Isnin, 21 April 2014

4837. Antara lain seramai 3,000 penunggang motosikal mengiringi.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  

  • Kenapa Polis tidak muncul untuk kawal orang ramai di majlis pengebumian Karpal?

    Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan mengkaji masalah yang timbul sehingga polis tidak muncul untuk mengawal kehadiran orang ramai di majlis pengebumian MP Bukit Gelugor Karpal Singh semalam.

    “Kami berharap orang ramai dapat memaafkan dan tidak mempedulikan masalah yang timbul semasa pengebumian itu. Polis tidak muncul seperti dirancang untuk mengawal orang ramai di luar Dewan Sri Pinang,” kata Lim dalam kenyataannya.

    “Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca polis tidak muncul seperti dirancang, dan seterusnya mengatasi kelemahan yang mungkin menyulitkan orang ramai,” katanya.
    Lim mendakwa seramai 25,000 orang hadir di majlis penghormatan peringkat negeri itu.

    "Kehadiran begitu ramai orang itu tidak disangka. Kami ingin memohon maaf kepada semua yang datang dari jauh tetapi tidak berpeluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh.

    Lim turut memuji seramai 3,000 penunggang motosikal yang mengiringi keranda Karpal untuk pengebumian.
    Katanya, penghormatan dari golongan berkenaan amat bermakna kepada Karpal kerana ia menunjukkan rakyat biasa menyanjungi MP tersebut. Menurut Lim, pengebumian tersebut “mungkin yang terbesar dalam sejarah Pulau Pinang” lapor Malaysiakini di SINI


    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: