasib Malaysia yg di perintah oleh kabinet Kangkung

Sumber: (KELAB GREENBOC: Jika Petunjuk Yang Diperolehi Oleh Ustaz Ini Benar, Maka....)
Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB:

Selepas Ditegur Australia, Najib Terus Buat U-Turn Macam MH370 Jugak... - (0 comments)
Jika Petunjuk Yang Diperolehi Oleh Ustaz Ini Benar, Maka.... -(6 comments)
[VIDEO] Pesawat Mungkin Ditembak Oleh Jet Yang Menyebabkan Ia Terbakar & Terhempas! - (8 comments)
Keluarga Di China Mahu Ambil Tindakan Terhadap K'jaan Malaysia, Cop Malaysia "Pembunuh" - (6 comments)
[EDISI GILA] Siapa Pernah Buat Kenyataan Ini: Juruterbang Mungkin Bunuh Diri? - (27 comments)
[HOT] "Kotak Hitam" Jadi Tumpuan. Soalnya: Bolehkah Ditemui Di Lautan Hindi? - (5 comments)
Pesawat MH370 Disahkan Terhempas, Tetapi Di Lautan Hindi(?) -updated - (10 comments)
Selepas MH370 Hilang, MAS Ditimpa 2 Malapetaka Lagi... - (8 comments)
[VIDEO & BERGAMBAR] Kajang Tolak Kempen Kotor & Jijik BN - (2 comments)
[KEPUTUSAN RASMI]: Wan Azizah Menang, UNDI POPULAR: 60% - updated - (7 comments)
[LINTAS LANSUNG] Parodi Raja Bomoh Di PRK Kajang - Video & Gambar - (2 comments)
Mungkin Lithium Ion Sebabkan Kebakaran MH370, Ia Terhempas Di Dasar Laut Cina Selatan! - (9 comments)
CEO MAS Pendusta, Dulu Kata Hanya Manggis, Rupanya Bawa Lithium Ion Yang Merbahaya - (22 comments)
[VIDEO & GAMBAR] Sekitar Pelancaran Reformasi 2.0 Di Stadium Kajang Malam Tadi - (3 comments)
[PANAS] MH370: Najib Didesak Letak Jawatan - (20 comments)
Spekulasi Najib Ditolak: Kapten Zaharie Wira Yang Bertarung Selamatkan MH370 - (12 comments)
[VIDEO] MH370: Australia Ajar Najib & Speaker Malaysia Supaya Hormati Parlimen - (7 comments)
[EDISI SYAITAN] Jahatnya Mereka, Kondom Percuma Diedar Semasa Konsert FMFA - (3 comments)
[VIDEO] Australia Temui 2 Objek Besar Disyaki Serpihan MH370 - (2 comments)
MH370: Pakar Temui Sebab Pesawat Gagal Dikesan Sehingga Kini - (6 comments)
Prof Itu Kurang Membaca Sebelum Buka Mulut Kritik Kartun Saya - Zunar - (16 comments)
Imej Didakwa Pesawat MH370 Ditemui Tersadai Di Lautan -(3 comments)
MH370: Setelah 12 Hari, Muga Hari Ini Ada Jawapannnya..... -(4 comments)
Satu Lagi Konsert Maksiat, Tak Serik-Serik Lagi Dengan 6 Kematian! (2 comments)
Ini Video Konsert FMFA Dimana 6 Maut, Sekretariat Visit MY Terus Sokong Konsert! - (12 comments)


POPULAR MINGGU INI

POPULAR SELAMA INI

MY BLOGLIST


TOP 10 BLOG PR

WORLD RANKING
[20/05/2012]

NoWebsiteRanking Dunia
1Tranungkite29,445
2Kelab Greenboc58,462
3Addin72,749
4Anak Sungai Derhaka78,411
5Tukar tiub87,688
6Cenangau96,609
7Milosuam102,347
8Anwar Ibrahim139,584
9Duniacacamarba180,340
10Blog-list Malaysia182,504
ehsan cartablogger


MALAYSIA RANKING
[16/06/12]

NoWebsiteRanking M'sia
1AmenoWorld182
2Kelab Greenboc307
3Anak Sungai Derhaka371
4Addin436
5Milosuam584
6Tukar tiub659
7Cenangau672
8Era Pasca957
9Shalehuddin1076
9PasPB1091
ehsan cenangau


ENTRI POPULAR

 "Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahu Akbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" - Sultan Kelantan
 KISAH BENAR: Catatan Seorang Peserta Cina: Saya Rasa Selamat Bersama Orang PAS
 GB Turut Titis Airmata Membaca: W. Azizah - Allah Mendengar & Memakbulkan Munajat Kami
 [Bergambar] Pasangan Tertangkap Sedang Berasmara
 [SEDIH] Ibu Terpaksa Relakan Dirinya Diperkosa Untuk Selamatkan Anak-anaknya
 'Jangan Sampai Adat Susahkan Urusan Kahwin'
 Koleksi Video & Gambar Zizan & Ust Azhar Di Sambutan Tahun Baru Selangor
 [Bergambar] Dunia Saksikan, Bukan BERSIH Tetapi UMNO Pencetus & Peneraju Keganasan
 "Bulan Lambang Hatiku" - Warga Internet Cina Belasah MCA, Bela PAS
 Motivasi: Satu Kesulitan VS Dua Kemudahan
 [Sedih] Kisah Kucing Dipotong Kakinya Kerana Mencuri Ikan - Video
 Jawab Selamba: Rogol Sebab Tak Tahan Dia Mandi Bogel
 Blog GB Akan Kembali Ke Alam Siber
 Ariel Sharon Dalam Neraka Dunia, Sudah 5 Tahun Koma
 Anak Najib Bertunang Malam Tadi: Tiada Siapa Percaya Wisma Putra Lagi Selepas Ini!
 Keajaiban Kalimat Allah
 GB Jawab 2 orang Yang Menonjol Diri Sebagai Ulamak
 Labuh Muka Pak Him, Cadangan Anugerah Ditolak
 Bir Arab Haram! Mengandungi Kadar Alkohol Melebihi Yang Dibenarkan Syarak
 Tony Blair Baca Quran Setiap Hari
 Kartun Utusan Hina Islam, PUM Mahu Pelukis & Penerbit Didakwa
 Doktor Pelatih Yang Hilang Di Jitra Telah Ditemui Di Kuantan - Apa Pengajarannya?
 Telur Sudah Pecah, Ani Arope Dedahkan Skandal TNB RM131.3 Billion
 Pimpinan Baru PAS Diumumkan [updated]
 Tukarkan Mustapha Ali Untuk Perlengkapkan Pimpinan Ke Putrajaya Nanti
 WASPADA: Telur Ayam Tiruan Di Pasaran
 Sah! Kopi Itu Bercampur Gelatin Babi - Jabatan Agama Johor
 Ramai Trauma Kopi Campur Gelatin Babi
 Ia Bukan Anwar - Azizah, Kesahihan Video Itu Juga Dipersoalkan! 
 Motivasi: Rahsia Menjadi Pemenang 
 Lori Penari Separuh Bogel 1Malaysia Sudah Tiba Di Sarawak
 Bob Lokman: Kenapa Aku Pilih PAS
 Senibina Putrajaya Berkonsepkan Freemason
 Siapa Wanita Di Dalam Purdah Ini?
 Marshanda Berjilbab Setelah Mimpi Kiamat
 Koleksi Masjid Terindah Di Dunia
 Meninjau Runtuhan Rumah Rasulullah
 Makam Nabi-Nabi
 Foto-foto Eksklusif Peninggalan Nabi
 Bahtera Nabi Nuh Ditemui
 Foto Replika Kapal Nabi Nuh
 Penemuan-penemuan Muslim Yang Mengguncang Dunia
 Foto Sejarah Pembinaan Kaabah
 Wanita Perlu Waspada: Jangan Hias Kereta Anda Dengan Anak Patung
 Khusus Untukmu Wanita
 Konspirasi Dunia - Obelisk Di Putrajaya?
 [Bergambar & Video] Kisah Seorang Padri Katolik Peluk Islam
 Kartun Berita Harian Persenda Tsunami Dikecam Rakyat Dunia
 Satu Gereja Peluk Islam
 [Bergambar] Jam Di Mekah Adalah Menara Jam Tertinggi Di Dunia
 [Bergambar] Rumah Allah Di Lokasi Menakjubkan
 [Bergambar & Video] 17 Warga Chicago Peluk Islam Setelah Lihat Iklan Di Bas
 Peluk Islam Setelah Temui Sungai Tawar Di Lautan Masin Spt Tertulis Dalam Al-Quran
 [Bergambar] David John, Pemain Billiard Terkenal Dunia Peluk Islam
 Adik ipar Blair peluk Islam
 Deret Fibonacci - Misteri Angka Ilahi
 Pokok Pun Boleh Mati Akibat Radiasi
 Lelaki Ini Pernah Mengaku Dalam Mahkamah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi Hafilda
 Tidakkah Kita Bersyukur
 Ahmedinejad Lelong Keretanya
 Nenek Obama Doakan Obama Peluk Islam 
 Bukti Al-Quran Itu Lansung Dari Allah
 10 Jalan Paling Berbahaya Di Dunia
 [Bergambar] 10 Tempat Di Dunia Yang Serasa Di Planet Lain
 Ratu Elizabeth Lawat Masjid Abu Dhabi
 10 Cara Memanjangkan Hayat Bateri Handfon
 4 Tabiat Buruk Yang Pendekkan Umur Kita
 Al-Quran Menjawab Setiap Pertanyaan Manusia
 Nostalgia : Wawancara DETIK Bersama "mahazalim"
 Mengapa Ramai Perempuan Inggeris Pilih Islam?
 Bertudung Tapi Bogel
 Bagaimana Mengenali Jika Seseorang Itu Berdusta?
 [Bergambar] MOTIVASI - Kita Juga Boleh
 [Bergambar] Alangkan Binatang Sangat Sayang Anaknya...
 [Bergambar] Siri Kedua: Alangkan Binatang Sayang Anaknya...
 Era Najib Altantuya : Dari Mahazalim Ke Greenboc (Updated)
 Antivirus Percuma Terbaik 2011
 Pengalaman Jurugambar, Banyak Yang Perlu Dipelajari
 WikiLeaks Dedah Pesta Liar Sesuatu Yang Lumrah Di Arab Saudi
 Ternyata Mahathir Ingin Mati Sebagai Seorang Firaun
 Berita Paris Hilton Masuk Islam Adalah Palsu
 Pembantu Am Rendah Berlagak Pensyarah Bedal Isteri Orang
 Sekeping Gambar Palsu
 Golongan UMNO Menipu Sultan Johor Atau Mereka Jahil Tentang Agama?
 ‘Kalah’ Melawan Al-Quran, Dr Jeffrey Lang Menerima Islam
 Harussani: Farahhana Perlu Bertaubat Samakan Nik Aziz Dengan Ayah Pin
 [Video] Lelaki Dalam Video Itu Mirip Saya Tetapi Perutnya Jauh Lebih Buncit - Anwar (updated)
 Gambar Lucah, Kempen UMNO BN Bakal Makan Diri
 Kempen UMNO Burukkan Yuhaizad Terkena Muka Calon Sendiri
 Inilah Top 7 Keajaiban Dalam Islam
 [Video] Betapa Dasyatnya Tsunami Jepun 2011 - Lihatlah..
 Tsunami: Teladan Al-Quran Dari Kisah Nabi Nuh a.s
 Engkaulah Suami Yang Aku Impikan
 Merungkai Penghasilan Video Panas - Najib, Hishamuddin, Polis, Datuk T
 Video Seks - Kenyataan Datuk T Yang Kantoi 
 Misteri Video Seks Terbongkar. Identiti Datuk T Terdedah 
 Mahligai Tak Sampai Setahun Runtuh: Luahan Hati Jimmy 
 SAH Bukan Anwar: Eskay Dah Tak Mengaku Tuduh Anwar, Tuding Wartawan 
Blogger Home. 

s3v3n

s3v3n
copyright©

1 ulasan:

ibnu marzuki al firdaus berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=9D9Nnxt0D_I