Sabtu, 31 Mei 2014

5011. MH370 Semua Orang Berdoalah Sentiasa.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Ya Allah Ya Tuhanku Permudahkanlah Hal MH370 Selamatkanlah mereka yang berada dalam penerbangan tersebut, yang bertugas dan yang menjadi penumpangnya. Bukalah pintu hati manusia yang berbuat jahat dalam hal MH370, supaya segera berhenti berbuat jahat.
Perkembangan Terkini MH370 yg penuh kontroversi:
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini mendedahkan data satelit yang belum diproses daripada firma United Kingdom Inmarsat. Data berkenaan digunakan untuk mengesan pola penerbangan MH370.
" Inmarsat dan DCA bekerjasama untuk mendedahkan data log komunikasi dan keterangan teknikal analisis " diatas permintaan keluarga penumpang MH370 . Dlm satu laporan yg lain penyiasat menjangkakan akan ada lagi tangan ghaib yg akan mengubah kandungan asal tersebut seperti yg berlaku sebelum in perbualan suntingan kapten zaharie di dlm kokpit. Para penyiasat mengatakan pesawat MH370 bukannya hilang sebaliknya telah " dirampas " menggunakan alat kawalan jauh sebelum 2 jet tercanggih Amerika mengiringi pesawat MH370 dari dikesan oleh mana-mana radar di dunia dan telah selamat mendarat di Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika.
  • Sharifah Sofia Syed Rashid Usaha mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian beralih di Selat Melaka dan selepas itu di Laut Andaman, sebelum pasukan SAR mencari dan mengalih tumpuan ke perairan Australia Barat iaitu di Selatan Lautan Hindi. Susulan daripada pencarian yg berubah-rubah ini penyiasat telah pun membuat kesimpulan yg sebenarnya laporan MH370 " berakhir " dilautan hindi adalah teori rekaan semata-mata bagi melengah-lengahkan rundingan yg sedang dijalankan oleh bererapa negara yg diketuai oleh Amerika sendiri bagi membebaskan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370. Ini terjemahan yg diperolehi dari penyiasat dari Jerman dari Kapten Zaharie : Tlg bgtau pihak berkuasa Malaysia bahawa simulator yg terdapat di rumah saya itu adalah lokasi yg sebenar MH370 berada. Ianya saya cipta sendiri utk mengesan kemana lokasi pesawat yg saya bawa. satu lagi berita yg kurang jelas dan sedang di teliti dan akan dimaklumkan nanti. harap bersabar...
    Foto Sharifah Sofia Syed Rashid.

  • Sharifah Sofia Syed Rashid Akhirnya sofia dapat juga gambar satelit yg diperolehi dari penyiasat yg mana gambar satelit MH370 yg berada di lautan hindi sebelum menuju ke Diego Garcia. Manakala utk perkembangan terbaru pesawat MH370 telah pun berubah wajah segala logonya (MAS) telah pun dihapuskan dan telah dicat dgn yg baru. Penyiasat menimbulkan persoalan kenapa pesawat Boieng ini tidak dihapuskan atau diletupkan agar tidak menjadi bahan bukti. sama-sama kita nantikan dan tunggu penyiasat membongkar satu persatu.....
    Foto Sharifah Sofia Syed Rashid.
  • Sharifah Sofia Syed Rashid Pakar-pakar penerbangan dlm dan luar negeri termasuk beberapa penyiasat dan wartawan terkenal telah menyimpulkan bahawa pesawat MH370 yang hilang dari dikesan oleh mana-mana radar sebenarnya telah lama mendarat dan bukannya terhempas di mana-mana lautan ataupun daratan dan tidak juga meletop diruang udara. Tambahan sebagai Umat Islam kita kena berdoa pada Allah s.w.t kerana dgn izinNYA pesawat MH370 boleh hilang dan dgn izinNYA juga pesawat MH370 boleh ditemui.
    Foto Sharifah Sofia Syed Rashid.
  • Sharifah Sofia Syed Rashid Susulan komen dari Tun Mahathir Mohamed bahawa syarikat pengeluar utama Boeing, Rolls-Royce, Joint Agency Coordination Center (JACC) cuba menyembunyikan sesuatu dan diam 1000 bahawa kenapa MH370 boleh hilang begitu saja padahal hanya mereka saja yg dapat mengawal pesawat Boeing dan boleh mengesan dimana lokasi MH370 berada telah pun mendapat respon dari beberapa penyiasat terkenal dlm dan luar negara. Kenapakah semasa lawatan Barack Obama ke Malaysia dan telah bertemu empat mata dgn Najib Razak, mengapakah Perdana Menteri M'sia tersebut tidak berani menanyakan hal ini dan adakah ada sesuatu yg sedang dirunding atau disembunyikan. Timbul juga beberapa persoalan dikalangan wartawan tempatan dan luar negeri, mengapakah selepas kejadian kehilangan MH370, Malaysia sanggup membela dua ekor Panda yg datangnya dari negara China yg kononnya sebagai simbolik 40 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Adakah Malaysia telah " dikambing hitamkan " dan telah diarah utk memujuk China agar akur dgn apa yg terjadi di atas kehilangan pesawat MH370.
    Foto Sharifah Sofia Syed Rashid.
  • Sharifah Sofia Syed Rashid Kenapa Amerika beriya-riya utk merampas pesawat MH370. Penyiasat mengatakan bahawa di dlm pesawat MH370 ada sesuatu yg berharga yg telah dibawa oleh sekumpulan saintis dari negara China iaitu Drone Command and Controller (CNC) milik sebuah negara kuasabesar yang telah ditembak jatuh di Afghanistan penghujung 2013. Sofia cuba mendapat gambaran jelas sekali lagi setelah berada di KLIA tadi dan apa yg berlaku pada malam kejadian di KLIA. Ini kisah sebenarnya yg seluruh rakyat Malaysia kena tahu dan fahami dan ianya tidak dilaporkan oleh mana-mana media di Malaysia mahupun media antarabangsa " Pada malam kejadian 4 jam sebelum MH370 berlepas ke Beijing satu pesawat dari luar telah landing di KLIA dan diwaktu inilah dikatakan kargo yg membawa " barang berharga " bertukar tangan di landasan penerbangan KLIA tanpa melalui bahagian Kastam. Manakala segala data komputer termasuk manual barangan yg telah dimasukkan ke kargo MH370 telah dihapuskan serta merta dan kesemua staff yg bertugas pada malam tersebut telah disoal siasat oleh Polis Bukit Aman dan FBI. Jangan tanya sofia siapa staff yg terlibat dlm hal ini. Mereka diarah utk berbuat demikan dan mereka tidak bersubahat dan mereka juga tidak tahu bahawa pada keesokkan harinya ada rancangan utk merampas MH370. Manakala ada mesej yg akan penyiasat bongkarkan kepada umum selepas ini apakah kandungan perbualan terakhir Kapten Zaharie di dlm Kokpit melalui talian hp peribadinya bersama org yg tidak dikenali sebelum pesawat diterbangkan ke Beijing. Tadi Sofia difahamkan ada sesuatu yg kapten Zaharie cuba sampaikan dan mungkin itu amanat terakhir beliau dan mungkin juga beliau telah pun mendapat maklumat awal bahawa MH370 bakal dihijacked tetapi beliau tidak mempercayai. Kita tunggu laporan panas yg akan terhidang nanti....
    Foto Sharifah Sofia Syed Rashid.
Dalam bentuk Gambar:

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php

Tiada ulasan: