Jumaat, 18 April 2014

4726. Bagaimana Titanic Ditemui.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
  • [EKSKLUSIF] Bagaimanakah KAPAL TITANIC Ditemui? | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU !!!

    Titanic ialah sebuah kapal penumpang yang terbesar di dunia pernah karam ketika membawa seramai 2,201 orang didalamnya.
    titanic2
    Kapal ini telah karam dalam tahun 1912 kerana telanggar ketul ais yang besar dikawasan tenggara Newfoundland.
    titanic3
    Kisah tenggelamnya kapal titanic ini telah menjadi sebuah cerita yang disebarkan dari mulut ke mulut hingga ke hari ini. Kenapa tidak, seramai 1,513 orang dari penumpangnya itu telah tenggelam bersama-sama kapal tersebut tanpa dapat diselamatkan.

    Kapal seberat 46,00 tan ini mempunyai dua tingkat tempat penumpang dan pintu-pintu dibawah air yang sangat menarik. Ramai pelancong dari masyarakat berada di Eropah dan Amerika Syarikat telah menjadi penumpang kapal ini.

    Titanic juga dikatakan kapal yang pertama menggunakan panggilan kecemasan ‘SOS’ yang baru. Selepas 73 tahun Titanic berada di dasar laut, baru pada awal September 1985 ia dapat dikesan oleh sepasukan ahli sains Amerika Syarikat dan Perancis diketuai oleh Robert Ballard.
    titanic4
    Kapal tersebut ditemui tenggelam agak tegak menjunam di sesuatu kawasan tenggara Newfoundland. Tempat sebenar kapal Titanic ditemui ini masih dirahsiakan untuk mengelakkannya daripada pencari harta karun.

    Bangkai kapal Titanic ini ditemui setelah pasukan tersebut membuat penyelidikan ke atas dasar laut seluas 260 kilometer persegi dengan menggunakan robot. Ia berjaya mengambil gambar-gambar dan merakamkan data-data melalui alat video untuk mengkaji kedudukan kapal Titanic itu. 
    titanic5
    Robert Ballard, ketua pasukan penyelidik bangkai kapal Titanic ini merupakan orang yang paling gembira, kerana dengan penemuan tersebut akan dapat menyingkap banyak hal tentang bagaimana kapal tersebut yang sesetengahnya merupakan sebuah misteri terbesar selama lebih tujuh dekad.

    sumber (http://ohmybl00g.blogspot.com/2013/08/bagaimanakah-kapal-titanic-ditemui.html

    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: