Khamis, 27 Mac 2014

4140. MH370 - Banyak pihak yang enggan mempercayainya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  Aku pun turut sama enggan. 

Bukan saja warga China, Penganalisa Penerbangan dan Anak Kapten Zaharie pun tak percaya kenyataan Najib 

Meskipun kesimpulan mengenai penerbangan MH370 telah dibuat dan ianya telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun banyak pihak yang enggan mempercayainya.

Perdana Menteri Malaysia sebelum ini telah mengumumkan penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Tanpa mendedahkan sebarang bukti fizikal yang kukuh untuk dikaitkan dengan pesawat tersebut Najib hanya mengumumkan ianya adalah berdasarkan analisa pakar analisis data satelit Inmarsat.

Berakhir boleh membawa berbagai maksud ianya mungkin mendarat dan berhenti di Lautan Hindi dan ianya juga mungkin terhempas di Lautan Hindi.

Berakhir dalam isu ini jelas membawa maksud terhempas dan semua yang berada di dalam pesawat terkorban bilamana Najib menyatakan Solat Jenazah Ghaib akan diadakan dan masanya akan ditentukan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.. lihat di SINI

Rentetan dari pengumuman Najib itu, waris keluarga penumpang MH370 dari negara China telah berang dan mengadakan satu demo di hadapan Kedutaan Malaysia di China.

Mereka mempersoalkan pengumuman Najib itu kerana pada masa yang sama objek-objek yang dikesan melalui satelit masih belum dapat dijejak dan dipastikan adakah ianya punya kaitan dengan MH370.

Pengumuman Najib itu juga telah dianggap sebagai satu spekulasi oleh Menteri Pertahanan Australia, negara yang mengetuai operasi mencari di Korridor Selatan.

Menurut beliau segalanya adalah dianggap spekulasi sehingga objek yang dikesan disahkan milik MH370.

Katanya kepada pemberita "Until debris is recovered and positively identified as being from Malaysia Airlines flight MH370, any information about the search for the missing plane is speculation. 

Semalam pula seorang Penganalisa Penerbangan yang ditemubual oleh pihak CNN menegaskan beliau langsung tidak mempercayai apa yang didakwa oleh Najib itu.. Videonya sila lihat di ( SINI )

Nampaknya seperti majoriti yang mempertikaikan dakwaan Najib itu.. Anak Kapten Zaharie juga enggan mempercayai kenyataan Najib itu dan menganggapnya sebagai spekulasi sehingga ianya dibuktikan...


Tragedi MH370: Anak abai spekulasi negatif 
Subang Jaya: Saya lebih kenal ayah saya, kata anak bongsu Kapten Zaharie Ahmad Shah, Ahmad Seth Zaharie. 
Justeru, Ahmad Seth tidak mengendahkan sebarang spekulasi negatif yang mengaitkan bapanya dengan kehilangan pesawat MH370, sejak 8 Mac lalu.

Pemuda berusia 26 tahun itu kelihatan terkejut dengan kehadiran pemberita di rumahnya di sini, semalam dan hanya bercakap tidak sampai lima minit di depan pintu rumahnya. 
Ketika pemberita tiba di rumah beliau, beberapa rakannya baru saja tiba dan Ahmad Seth keluar selepas mereka memanggilnya dan memaklumkan ada orang mahu berjumpa. 
Ahmad Seth berkata, dia membaca semua laporan, termasuk spekulasi dan teori yang tersebar luas di laman sosial, termasuk tuduhan bapanya merampas pesawat. 
Namun, apa yang saya baca langsung tidak meninggalkan kesan di hati dan saya tidak mempedulikan spekulasi itu kerana sebagai anak, saya lebih mengenali beliau berbanding orang lain. 
Walaupun saya tidak begitu rapat dengannya kerana ayah terlalu sibuk bertugas, kami memahami antara satu sama lain, katanya. 
Tinggalkan kediaman 
Pencarian keluarga Zaharie sejak kehilangan MH370 hampir menemui jalan buntu selepas isterinya, Faizah Khanum Mustafa Khan dan anaknya dikatakan keluar dari kediaman mereka di Seksyen 13, di sini sejurus pesawat dilaporkan hilang. 
Ahmad Seth, pelajar kursus bahasa Jepun sebuah universiti swasta berhampiran berkata, ketika mendengar pengumuman mengenai nasib pesawat malang itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Isnin lalu, dia tenang dan tidak terkejut. 
Saya hanya akan percaya mengenai pengumuman pesawat (terhempas) selepas pasukan penyelamat menjumpai bukti seperti serpihan pesawat atau mayat. Selagi tiada pengesahan dan saya tidak melihatnya dengan mata saya sendiri, saya percaya ayah masih hidup, katanya. 
Katanya, sejak kejadian rakan sering berkunjung ke rumah bagi memberi sokongan moral dan kata semangat. 
Menetap rumah saudara 
Kata Ahmad Seth, ibunya kini tinggal bersama-sama ibu saudaranya. Aktiviti harian saya seperti biasa dan kelas tidak terganggu disebabkan perkara ini. 
Saya lebih senang menghabiskan masa bersama rakan, tambahan pula kelas di universiti baru bermula.  
Maaflah, ada kawan di dalam tu, saya perlu melayan mereka, katanya sebelum mengakhiri pertemuan lapor Berita Harian
Itulah.. bohonglah lagi.. sekarang majoriti sukar untuk mempercayai.. apatah lagi bila kenyataan diumumkan oleh seorang yang terbukti sering mungkir janji tanpa sebarang bukti pula..

Korang ercaya ke apa yang Najib dah umumkan hari tu??












Sumber: (Anak Sungai Derhaka: Bukan saja warga China, Penganalisa Penerbangan dan Anak Kapten Zaharie pun tak percaya kenyataan Najib

[BONGKAR] Inilah DIEGO GARCIA, Pangkalan Rahsia Amerika Syarikat Di LAUTAN HINDI | [GAMBAR] Pangkalan Rahsia AS Yang Dikaitkan Dengan TRAGEDI MH370

Que Achmad at Que Achmad menulis... - 18 minutes ago
*[BONGKAR] Inilah DIEGO GARCIA, Pangkalan Rahsia Amerika Syarikat Di LAUTAN HINDI | [GAMBAR] Pangkalan Rahsia AS Yang Dikaitkan Dengan TRAGEDI MH370 | *Diego Garcia adalah salah satu pangkalan militer AS yang paling rahsia. [image: diego-garcia-pangkalan-rahasia-as-diduga-sembunyikan-mh370] Luasnya cuma 44 km2. Letak pulau karang itu terpencil di tengah Samudera. Jaraknya jauh dari mana-mana. Dataran terdekat adalah Selatan India sekitar 1.790 km. *baca lagi klik TAJUK ENTRI ni * Pertama kali ditemukan pelaut Portugis sekitar tahun 1512. Setelah Perang Napoleon tahun 1814, pulau i... more »

Gempar Nuklear!: Belanda pintas PENERBANGAN MH370 semasa dalam penerbangan merempuh persidangan kemuncak nuklear

atsixty at ZAKRI ALI - 37 minutes ago
*Posted 24 Mac Dikemaskini 25 Mac : Plot Pesawat keganasan gagal. Syabas kepada Belanda, dan sekarang ada cakap-cakap tentang bagaimana mudahnya "mogok diplomatik" Israel akan diselesaikan. Apa yang 180! Lebih seperti 360 ke alam semesta yang berbeza. * * UPDATE: Pesawat itu terbang dari Miami tanpa diumumkan dan tanpa pengenalan atau beacon dan dipintas di udara oleh Tentera Udara Belanda sebelum sampai ke persidangan kemuncak nuklear. * *Hakikatnya ia berasal di Amerika Syarikat dan terbang di ruang udara wilayah Amerika Syarikat untuk sekurang-kurangnya 300 batu yang tidak dik... more »

[VIDEO] "Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak, papa tak balik," Pujuk Intan Pada Anak

greenboc at KELAB GREENBOC - 1 hour ago
Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak,papa tak balik,papa di syurga,kalau nak papa kena baca doa selalu...'' Bait-bait ayat Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan kepada anaknya, Iman ketika di tangga rumahnya benar-benar meruntun jiwa. Iman yang berusia dalam lingkungan tiga tahun mengangguk-angguk seakan benar-benar faham keperitan ditanggung ibunya sejak hari pertama pesawat MH370 hilang 8 Mac lalu. Sebelum itu anak kecil ini dilihat hanya berdiri di tangga dan tidak berkelip matanya memandang ramainya tetamu di rumahnya sepanjang semua ... more »

ANAK MAHATHIR SEBAK MENGENANGKAN CARA JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) LAYAN KASSIM AHMAD.

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 1 hour ago
*Marina Mahathir hari ini melahirkan rasa tidak puas hatinya berikutan penahanan dan pertuduhan terhadap pencetus Anti Hadis, Kassim Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah, Putrajaya, hari ini.Kassim, 80, semalam ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan berdepan dua pertuduhan, antaranya ekoran pandangannya berkaitan hadis."Mereka (JAWI) soal siasat orang tua (Kassim Ahmad) macam ini sampai pukul 4 pagi, macam mana?“Ini hendak reman satu minggu kononnya, saya rasa tak patutlah," katanya ketika diminta mengulas nasib Kassim itu.Suaranya bergetar ketika ditemu... more »

Bukan saja warga China, Penganalisa Penerbangan dan Anak Kapten Zaharie pun tak percaya kenyataan Najib

Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 1 hour ago
Meskipun kesimpulan mengenai penerbangan MH370 telah dibuat dan ianya telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun banyak pihak yang enggan mempercayainya. Perdana Menteri Malaysia sebelum ini telah mengumumkan penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi. Tanpa mendedahkan sebarang bukti fizikal yang kukuh untuk dikaitkan dengan pesawat tersebut Najib hanya mengumumkan ianya adalah berdasarkan analisa pakar analisis data satelit Inmarsat. Berakhir boleh membawa berbagai maksud ianya mungkin mendarat dan berhenti di Lautan Hindi dan... more »

Anak Kapten Zaharie: "Selagi Tiada Pengesahan, Saya Percaya Ayah Masih Hidup"

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
*AHMAD Seth bersama kakak, Aishah (kiri) serta ibu, Faizah Khanum Mustafa Khan.* *AAnak juruterbang MH370 tidak percaya spekulasi Ahmad Seth Zaharie, anak bongsu juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah tidak mengendahkan spekulasi negatif terhadap bapanya kerana katanya, beliau lebih kenal siapa bapanya, lapor akhbar Berita Harian, hari ini. * *Ahmad Seth, 26, berkata beliau membaca semua berita spekulasi dan teori yang tersebar luas di laman sosial, termasuk tuduhan bapanya merampas pesawat yang hilang pada 8 Mac itu. Dalam pertemuan 5 m... more »

5 Jambatan Khas Hanya Untuk Kapal Dan Bot

Nas Rul at dairishare - 1 hour ago
Jambatan air - penglihatan yang luar biasa bagi orang-orang yang melihat buat kali pertama. Kita semua biasa dengan hakikat bahawa jambatan itu sebangai pembinaan pengangkutan darat. Tetapi, ternyata, terdapat jambatan bagi kapal-kapal dan bot.

Advance Technology Scalar Energy Saver Chip Made in Japan Yang Ajaib

Mantot at Cursing Malay : Terus Terang - 1 hour ago
Ini adalah sticker. Tapi ini bukan sticker biasa. Ini adalah sticker Ion Bio-Energy. Nampak made in mana sticker ni? Made in Japan! Anda boleh lihat sendiri keberkesanannya. Sticker ni mempunyai pelbagai function dan benefit yang rahsianya, adalah tenaga ion yang terkandung yang mampu mengalirkan ion yang mempunyai tenaga kinetik yang mampu memberikan faedah kepada manusia dalam 3 cara ; 1. Kesihatan 2. Penjimatan petrol 3. Penjimatan tenaga elektrik Jika anda berminat membeli sticker ion ini, anda boleh download brochure ini. Brochure ini mampu menerangkan dengan lebih lanj... more »
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: