Jumaat, 18 April 2014

4727. Pantang ada isu - fitnahnya semakin menjadi-jadi. Itulah Melayu, Islam tidak mengajar penganutnya membuat dan menjadi penyebar fitnah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
  • Macai UMNO Memfitnah: Mohd Said Bukan Ahli PAS


    Kesian pakcik nih kena fitnah dengan gerombolan macai syaitan dikenali. Asal kan nampak warak sikit ajek terus dicop ahli pas? 


    Beliau juga kesal dengan pihak yang menyebarkan salinan laporan itu. Sehingga ianya menjadi isu politik.

    Beliau bukanlah anti azan. Jika siapa yang tidak berpuas dengan beliau, boleh jumpa beliau. Jangan label beliau yang bukan2.

    Beliau juga ahli jemaah dimasjid tersebut. Kecaman yang tidak masuk akal sehingga beliau terima ugutan bunuh.

    Admin amat hairan dengan sikap sesetengah umat Islam yang suka menghukum. Admin yakin, yang sibuk label melabel ni sebenarnya diri mereka sendiri tidak lekat di masjid berjemaah.

    Tetapi mahu jadi hero!!! -Jeneral Yakuza Ogawa 


    Berikut DIpaparkan Fitnah Dari Blog Pro Umno

    HOT!! Rupanya Ahli Pas yang Buat Laporan Polis, 
    Kononnya Azan Masjid Bising!!
    Susulan kes seorang ahli pas seumur hidup membuat laporan polis membantah bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid berdekatan rumahnya..

    Sekumpulan orang dari badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak polis telah datang ke rumah beliau untuk menasihati beliau akan perilaku buruk dan tak masuk akal itu.

    Sebagai seorang ahli Pas yang mengagung-agungkan perjuangan Islam dan lebih penting sebagai seorang Islam sendiri beliau tidak sepatutnya membuat perkara yang menunjukkan peribadi buruk seorang Muslim di Malaysia.

    Negara ini negara bertuah, rakyatnya berbilang kaum, berbagai agama bebas dianuti. Agama Islam sebagai Agama Rasmi.

    Jika orang Islam sendiri gagal menghormati Azan bagaimana kita hendak tengok penganut Agama lain menghormati Islam itu sendiri seterusnya minat untuk mengetahui tentang Islam?

    Walau apa pun dalam setandan pisang pasti ada satu atau dua yang rosak. Kita harapkan PAS agar mengajar ahli ahlinya tentang ajaran Islam yang sebenar. Setidak tidaknya ajarlah mereka tentang erti hormat. Lazimnya mereka pandai membantah namun kali ini tidak kena tempat sejujurnya menunjukkan kejahilan sendiri.

    Tuan rumah yang disewa oleh Pak Lebai ini telah memberi kata dua, jika tidak suka kepada bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid Pak Lebai itu dipersilakan keluar daripada rumah sewa tersebut.

    Kita sama sama berdoa agar perkara tidak masuk akal seperti ini tidak berulang lagi.. 


    Pada yang nak tengok muka orang yang report polis pasal Azan ni, cer tengok kat bawah ni,-siemens-melayumaju

    din.huluselangor.net/?p=49299


    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: