Khamis, 27 Mac 2014

4136. Pelancung dari Negara China ke Malaysia menurun secara mendadak.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  . Bagaimana nanti barangan komoditi dan expot Malaysia ke China. Ya Allah Ya Tuhanku selamatkan dan lindungilah kami rakyat Malaysia orang kebanyakkan yang menoreh, yang menyawit, yang kerja kilang, yang kerja swasta, yang bekerja sendiri, yang kerja dengan kerajaan, yang sederhana pendapatannya etc Ya Allah. 

Pelancong Dari China Turun Mendadak. Satu Tamparan Hebat Kepada Indutri Pelancongan Malaysia.. TRAGEDI MH370 .. PELANCONG DARI NEGARA CHINA MERUNDUM DAN ADA AGENSI TERUS BATAL KERJASAMA DENGAN MAS.

Ekoran insiden MH370, jumlah warganegara China yang ingin melancong ke negara ini telah menurun mendadak.

Harga untuk rombongan melancong ke Malaysia turut menurun kepada kira-kira RM1,595 hingga RM2,126.

Terdapat juga agensi pelancongan Beijing yang memutuskan hubungan dengan Malaysia Airlines (MAS) dan bersedia memulangkan bayaran yang diterima.

Fazhi Wanbao melaporkan Agensi Pelancongan ZhongQing umpamanya telah menghentikan kerjasama dengan MAS dan bersedia memulangkan bayaran kepada pelanggan atau membantu mereka menempah tiket syarikat penerbangan lain.

Menurut akhbar itu lagi, banyak rombongan ke Malaysia terpaksa dibatalkan apabila jumlah peserta berkurangan.

Jingjua Shibao pula melaporkan beberapa agensi pelancongan dari China telah menerima permohonan pelanggan untuk menundakan rancangan melancong ke Malaysia.

Salah sebuah agensi pelancongan di Beijing dilaporkan perlu menguruskan purata 10 kes setiap hari berhubung permintaan pelanggan yang mahu menundakan rancangan bercuti di Malaysia.

Sementara itu, Wall Street Journal melaporkan, kira-kira 10 peratus pelancong ke Malaysia adalah dari China dan mereka menyumbang enam peratus kepada pendapatan sektor pelancongan negara ini. Omakau

Sumber: (http://kachipemas.blogspot.com/2014/03/pelancong-dari-china-turun-mendadak.html)
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: