Ahad, 20 April 2014

4795. MH370 - Rangka perjanjian antara Malaysia dan Australia menyentuh persefahaman.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  

  • Rangka perjanjian antara Malaysia dan Australia menyentuh persefahaman tentang bagaimana harus dikendali bangkai pesawat, kotak hitam dan mayat manusia jika kami dapat kesan (pesawat).

    Malaysia dan Australia dijangka menandatangani perjanjian bagi menetapkan pihak mana yang akan mengendali bangkai dan kotak hitam Malaysia Airlines Penerbangan MH370, jika ditemui.   

    Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata perjanjian itu dalam proses penggubalan dan beliau tidak dapat mendedahkan lebih lanjut mengenainya buat masa ini.

    "Rangka perjanjian antara Malaysia dan Australia menyentuh persefahaman tentang bagaimana harus dikendali bangkai pesawat, kotak hitam dan mayat manusia jika kami dapat kesan (pesawat).

    "Sebaik saja kami dapat bereskan butiran dengan Australia, kami akan dapat memberi lebih banyak maklumat kepada media," katanya pada persidangan akhbar dipengerusikan oleh pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai perkembangan berhubung pencarian MH370 di Kuala Lumpur semalam.  

    Hadir sama Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya. Bernama


    Sebelum nih pemimpin negara bangga sangatlah dengan kerjasama yang diberikan oleh negara-negara dalam misi mencari pesawat MH370 di Laut Hindi. Pemimpin kata kesemua negara nih bantu atas dasar setia kawan, ikhlas bla bla bla.

    Kalau ikhlas bantu buat apa sampai nak meterai perjanjian bagai. Jangan jadi bodohlah kita negara Malaysia pun. Kapal tu kapal kita, kita berhak atas segala apa yang berada dalam kapal tu. Apa kejadahnya kalau hak untuk kotak hitam, bangkai pesawat dan mayat penumpang nak diberikan kepada Australia sekiranya dijumpai. Hak kita tidak kiralah jatuh negara manapun, kalau ikut kes sebelum inipun semua negara yang terbabit ada hak untuk mengendalikan kes.

    Itulah cakap besar last-last Malaysia yang jadi pak turut. Kalau depa bantu atas dasar hormat atau setia kawan untuk  Malaysia tidak timbul langsung soal nak rangka penjanjian bagai. Eloklah kerjasama dengan sekutu-sekutu USA tu. Aku awal-awal lagi takleh pi dengan Australia nih, hari nih cakap lain esok cakap lain semua sama saja. Ingat yang nama sekutu kuat USA nak tolong saja-saja kah. 


    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: