Selasa, 15 April 2014

4672. Perbicaraan Yang Menarik Untuk Diikuti - Motif pendedahan urusniaga Felda dengan Israel dan hubungan Mazlan Aliman dengan PAS menjadi antara isu utama soal balas peguam plaintif.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
  • Motif Dedah Urusniaga Anak Syarikat Felda-Israel Dipersoal
    KUALA LUMPUR: Motif pendedahan urusniaga Felda dengan Israel dan hubungan Mazlan Aliman (gambar) dengan PAS menjadi antara isu utama soal balas peguam plaintif pada sesi perbicaraan saman fitnah Felda terhadap Mazlan dan enam yang lain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi.

    Mazlan, 48, ketika memberikan keterangan menafikan dakwaan peguam plaintif,   Datuk Mohd Hafarizam Harun bahawa segala dakwaan urusniaga Felda dengan Israel yang dibuat Mazlan hanya semata-mata untuk meraih publisiti dan sokongan politik.

    Hafarizam turut bertanyakan jawatan yang disandang Mazlan dalam PAS, undi yang diperolehinya bagi jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat semasa muktamar pemilihan dan kawasan yang ditandingi beliau pada pilihan raya umum (PRU) 2008 dan 2013.

    Menyanggah dakwaan Hafarizam, Mazlan berkata isu berkaitan Felda telah diperjuangkan beliau sejak tahun 1990 (sebelum beliau menjawat jawatan penting dalam PAS).

    Terdahulu daripada itu, Hakim Lee Hen Chong mengetepikan bantahan peguam defendan yang mempersoalkan relevansi beberapa dokumen pembelaan selepas mendengar penjelasan peguam defendan, William Leong dan Nasar Khan Mirbas Khan.

    Mazlan ketika menjawab soalan peguam defendan berkata, pihak pengurusan Felda enggan menerima memorandum yang ingin disampaikan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) dalam himpunan membantah urusniaga Felda dengan Israel pada 23 November 2012.

    Perhimpunan yang dihadiri lebih 2000 orang itu, ujarnya diadakan bagi memohon penjelasan Felda berhubung dakwaan urusniaga anak syarikat Kumpulan Felda, Felda Iffco Oil Products Sdn Bhd dengan Bunge Agribusiness Singapore Ptd Ltd yang mempunyai kepentingan Israel.

    Selain Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, turut dinamakan dalam writ saman Felda ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah, Taufek Yahya, wartawan Mohd Arif Atan, syarikat pencetak Harakah, Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd. dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

    Defendan diwakili Mohamed Hanipa Maidin, William Leong, Nasar Khan Mirbas Khan dan Azhana Mohd Khairuddin manakala kumpulan peguam plaintif diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun.

    Perbicaraan bersambung di sebelah petang. (HD)
     Posted by 
    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Adengan Paling Menakjubkan Chetah Dengan Impala

Nas Rul at dairishare - 3 hours ago
Jurugambar Michel Denis-Huot, sempat mengabdikan gambar yang di ambilnya di taman safari di Kenya Masai Mara. beliau mengatakan "kejadian seperti ini amat menakjubkan dan amat jarang dapat di lihat". Jelas beliau lagi: Tiga beradik Cheetah hidup bersama sejak di tinggalkan oleh ibu mereka ketika berusia 18 bulan. pada pagi itu beliau melihat tiga beradik Cheetah ini mungkin dalam kekenyangan dan terserempak dengan sekumpulan impala, dan salah satu dari Cheetah itu berjaya menangkap salah satu dari impala muda dengan mudah.

Dah pun siap......sedang menjalani ujian buat pertame kali.......

Mohd Sulaiman at Wak Labu - 4 hours ago
Incubator penetasan telur yang baru siap dibuat sedang di uji. Wak haraf ianye akan berjalan lancar dan mudah2 han dapat menghasil kan penetasan yang tinggi. Incubator ini boleh di muatkan sebanyak lebih kurang 200 biji telur ayam atau itek.

Burn DVD from an iso image

Peter Leung at Linux Commando - 4 hours ago
You have backed up a DVD to your hard drive in ISO format. Now, you want to burn a DVD from that image. This post illustrates how, first using the command line, then the GUI. Command Line Insert the DVD disc, and issue one of the following commands to burn a disc. 1. *growisofs* To install *growisofs*, $ sudo apt-get update $ sudo apt-get install growisofs To burn DVD, $ growisofs -dvd-compat -Z /dev/dvd=/home/peter/my.iso 2. *wodim* To install *wodim*, $ sudo apt-get update $ sudo apt-get install wodim... more »

Allahu Rabbi!!! Inilah Gambar2 Kebakaran Yang Berlaku Di Maktab Mahmud Alor Setar.. Jom Pakat Bantu!!!

sahabat sedaka at SEDAKA Sejahtera™ - 5 hours ago
ALOR SETAR - Sebuah daripada lima bilik asrama lelaki Maktab Mahmud di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi, dipercayai akibat litar pintas. Kebakaran kira-kira jam 11.30 pagi itu memusnahkan keseluruhan bilik asrama di bangunan dua tingkat yang berusia lebih 40 tahun itu yang menempatkan lebih 20 pelajar. Seorang pekerja koperasi maktab, Muhammad Faiz Azhar Mohd Fauzi, 22, berkata beliau yang ketika itu berada di dalam koperasi yang terletak di bawah bangunan itu terhidu bau hangit dan melihat asap dan api dari sebuah bilik asrama. Beliau kemudiannya memaklumkan kejadian itu... more »

" Gambar2 Van Sekolah Masuk Ke Kolam Najis Yang Menyebabkan Seorang Murid 4 Tahun Maut "

tikaq buloh at tikaqbuloh.blogspot.com - 5 hours ago
*SKUDAI*: Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun maut apabila van yang dinaiki mangsa melungsur masuk ke loji tumbahah di Taman Universiti, di sini. Siasatan awal polis mendapati enjin van itu sudah dimatikan dan brek tangan juga dinaikkan semasa kejadian. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Assisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman berkata mangsa Muhammad Azri Aqif Azhar, 4, meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Taman Universiti. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim,Kulaijaya untuk bedah siasat dan kemudian disembahyangkan ... more »

DUA KAPALTERBANG AIRBUS MILIK MYANMAR AIRWAYS BERTEMBUNG.

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 6 hours ago
*Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan ekoran perlanggaran antara pesawat Airbus A320, XY-AGT milik Golden Myanmar Airlines dengan pesawat Airbus A319, XY-AGR milik Myanmar Airways International hari ini.Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon ini dikatakan terjadi pada awal pagi, menurut komen yang ditulis oleh pengguna laman Twitter yang berada di tempat kejadian.Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web Aviation Safety Network, pesawat A320 telah melanggar bahagian kanan belakang pesawat A319.*

Bas sekolah terjun ke kolam najis, harga daging dan gas asli nak naik...

ali allah ditta at tumpang sekole...? - 6 hours ago
*Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun maut apabila van yang dinaiki mangsa melungsur masuk ke loji tumbahah di Taman Universiti, di sini. Beliau dikenali sebagai Muhammad Azri Aqif Azhar. Siasatan awal mendapati bahawa pemandu van meletakkan kenderaan itu untuk menaikkan pelajar-pelajar Tadika Kemas Kaisara Taman Universiti. Ketika kejadian, terdapat enam pelajar. Van itu kemudian dipercayai melungsur dan terlanggar pintu kawasan kumbahan dan terjatuh ke dalam kolam kumbahan. Ketua Polis Johor Baharu Utara, Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata mangsa meninggal dalam perjalana... more »

Motif Dedah Urusniaga Anak Syarikat Felda-Israel Dipersoal

atsixty at ZAKRI ALI - 6 hours ago
*KUALA LUMPUR: Motif pendedahan urusniaga Felda dengan Israel dan hubungan Mazlan Aliman (gambar) dengan PAS menjadi antara isu utama soal balas peguam plaintif pada sesi perbicaraan saman fitnah Felda terhadap Mazlan dan enam yang lain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi.Mazlan, 48, ketika memberikan keterangan menafikan dakwaan peguam plaintif, Datuk Mohd Hafarizam Harun bahawa segala dakwaan urusniaga Felda dengan Israel yang dibuat Mazlan hanya semata-mata untuk meraih publisiti dan sokongan politik.Hafarizam turut bertanyakan jawatan yang disandang ... more »

Tiada ulasan: