Rabu, 26 Mac 2014

4103. MH370 - I Have No Idea What I'M Doing?.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

Masyarakat Barat Berteori #MH370 Berada Di Diego Garcia. 

Bukan orang Malaysia ye. Tapi orang luar. Mungkin korang boleh cop dorang ialah golongan2 pembangkang ataupun pemikir2 dari haluan kiri. Bersungguh2 depa mahu membuktikan bahawa teori mereka ialah USA telah 'mengambil MH370' disebabkan salah satu barangan yang berada dalam kargo penerbangan itu penting kepada USA.

Ada juga yang menyebut ini adalah disebabkan oleh Rotschild.

Korang boleh tengok video pertama kat bawah neh ; 
Di upload pada 23/3/2014. Setakat neh 43 ribu orang dah tengok video ini. 428 like manakala 120 dislike. Yakni membuktikan bahawa percakapan2 dia dalam video ini diterima oleh masyarakat luar. Ingat orang melayu aje pandai bercakap pasal spekulasi, teori dan konspirasi?


Hello.

Bukan okay.

Dalam video neh dia sebut ;

1. Bercerita bagaimana USA menyewa Diego Garcia daripada UK.

2. Bercerita bahawa USA dan UK tidak la sebaik dan sesuci yang disangka oleh orang luar.

3. Bercerita mengenai bagaimana dia menyimpul teori bahawa pesawat MH370 berada di Diego Garcia dengan mengaitkan saksi mata yang nampak pesawat terbang rendah menuju Maldives.

4. Bercerita bagaimana dia menggunakan kiraan matematik dari segi jarak perjalanan dan jumlah minyak yang dibawa boleh memungkinkan MH370 mendarat di Diego Garcia.

5. Bercerita bahawa pesawat tersebut telah disembunyikkan supaya tiada sesiapa dapat locate kedudukan sebenar dia.

Basically, dia hanya bercerita sahaja. Dia gunakan video kat bawah sebagai sandaran hujah;
Video kedua pun sama juga. Basically mereka hanya bercerita dan sebarkan info grafik untuk menerangkan dengan jelas apa yang mereka cuba sampaikan.

Ada gambar yang membuktikan pendaratan telah dilakukan di Diego Garcia?

Ada imej satelit yang boleh menyokong keterangan hujah?

Ada saksi yang boleh membuktikan bahawa MH370 benar2 berada di sana?

Konspirasi demi konspirasi oleh pelbagai bangsa yang datang dari pelbagai negara atas pelbagai tujuan.

Aku ada cadangan. Apa kata pemikir2 teori konspirasi ini berjumpa dan duduk berbincang. Mungkin boleh lakukan sesuatu. Contohnya, jika korang aim pesawat MH370 berada di sana, why not lakukan serbuan mengejut kat kem tersebut? Itupun kalau USA tak tembak korang semua mati la kan. USA kan seriau sikit bab tahap keselamatan neh. Itupun kalau babitkan muslim dan pencerobohan. Tapi nak kata USA itu sebuah negara yang selamat untuk penduduknya tak juga.

Hahahahaha..

Apa pun, selagi mana tiada bukti maka semua yang dicakapkan di atas kekal sebagai teori dan spekulasi yang tidak terbukti. Tak sangka juga aku. Insiden MH370 membuahkan pelbagai teori konspirasi rupanya. 
Sumber: (http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/masyarakat-barat-berteori-mh370-berada.html)

Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: