Selasa, 22 April 2014

4866. Gua. Maksudnya bukan benda yang macam tunnel tuu.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ




  1. Haaa..
    Elok la sekali sekala kita santai tp gua nk kongsi cerita benar tp jgn la ada yg simpati..

    Kisah ini ada pengajaran supaya kita tidak judge a book by it's cover..
    Gua pernah kenal seorang gadis yg bermasalah.. Ibunya meninggal ketika dia masih berumur lima tahun..Bapanya kahwin baru ttp x bawa dia dan adik-beradiknya tinggal bersama sbb bini baru terlalu privacy..

    Gadis tidak tahu bagaimana utk bersolat dan jahil tentang agama kerana bapannya melepaskan tanggungjawab membimbing anak-anak lantaran terlalu mengikut kehendak isteri baru..

    Diam-diam gua membelikan buku panduan solat dan menyerahkan buku itu kpdnya disebuah restoran.
    Dia menitiskan airmata dan membiarkan airmata itu terus mengalir tanpa mengusap wlw setitik pun sepanjang perbualan kami..

    Semua mata tertumpu kpd kami..Kami terpaksa beredar dari situ krn ingin menjaga privacy..
    Diakhir pertemuan kami pd hari itu,dia mengatakan bahawa dia tidak pernah berjumpa dgn org seperti gua dlm hidupnya..

    Gua hanya berbuat seikhlas hati dan tidak meminta balasan..

    Namun keihklasan juga boleh memberi kesan yg membuatkan kita berada didalam dilema..
    Pernah suatu hari selepas pertemuan kami itu,dia menduga Gua dgn persoalan dirinya, ttp gua yg masih mentah time tu tidak memahaminya dan memberi jawapan yg tidak sepatutnya.. Mana x jwpan bodoh yg gua bg, umur gua time tu "sweet Nineteenth" di era awal sembilan puluh'an.. 

    Suatu hari kakak angkat kpd gadis ini bersemuka dgn Gua dan menceritakan akan luahan hati gadis ini.. Gua rasa bersalah krn Gua pun ada perasaan jugak pdnya ttp gua lbh suka berdiam diri sbb time tu gua baru jer abes sekolah.. senang ckp masih mentah.. Baru gua tahu yg gua baru sj melepaskan Cinta yg berada didepan mata..

    Gua cuba utk mengejarnya kembali..

    Dia tetap melayan gua dgn baik dan tidak akan menghampakan gua jika gua mempelawanya keluar.. Pernah sekali gua dh smpai town, tp bapak dia pulak dtg rumah lalu dia ter'hang' kt rumah.. Gua amek keputusan utk pulang sj ttp dia amik keputusan utk keluar mencari gua kat town setelah bapanya blah dari rumahnya..

    Namun hatinya keras apabila ditanya soal perasaan.. Aduh.. Kerasnya hati yg terluka.. tp bukan salah gua, jika berterus terang kan mudah..

    Ya, tp dia ada sifat malu wlwpun luarannya tidak kelihatan begitu..

    Kadangkala ianya menyiksa Gua.. Harijadi gua disambutnya dgn pakej melancong ala bajet..
    Kejayaan gua memasuki Maktab Perguruan diraikannya dgn mempelawa Gua keluar makan-makan..
    Dia akan cemburu bila ada org yg cuba merapati Gua ttp apabila Gua kembali memberi perhatian kpdnya dia berdiam diri..

    Entah sudah berapa kali dia cemburu dan Gua kembali kpdnya ini berlaku sepanjang perkenalan kami..
    Akhirnya kemasukan Gua ke Maktab perguruan meleraikan hubungan pelik kami ini.. Tahun kedua gua belajar Dia sudah bertemu org yg kini menjadi suaminya.. Dia sudah boleh membuat keputusan krn Gua tidak lg berada didepan matanya spt dulu..

    Dilebaran terakhir sblm dia berkahwin Gua mengunjunginya buat kali terakhir.. Dia memarahi gua krn lambat memberitahu kedatangan Gua krn dia berhajat utk masak makan malam buat Gua.. sewaktu dirumahnya, dia tetap spt dulu, manja dan tak lekang dgn gurauan sehingga Gua masuk kembali ke alam awal perkenalan dulu..

    Ketika Gua mahu beredar, dia menghantar Gua ke kehalaman rumah dan memberikan luahan perasaannya secara mantik..

    Gua tahu klu gua berkata Ya, dia akan kembali mendakap cinta kami, ttp Gua mengambil keputusan utk tidak melukakan hati seorang lelaki yg bersedia utk mengahwininya.. Gua hanya diam dan memberi salam..

    Sehingga kini dia tetinggal dlm ingatan gua.. Tp gua kini juga bahagia krn dia sudah menemukan kebahagiaan.. Itulah tanda cinta Gua pd nya..
    Reply

Sumber: (http://bradokapak.blogspot.com/2011/12/aku-dah-kahwin-sekarang.html)

Tiada ulasan: