Jumaat, 28 Mac 2014

4144. Kalau dia jujur mengapa tidak segera menyatakan dia berada di Kuala Lumpur. Salah media atau memang diarah melaporkan PM di China pada 19 November 1985 - MEMALI.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  . Satu demi satu penelanjangan. Itulah namanya hidup ibarat roda. Kerana mereka aib orang lain, terimalah akibatnya sebelum tragedi mati dalam kehinaan. Ini kuasa Allah SWT. 

Allahu Rabbi!!! Tun Musa Hitam Dedah Perihal Tun Mahathir Selepas 30 Tahun Peristiwa Ini Berlalu, Video Ini Buktinya.. Jom Terjah!!!

Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.
Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014. 
Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera. 
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.

Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."
Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.
"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.
Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.
Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.
Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.
"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.
Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.
Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.
Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.
PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. 

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM









Sumber: (http://sedakasejahtera.blogspot.sg/2014/03/allahu-rabbi-tun-musa-hitam-dedah.html

Bravo Kak Mah.... Terbaik lah... Muaahhhhhhh - Dima Ahmy  

bravo kak mah....
terbaik lah...
muaahhhhhhh
Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.sg/2014/03/bravo-kak-mah-terbaik-lah-muaahhhhhhh.html)

    PASANGAN SUAMI ISTERI YANG DI BICARAKAN DI MAHKAMAH SWEDEN ATAS KESALAHAN MENDERA ANAK-ANAK MEREKA DI DAPATI BERSALAH DAN DI JATUHKAN HUKUMAN PENJARA 1 TAHUN DAN 2 BULAN DAN 10 BULAN SETIAP SEORANG.

    OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 6 minutes ago
    *Pasangan suami isteri rakyat Malaysia yang di tuduh di Mahkamah Sweden atas kesalahan penderaan kanak-kanak telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Solna hari ini.Shalwati Norshal seorang guru dijatuhi hukuman penjara satu tahun dan dua bulan dan suaminya seorang Pengarah di Lembaga Pelancungan Malaysia dihukum penjara 10 bulan.Azizul dan Shalwati ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas anak lelaki sulung mereka Ammar , 12 , memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul , yang membawa kepada laporan mengenai perkara ... more »

    Demo Di Kedutaan Mesir.......

    atsixty at ZAKRI ALI - 7 minutes ago
    DrMAZA.com's status update. [image: DrMAZA.com's photo.] [image: DrMAZA.com's photo.] [image: DrMAZA.com's photo.] *Hadir mendengar ucapan NGOs di demo hadapan Kedutaan Mesir membantah hukuman zalim ke atas 529 rakyat mereka secara yang amat jijik*

    Bravo Kak Mah.... Terbaik lah... Muaahhhhhhh

    atsixty at ZAKRI ALI - 22 minutes ago
    Dima Ahmy [image: bravo kak mah.... terbaik lah... muaahhhhhhh]

    ASSALAMUALAIKUM.. APA MASAALANNYA DGAN BUAH MANGGIS NI..

    atsixty at ZAKRI ALI - 22 minutes ago
    Azman Daud Azmandaud [image: ASSALAMUALAIKUM.. APA MASAALANNYA DGAN BUAH MANGGIS NI..]

    MH370: Malaysia bakal cipta sejarah dunia

    PBO™ at pen buruk online ™ - 48 minutes ago
    Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang kemungkinan akan menjadi operasi yang termahal dalam sejarah penerbangan, lapor South China Morning Post (SCMP) hari ini yang memetik saintis China. Mereka memberi amaran bahawa bil tahunan untuk pencarian MH370 kemungkinan lebih 10 kali daripada apa yang dibelanjakan dalam pencarian pesawat Air France lima tahun dahulu. Ia melaporkan

    Allahu Rabbi!!! Tun Musa Hitam Dedah Perihal Tun Mahathir Selepas 30 Tahun Peristiwa Ini Berlalu, Video Ini Buktinya.. Jom Terjah!!!

    sahabat sedaka at SEDAKA Sejahtera™ - 52 minutes ago
    [image: Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.]Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bek... more »

    Agency Pelancongan Di China Batal Semua Pakej Melancong ke Malaysia.

    atsixty at ZAKRI ALI - 52 minutes ago
    Roslin Ahmad [image: Agency pelancongan batal pakej melancong ke Malaysia.]
    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©

    Tiada ulasan: