Isnin, 31 Mac 2014

4189. MH370 - Ke mana keluarga penumpang pesawat dari China dibawa.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

Tanda Tanya!!! 48 Ahli Keluarga Penumpang #MH370 Di Bawa Ke Lokasi Rahsia, Kenapa? Jom Terjah!!!

SUBANG - Usaha untuk mendapatkan respons daripada keluarga penumpang MH370 yang tiba dari China sejak semalam gagal sama sekali apabila pihak MAS telah membawa mereka keluar dari Hotel Holiday Villa tepat jam 10 pagi tadi.

Keluarga tersebut yang diiringi pihak polis dan pengawal dibawa secara berkumpulan menuju ke pekarangan lobi hotel untuk menaiki dua buah bas e-Putra yang disediakan khas untuk mereka.

Kelihatan anggota keluarga penumpang MH370 berwajah sugul dan muram namun agak tenang ketika dibawa menuju ke kenderaan yang telah tersedia.

Usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan maklumat lanjut dari pegawai MAS dan juga sukarelawan tidak berhasil apabila mereka enggan memberikan kerjasama.

Kira-kira 48 ahli keluarga penumpang MH370 tiba dari China semalam untuk menuntut penjelasan dan maklumat terperinci mengenai misi SAR yang dilancarkan di Laut Hindi.

Kumpulan tersebut yang menetap di Hotel Holiday Villa, Subang telah dibawa keluar oleh pihak MAS dengan bantuan polis pengawal dan sukarelawan ke suatu lokasi yang tidak dapat dipastikan.

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM










Anda mungkin juga meminati:












Akhbar




Sahabat Setia 1







Sahabat Setia 2




Sumber: (http://sedakasejahtera.blogspot.com/2014/03/tanda-tanya-48-ahli-keluarga-penumpang.html

MY BLOG LIST



POPULAR POSTS

Sumber: (http://aans1.blogspot.com)

Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: