by : Mauricia Grace
Assalamualaikum , syukur Alhamdulillah... Genap sebulan sebagai seorang Muslim. Status kali ini agak panjang.
Sesiapa nak baca, bacalah. Siapa terluka yang membacanya, ampun maaf dipinta. Yang baik itu semua dari Allah swt, yg buruk dtg dari saya yg hanya manusia biasa.
Dalam sebulan sbg seorg Muslim, aku pernah lalai dan malas. Tetapi kita tahu di sebalik kelalaian dan rasa malas itu adalah bisikan syaitan. Saya pernah menolak agama Islam di dalam hidup saya sewaktu berumur 16 tahun. Walaupun saya berminat dgn Islam waktu itu. Kerana apa? Kerana saya takut masuk neraka. Kerana sewaktu kehidupan saya yang lama, jika sudah baptis, tidak boleh menukar agama lain. Itu mcm kawan-kawan yg ckp kepada saya dulu.
Hanya saya dan Allah yg tahu kenapa saya berminat dgn Islam. Kehidupan yg lama, tidak di nafikan saya pernah ke gereja. Sampai sekarang, saya masih teringat kata-kata seorang pengkutbah, dia petik dari Bible, "Akulah jalan kebenaran yang hidup untuk selama-lamanya". Pengkutbah berkata, "cuba lihat pada agama yang lain, ada menjanjikan kehidupan yang kekal? Tak ada kan?" Syukur Alhamdulillah, saya temui "JALAN KEBENARAN" itu di dalam Islam kerana saya mencari apa itu JALAN KEBENARAN.
Sewaktu masih menuntut Diploma di IPTA, saya mendapat satu mimpi. Mimpi saya berada di dalam hutan. Saya mimpi ada seekor ular dengan tiga warna tetapi yang saya ingat Hitam dan Kuning, melekat di leher saya. Sisik ular itu melekat di leher lalu muncul seorang lelaki berpakaian warna putih. Saya tak ingat wajah lelaki tersebut. Saya menangis, saya tanya lelaki tersebut, bagaimana saya nak hilangkan sisik ular di leher saya ini? Lalu lelaki tersebut berkata "Kalau nak hilangkan sisik itu, carilah orang yang bernama Muhamad". Lalu saya terjaga.
Berbulan2 saya mimpi pasal binatang! Saya suruh mak saya jumpa "Manang" (Tukang perubatan traditional). Macam2 tafsiran orang bagi. Lepas tu setahun saya kena penyakit pelik. Saya gatal seluruh badan, dlm telinga, mata, semua kulit bengkak sbb gatal. Menangis saya sbb gatal sangat! Berjumpa doktor setiap hari. Seminggu tujuh kali buat injection. Dr kata saya Eczema, ada Dr juga kata tak pernah jumpa penyakit seperti ini sbb saya tak allergic makanan laut.
Berubat secara kampung, ada yg kata saya terkena air kencing hantu pontianak. Mandi air kelapa, mandi air arak, tumbuk bawang putih, semua tak berkesan. Last2 saya berubat secara Islam dgn makcik saya yg memeluk agama Islam. Selama tiga hari sebelum tidur, saya akan baca satu doa yang dia bagi. Ada tulisan jawi. Sayangnya tak ingat doa apa.
Syukur Alhamdulillah, sejak berubat dgn makcik saya sembuh sampai sekarang. Oleh itu, ibu saya tidak menolak untuk saya memasuk agama Islam. Dia pernah berkata, ini adalah takdir kamu, ingat lagi tak pasal mimpi tu,(mimpi Muhamad), bak kata Ibu. Oh ya, kerana asyik mencari kebenaran, baru tahun lepas saya tahu yang Nabi Isa tidak di salibkan di atas kayu Salib.
Istilah Kristian itu wujud selepas Paul. Tetapi sampai sekarang saya mengagumi Nabi Isa kerana dia juga adalah rasul yang Allah pernah utuskan. Antara bayi pertama yang pandai bercakap kerana hendak membela ibunya Mariam.
Sesungguhnya, dalam al-Ikhlas 1-4 :
Dialah Allah, Yang Maha Esa. "Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.
Moral of the story : Orang kafir itu belum tentu akan kafir selama-lamanya. Org yg jahil itu anggaplah mereka lebih mulia, sedangkan kita berdosa dalam mengetahuinya (sedar, tapi buat2 tak tahu). Ingat tak 6 pesanan Imam Al-Ghazali? Nanti cari, kamu bacalah sendiri.
P/S : Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Barik Wa Sallim~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan