Sabtu, 29 Mac 2014

4155. Mesir - Kudeta pembunuh 529 Pejuang Islam Ikhwan Muslimin. Kedutaan Mesir di Malaysia, Enggan Terima Memorandum.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

BIADAP: IKHWAN 529 - (Gambar2) Kedutaan Mesir Enggan Terima Memorandum.. Jom Terjah!!!

KUALA LUMPUR – PR bersama 56 NGO kesal apabila pihak Kedutaan Besar Mesir enggan menerima memorandum bantahan yang diserahkan, semalam.

Memorandum tersebut adalah bantahan berhubung tindakan mahkamah negara itu, menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi.

Penganjur himpunan tersebut, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, tindakan pihak kedutaan itu amat dikesali kerana ia seolah-olah menafikan suara rakyat Malaysia yang membantah tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

“Kami sudah berurusan dengan pihak kedutaan, namun mereka tidak mahu menerimanya secara berdepan dan hanya minta memorandum tersebut diletakkan di dalam peti surat,” katanya kepada pemberita semasa Himpunan Bantahan Hukuman Mati 529 Anggota Ikhwanul Muslimin yang turut disertai hampir 1,000 orang.

Himpunan bermula kira-kira jam 2.30 petang itu, berakhir secara aman pada kira-kira jam 4 petang.

Turut hadir, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Shamsul Iskandar berkata, beliau kecewa dengan keengganan Kedutaan Mesir menerima memorandum tersebut secara terbuka.

Beliau berkata, pihaknya tidak meletakkan memorandum tersebut di dalam peti surat.

“Kita kecewa kerana mereka tak terima memorandum ini dan mahu ia diletakkan di dalam peti surat.

“Seluruh dunia kecam perbuatan Mesir dan kita kesal kerana tiada penegasan daripada kerajaan mengutuk tindakan ini,” katanya.

Sementara itu Salahuddin berkata, pihaknya akan cuba menyampaikan mesej tersebut yang dilabelkan sebagai tindakan kejam menerusi saluran lain antaranya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Dalam pada itu, Gabungan Malaysian For Egypt (M4E), turut mengecam sekeras-kerasnya penghakiman zalim oleh mahkamah tersebut.

Pengerusi M4E, Wan Subki Wan Salleh berkata, penghakiman tergesa-gesa adalah tindakan yang bertentangan dengan prinsip semua agama, keadilan dan hak asasi manusia tanpa memberi ruang secukupnya untuk pembelaan oleh para peguam.

“M4E mendesak semua negara di dunia termasuk Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pelanggaran hak asasi manusia ini.

“Kerajaan hendaklah bertindak tegas menghantar nota bantahan kepada pihak kedutaan Mesir,” katanya.


Sumber: (BIADAP: IKHWAN 529 - (Gambar2) Kedutaan Mesir Enggan Terima Memorandum.. Jom Terjah!!! | SEDAKA Sejahtera™)

Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: