Khamis, 27 Mac 2014

4139. Bila masanya kita perlu berwaspada?. Wajar sentiasa berjaga-jaga. Semakin kelihatan apa yang freemason rencanakan. Kehidupan mesti diteruskan sesejahtera mungkin.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  . Kepada Allah SWT kita berserah. Kepada Allah SWT kita bermohon perlindungan. Kepada Allah SWT kita mohonkan keselamatan dan kesejahteraan. 


VIDEO - Sentimen Anti Malaysia memuncak di China, Artis diusir , Barangan akan diboikot.. salah siapa?

Sentimen anti-Malaysia semakin membara di China apabila selebriti China secara terbuka menyeru rakyat China memboikot khidmat Malaysia Airlines dan barangan buatan Malaysia.

Kebencian rakyat China terutama dari ahli keluarga penumpang nahas tersebut semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi oleh PM Najib Tun Razak pada malam Isnin lalu.

Chen Kun, salah seorang pelakon yang paling popular di China dengan mempunyai 72 juta pengikut, mengecam kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines kerana menjadi "badut yang berbohong dan berdusta." Seruannya untuk pemboikotan disalin-hantar lebih daripada 65,000 kali di Weibo, sebuah platform microblogging ala-Twitter di China.

"Saya tidak pernah ke Malaysia, dan saya tidak akan merancang untuk pergi ke sana lagi," Meng Fei, kata seorang pengacara di dalam satu rancangan TV yang paling popular di China, yang telah menulis di Weibo, menyeru orang lain untuk memberi komen jika mereka merasakan hal yang sama. Lebih 120,000 pengguna menyahut seruannya.

Sementara itu beberapa pengguna media sosial yang lain, sekalipun dengan pengikut yang tak seramai selebriti terkenal tadi, telah membuat seruan yang serupa supaya menghukum Malaysia berhubung perkara itu.

Susulan seruan pemboikotan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara China telah dipandang serong dan dimaki hamun dengan dahsyat, lapor Mymediahub.

Apapun, rakyat China tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.

Dato Lee Chong Wei, Tan Sri Michelle Yeoh, Sheila Amzah dan beberapa lagi selebriti Malaysia yang lain telah dihina dan diminta keluar dari negara China.

Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka.

Buktinya, di Weibo.com juga, telah dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut.

Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat china yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama penyanyi itu dengan tragedi pesawat MH370.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi media cetak bahasa Cina yang didakwa cuba bermain sentimen hingga membangkitkan kemarahan kepada saudara-mara mangsa bangsa tersebut berhubung isu tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau berkata akhbar berbahasa Cina di negara ini dilihat terlalu memanipulasikan insiden MH370 sehingga menyebabkan ahli keluarga mangsa terutama di Beijing menjadi berang dengan kerajaan Malaysia.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menggesa kerajaan meminta maaf kepada keluarga penumpang warga China yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan semakin marah dengan tindakan pasukan penyiasat diketuai Malaysia dan Malaysia Airlines.

Menurut Khalid, kerajaan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya mencontohi kerajaan China yang telahpun meminta maaf atas kegagalan mencari pesawat tersebut.

Seramai dua pertiga daripada 239 orang dalam pesawat dalam perjalanan Kuala Lumpur – Beijing itu merupakan penumpang warga Cina, katanya.

"China juga sudah akui kegagalan mereka dan meminta maaf. Malaysia juga harus meminta maaf," kata Khalid pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.

Kumpulan anggota keluarga penumpang itu kelmarin telah berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia untuk menyatakan bantahan ke atas tindakan Malaysia dan Malaysia Airlines ~ 


Sumber: (ZAKRI ALI: VIDEO - Sentimen Anti Malaysia memuncak di China, Artis diusir , Barangan akan diboikot.. salah siapa?

Media Luar Kritik Permaisuri Malaysia, Isteri Yang Dipertuan Agong.- Atas isu MH370. 

Kali neh sasaran mereka isteri kepada agong sekarang Tuanku Abdul Halim sultan of Kedah. Nak tahu apa yang depa kritik? Lihat ;

Menurut Dailymail ;

1. Disaat rakyat berduka cita di atas insiden MH370, permaisuri agong boleh pula melepak main golf.

2. Permaisuri agong kelihatan begitu gembira bermain golf seperti yang dirakamkan dalam gambar ujar wartawan TDM.

3. Kelihatan permaisuri agong tidak begitu concern dengan apa yang sedang berlaku pada masyarakat Malaysia.

Lebih kurang begitulah yang cuba digambarkan oleh TDM.

Btw, itu bukan la perkara yang paling menarik dalam artikel tersebut. Gambar2 permaisuri agong gelak ketawa dorang ambil dan sebarkan.

Tapi still itu bukan perkara yang paling menarik. Nak tahu apa yang paling menarik?

Lihat 
Artikel itu mendapat kecaman dari readersnya. Mereka anggap wartawan tue bodoh.

KAH KAH KAH

Dengar sini. Aku bukan la peminat monarki. Aku rasa tak perlu aku jelaskan lagi kenapa. Semalam aku ada baca salah seorang komen dari geng2 GERAKAN yang mempersoalkan bahawa DSAI harus berhenti berceramah di saat rakyat sedih mengenai insiden MH370.

Aku reply, adakah Najib perlu berhenti makan?

Kemudian ada orang penyokong BN yang reply, dia cakap aku bodoh. Makan dan ceramah dua perkara yang berbeza.

Jadi, adakah Najib Razak dan Rosmah Mansur perlu berhenti untuk menghadiri apa2 majlis anugerah SUKAN?

Hidup diteruskan.

Bila kita tengok berita MH370 kita sedih. Tapi bila kita tengok citer maharaja lawak, adakah kita berhenti bergelak ketawa?

Fakta. Kenapa kita perlu jadi topeng?

Hidup perlu diteruskan. Apa pun aktiviti yang kita buat tak menandakan bahawa kita tidak simpati dengan apa yang sedang berlaku.

So what jika DSAI tetap berceramah seperti biasa? Adakah dia tak simpati dengan insiden MH370?

So what kalau Najib perlu hadiri event2 anugerah? 

So what kalau aku terus update blog?

Kami perlu berhenti untuk hidup kerana insiden MH370? Sejauh mana ko berhenti untuk beraktiviti sejak insiden MH370 bermula?

Kita simpati. Kita ada cara tersendiri. Cara mana kita zahirkan simpati itu terpulang pada diri kita. Cukupla kita tahu bahawa kita memang ada rasa simpati. 

Simple as that. 

Rujukan artikel : http://www.dailymail.co.uk/news/article-2589971/Her-country-mourning-victims-MH370-doesnt-stop-queen-Malaysia-enjoying-round-golf.html

Sumber: (Media Luar Kritik Permaisuri Malaysia, Isteri Yang Dipertuan Agong. | Ameno World


POPULAR POSTS

BLOG TER-UPDATED

MH370: Inilah punca tragedi pesawat MH370 - Daily Mail

Analisis yang dibuat terhadap data satelit mendapati pesawat MH370 mengambil masa selama 23 minit pada ketinggian sehingga 45,000 kaki - di atas dari ketinggian maksimum biasa - dan ini mungkin menyebabkan semua orang di atasnya tidak sedarkan diri kerana kekurangan oksigen, lapor tabloid British Daily Mail.

Ketinggian pesawat maksima adalah 43,100 kaki tetapi radar tentera mengesan pesawat itu terbang antara 43,000 ke 45,000 kaki sebaik sahaja selepas komunikasi terakhir juruterbang dari kokpit pesawat.

"Ia dikesan terbang selama 23 minit pada ketinggian itu sebelum menjunam. Oksigen akan habis selepas 12 minit (dalam kabin) dan menyebabkan penumpang tidak sedarkan diri," kata sumber.

Pakar berkata, walaupun Boeing 777-200ER boleh terbang setinggi 43,000 kaki maksimum, ia mungkin terbang dengan selamat untuk ketinggian yang lebih lagi.

Tetapi pada ketinggian itu, apabila atmosfera menjadi nipis secara drastik, ia akan mengambil masa seminit sahaja kalau bukan satu saat untuk hipoksia - kekurangan oksigen berlaku, kata Daily Mail.

Corong oksigen akan jatuh dengan sendiri, tetapi ia boleh membekalkan antara lima ke 10 minit gas sahaja.

Profesor Aerodinamik Gunaan dan Eksperimen Universiti Highlands and Islands, Andrew Rae memberitahu Daily Mail: "Letupan tekanan dalam kabin akan menjadi masalah pada ketinggian 10,000 kaki, 30,000 kaki atau 43,000 kaki, tetapi ketinggian yang lebih mungkin menyebabkan perkara itu berlaku lebih cepat.

“Fakta pesawat itu terbang pada ketinggian 43,000 kaki tidak sepatutnya menggerakkan bekalan oksigen kecemasan pesawat,” katanya.

Udara yang menyebabkan tekanan kepada pesawat datang daripada enjin dan sayap dan ia ditapis sebelum memasuki persekitaran penumpang.

Sistem tekanan mungkin perlu ditutup jika pesawat itu memasuki udara kotor, tetapi penyiasat melihat kepada kemungkinan ia dipadam kerana sebab jahat, kata laporan Daily Mail.

Sementara itu, seorang juruterbang Kanada dengan 20 tahun pengalaman, Chris Goodfellow, berkata dalam satu posting di Google Plus, beliau percaya berlaku kebakaran dalam pesawat itu.

Dalam posting itu yang turut disiarkan di Reddit dan dilaporkan secara meluas, beliau mendakwa juruterbang pesawat itu, Kapten Zaharie Ahmad Shah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan pada waktu kecemasan – cuba untuk mendaratkan pesawat di lapangan terbang terhampir.

Goodfellow berkata, dalam kes ini, ia adalah 13,000 kaki di atas Pulau Langkawi, dan ia adalah di mana pesawat itu sedang tuju ketika ia kali terakhir dikesan.

Beliau percaya anak kapal terhidu asap dan pesawat itu terbang seperti “pesawat hantu” untuk beberapa jam melepasi lapangan terbang yang dipilih itu sebelum terhempas ke dalam Lautan Hindi berhampiran Maldives.

“Kami juruterbang tua dilatih untuk selalu tahu lapangan terbang yang paling hampir ketika ia terbang. Selalu.

“Gerak hati saya, saya tahu ia menuju ke lapangan terbang apabila pesawat itu pusing ke kiri,” kata Goodfellow.

Katanya, beliau kemudian terus membuka Google Earth dan menemui landasan, yang mempunyai kurang rintangan yang menghalang pendaratan pesawat itu berbanding jika Zaharie cuba kembali ke Kuala Lumpur.

“Juruterbang itu melakukan segalanya dengan betul. Beliau dimaklumkan mengenai kejadian besar yang berlaku di atas pesawat yang menyebabkan beliau patah balik secara serta merta untuk ke lapangan terbang terdekat,” katanya.

Juruterbang bersara, Eric Moody yang mengetuai kejadian pada 1982 membabitkan pesawat British Airways 9 yang mengalami kegagalan enjin ketika ia terbang merentasi awan dengan abu gunung berapi berkata, jika ada kebakaran, juruterbang pasti mahu mendaratkan pesawat secepat mungkin berbanding terbang untuk tujuh jam lagi.

Beliau berkata, ia kelihatan komunikasi dipadamkan secara sengaja dan keadaan itu tidak berlaku ketika kecemasan.

Pada 1982, semua empat enjin British Airways pesawat 9 yang dipandunya dari London ke Auckland, New Zealand gagal ketika ia terbang menembusi awan dengan abu gunung berapi.

Awan itu datang daripada letusan Gunung Galunggung di Jawa Barat, Indonesia.

Moody terpaksa mengambil tindakan kecemasan dan berjaya menyelamatkan semua 248 penumpang dan 15 anak kapal dengan jatuh dari ketinggian 37,000 kaki kepada 12,000 kaki untuk menghidupkan enjin.

Pesawat itu membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta, Indonesia.

Walaupun dia mengawal, beliau masih tidak mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku sehingga laporan didedahkan 11 tahun kemudian.

Moody yang tinggal di Chilworth berhampiran Southampton, Hants, percaya orang awam tidak diberitahu cerita penuh.

"Apa yang saya dapat katakan adalah beberapa agensi tahu sesuatu yang lebih daripada apa yang diberitahu dan saya mempunyai pengalaman dalam hal ini.

"Ia mengambil masa 11 tahun untuk mengetahui bagaimana Boeing dapat menghubungi seorang jurutera di Jakarta yang datang kepada kami selepas kira-kira 15 hingga 20 minit mendarat.

"Satu panggilan telefon dibuat apabila enjin saya mula berhadapan dengan masalah. Ini bermakna mereka tahu apa yang berlaku kerana mereka memantau kami menerusi satelit.

"Stesen pemantauan satelit oleh Alice Springs dan Guam mengekori kami apabila kami mengetahuinya daripada fail yang didedahkan beberapa tahun kemudian.

"Walaupun sekarang banyak perkara yang tidak diketahui tetapi seseorang akan mengetahuinya dengan lebih terperinci dan ia boleh jadi pada mana-mana negara.

"Kita tidak tahu apa yang mereka saksikan," kata beliau seperti yang dilapor Daily Mail.

Pesawat MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac dan walaupun operasi pencarian secara besar-besaran dilakukan oleh banyak negara, tiada tanda ia dijumpai.

Analisis data satelit oleh Inmarsat Britain memberi pengesahan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa pesawat itu terhempas di selatan Lautan Hindi, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam Isnin.

Ia didedahkan semalam bahawa isyarat elektronik akhir daripada pesawat itu diterima pada 08:19 (waktu Malaysia) pada 8 Mac.

"Terdapat bukti yang agak bercanggah antara pesawat dan menara kawalan pada 0019 UTC (GMT)," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada media semalam.


"Pada masa ini, transmisi ini tidak difahami dan tertakluk kepada kajian lanjut yang berterusan," kata beliau sambil menambah selagi serpihan tidak ditemui, tidak akan ada pengakhiran bagi semua keluarga terlibat.

Sumber: (ZAKRI ALI: MH370: Inilah punca tragedi pesawat MH370 - Daily Mail

VIDEO - Sentimen Anti Malaysia memuncak di China, Artis diusir , Barangan akan diboikot.. salah siapa?

atsixty at ZAKRI ALI - 22 minutes ago
*Sentimen anti-Malaysia semakin membara di China apabila selebriti China secara terbuka menyeru rakyat China memboikot khidmat Malaysia Airlines dan barangan buatan Malaysia.Kebencian rakyat China terutama dari ahli keluarga penumpang nahas tersebut semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi oleh PM Najib Tun Razak pada malam Isnin lalu.Chen Kun, salah seorang pelakon yang paling popular di China dengan mempunyai 72 juta pengikut, mengecam kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines kerana menjadi "badut yang berbo... more »

Media Luar Kritik Permaisuri Malaysia, Isteri Yang Dipertuan Agong.

Soz Cyili at Ameno World - 28 minutes ago
Atas isu MH370. Kali neh sasaran mereka isteri kepada agong sekarang Tuanku Abdul Halim sultan of Kedah. Nak tahu apa yang depa kritik? Lihat ; Menurut Dailymail ; 1. Disaat rakyat berduka cita di atas insiden MH370, permaisuri agong boleh pula melepak main golf. 2. Permaisuri agong kelihatan begitu gembira bermain golf seperti yang dirakamkan dalam gambar ujar wartawan TDM. 3. Kelihatan

MH370: Inilah punca tragedi pesawat MH370 - Daily Mail

atsixty at ZAKRI ALI - 47 minutes ago
*Analisis yang dibuat terhadap data satelit mendapati pesawat MH370 mengambil masa selama 23 minit pada ketinggian sehingga 45,000 kaki - di atas dari ketinggian maksimum biasa - dan ini mungkin menyebabkan semua orang di atasnya tidak sedarkan diri kerana kekurangan oksigen, lapor tabloid British Daily Mail.* *Ketinggian pesawat maksima adalah 43,100 kaki tetapi radar tentera mengesan pesawat itu terbang antara 43,000 ke 45,000 kaki sebaik sahaja selepas komunikasi terakhir juruterbang dari kokpit pesawat.* *"Ia dikesan terbang selama 23 minit pada ketinggian itu sebelum menjuna... more »
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: