بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Ragam manusia:
Kadang waktu kita jumpa orang yang suka bertanya mengalahkan seseorang yang pernah berjawatan sedemikian tetapi sampai sekarang masih tidak sedar sudah pun bergelar pesara. Macam-macam dia tanya. Inilah rupa jenis manusia suka berahsia, tetapi suka pula dan pandai pula atau ada hati hendak berkawan.
Kena pertanyaan kita dia buat tak reti jek, sentuh langsung pun tidak, lagi terus mahu tanya itu ini lagi. Ce ubah sikit jerk sikap itu, bukanlah maksudnya terlampau terbuka sangat sampaikan ibarat berpakaian tetapi telanjang.
Memang muka tak tahu malu atau apa, aka muka sardin tamat tempuh.
Ada sejenis lagi suruh teka itu ini. Bila kita buat balik kat dia, suruh teka, payah pula dia hendak terima keadaan. Maklum sahajalah, dengan penuh keinsafan, dia bukan aku dan aku bukan dia.
Silap itu pahit buat sesetengah orang sebab dia hanya tahu sirap itu manis sahaja. Sedangkan sirap kalau campur dengan oren, boleh jadi tambah sedap, jikalau kena dengan bancuhannya. Apa lagi kalau sudah jadi sirap bandong dengan ice cream soda. Nikmatnya rezeki Allah SWT bagi mereka yang tahu mengEsakan Allah SWT.
Maaflah sebab aku bukan jenis yang sebegitu rupa. Tetapi orang yang beriman pasti tahu what is muhasabah diri kerana Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan