بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Syeikh Muhammad Abul Huda Al-Ya'qubi, seorang ulama dari Syria pernah berkata dalam satu syarahannya di Masjid Al-Azhar, Kaherah, Mesir...
"Biar ilmu sedikit tetapi adab berbukit, dari ilmu berbukit tetapi adabnya sedikit.."
Hampir 20 jam yang lepas, berita perginya Karpal Singh telah mengejutkan semua...
Dalam 20 jam, beribu-ribu ucapan takziah di sana sini...
Dalam 20 jam, beribu-ribu memori baik dan buruk disingkapi...
Dalam 20 jam, beribu-ribu puji dan caci dilihat melata kesana kemari...
Dalam 20 jam, beribu-ribu orang yang kemanusiaannya mula 'mati'...
Syeikh Muhammad Abul Huda Al-Ya'qubi, seorang ulama dariSyria pernah berkata dalam satu syarahannya di Masjid Al-Azhar, Kaherah, Mesir...
" Biar ilmu sedikit tetapi adab berbukit, dari ilmu berbukit tetapi adabnya sedikit.."
Banyak komen-komen di blog atau Facebook yang kita semua baca menunjukkan kurangnya adab si penulis, imej Islam yang suci dirobek secara sengaja dan tidak sengaja... Sebahagian umat Islam yang berkelakuan kurang manis di alam maya ini pula telah memberikan gambaran yang pelbagai kepada non muslim di luar sana... Usah dipersoalkan orang lain, soal diri sendiri bagaimana kita menghadapi... Mati itu suatu yang pasti, tidak kira bangsa dan agama, semuanya pasti mati... Setiap manusia ada hati, tidak kira bangsa juga agama, semua punyai sekeping hati... Tentunya perit apabila disakiti... Dan tiada seorang pun yang tahu apa ada dalam hati, melainkan Dia.. Yang Maha Mengetahui... Kita semua pasti mati... tetapi tiada siapa pun tahu bagaimana pengakhiran hidupnya nanti... hanya yang mampu.. bermunajat memohon pengakhiran yang diberkati dan dirahmati...
Allahumma Ihktim Lana Bi Husnil Khotimah, Wa La Takhtim 'Alaina Bi Suu'il Khotimah~ Amin...
Ya Allah kurniakan kami kematian dalam keadaan yang baik, dan janganlah Dikau tetapkan ke atas kami kematian dalam keadaan yang tidak baik~ amin...
salam takziah buat keluarga mendiang, semoga dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian kematian ini~
s3v3ns3v3ncopyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan