Khamis, 27 Mac 2014

4133. Perlunya wahai aku menjaga peradaban mulut supaya apabila berkata-kata tidak pernah berbau busuk lebih dari bau longkang yang tidak terurus.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  ."aku tidak pernah rasa" hairan. 

MH370: Bung Mukhtar Pulak Cari Pasal Dengan Cina

Dia ni memang dah terkenal dengan mulut 'cibai' Dahlah tunjuk perangai diparlimen dulu macam ungka Tak kira lawan tak kira kawan dia tibailah konon.... Tapi "aku tidak pernah rasa" heran orang sabah masih undi dia MCA: Bung Moktar cuba gambar Cina 'tak matang' 


Naib presiden MCA Datin Chew Mei Fun mendakwa MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin cuba membangkit isu kaum apabila mencadangkan Internet ditapis untuk membendung spekulasi berhubung isu pesawat Malaysia Airlines MH370.


Chew berkata, Bung Moktar cuba menggambarkan kaum Cina dan rakyat Malaysia sebagai golongan “tidak terkawal” dan “tidak matang” dalam ucapannya semalam di Dewan Rakyat."  

Jika Bung Moktar tiada perkara positif untuk dikatakan, tutup saja mulut,” katanya.
Beliau menambah, cadangan itu juga akan menguatkan lagi dakwaan Pakatan Rakyat bahawa BN cuba membendung kebebasan media.

Chew turut menggesa agar Kelab Penyokong Kerajaan BN tidak lagi "menyalahgunakan" kekebalan Parlimen untuk "melahirkan ucapan menghasut".

Bung Moktar dalam ucapannya berkata spekulasi di Internet tentang nasib MH370, yang mungkin berasal dari Malaysia, boleh menyebabkan berlaku rusuhan dan serangan terhadap rakyat Malaysia.

"Melihat perkara ini, saya menyeru kerajaan supaya berhemah atau mengawal segala maklumat di Internet, walaupun rakyat kita tidak mahu kawalan.
"Tetapi isu ini terlalu sensitif dan perlu dibendung. Jika tidak, tidak mustahil berbilion-bilion warga China akan berperang dengan kita. Di mana kita akan pergi?," soal Bung Moktar. - sumber 

Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/03/mh370-bung-mukhtar-pulak-cari-pasal.html)
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: