بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com . Admin: www.muar@hotmail.co.uk .
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
PUNCA KENAIKAN TARIF ELEKTRIK
INILAH ANTARA PUNCA KENAIKAN TARIF ELEKTRIK yang membebankan rakyat Malaysia.....PENGLIBATAN SULTAN BERSAMA CINA YTL.......(aku mahu kaya sehingga Makam aku penuh dengan duit!!!)
BACALAH WAHAI RAKYAT RAKYAT YANG TERLALU MUDAH DIPERBODOHKAN ISTANA.
Istana jadi rakan niaga dan AGEN PEMUDAH YTL mendapat lesen IPP dari Kerajaan.
Sila baca:
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2014/06/05/ytl-capital-crony-free-in-the-ipp-inducted-palace-power-game/
Sumber: (http://peguamkamalmenulis.blogspot.com/2014/06/punca-kenaikan-tarif-elektrik.html)
TITAH MENGADAP???
PERBUATAN "TITAH MENGADAP" adalah "gegar dan gentar" biasa dibuat oleh Pembodek dan Pecacai Istana. Inilah yang sentiasa menakutkan pegawai pegawai Kerajaan, media dan penerima-penerima pingat.
Keadaan "LEBIH MENAKUTKAN" jika yang dipanggil itu sedang atau bercita-cita memegang jawatan yang berkaitan dengan "perkenan" Sultan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri. Hakim-hakim juga mempunyai kaitan penempatan jawatan di Negeri dengan perkenan Sultan.Ada juga jawatan Badan berkanun spt JCORP berkait dengan kuasa Sultan.
Sudah berapa ramai pegawai pegawai Kerajaan "diarah pindah" oleh Sultan AKIBAT BERTINDAK TERLALU LURUS MENGIKUT Undang-Undang.. Berapa ramai yang telah ditarik pingat kerana terlalu jujur menjalankan tugas dan amanah rakyat oleh Sultan.
CAMPUR TANGAN SULTAN Johor di dalam pentadbiran kerajaan Negeri DAN MAHKAMAH DI JOHOR berada di TAHAP MEMBIMBANGKAN DAN MENAKUTKAN.
Beberapa insiden Pegawai Kanan Persekutuan diminta tukar serta merta kerana "kegusaran terhadap aktiviti Istana". Saya masih Ingat seorang Pengarah JPJ Johor diarah tukar dengan serta merta hanya kerana "kegusaran" kerana Pengarah itu Pernah menjadi Setiausaha TPM dan bertugas di MITI. Saya juga masih ingat bagaimana seorang Hakim Perempuan dipanggil di Muar sebelum kes melibatkan kepentingan pribadi Sultan. Banyak perkara tentang isu "PANGGIL MENGADAP" ini. Lihatlah bagaimana Nasib Bekas Permaisuri Agong di Mahkamah Syariah Johor.
ENTAHLAH APA YANG KERAJAAN PERSEKUTUAN "TAKUT SANGAT" dengan Sultan Johor ni.
SAYA MEMUJI TINDAKAN UTUSAN DI DALAM isu "TITAH MENGADAP" INI demi menjamin Kebebasan Akhbar dan Memelihara Fakta kebenaran yang diperlihara oleh Media.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/utusan-malaysia-enggan-menghadap-sultan-johor-jika-dipanggil
Sumber: (http://peguamkamalmenulis.blogspot.com/2014/06/titah-mengadap.html)
RAKYAT JOHOR HARUS BELAJAR DARI KEJATUHAN JCORP
RAKYAT JOHOR HARUS BELAJAR DARI KEJATUHAN JCORP, KFC dan banyak lagi Syarikat milik JCORP termasuk Tanah tanah strategik milik JCORP sedang "diagih" sesama krony berkaitan Istana Johor. Kuasa Sultan yang ada didalam Enakmen JCORP telah digunakan hingga JCORP telah terlepas banyak pegangan Melayu di dalam banyak sektor.Modes Operandi adalah "mudah" iaitu "pecat" Orang orang Kuat yang melindungi kepentingan Rakyat dan Melayu dan memasukkan Orang-orang yang "lemah dan takut" kepada Sultan, hingga ada "budak-budak" dari Level 4 zaman Pak Lah yang rapat dengan Singapura pun diambil masuk menerajui JCORP. JADI mudahlah AGENDA PRIBADI di laksanakan.Harta-harta kini JCORP SEDANG dibaham bagai LANUN BAHAGI HARTA DALAM FILEM NUJUM PAK BELALANG."SATU UNTUK KAU...SATU UNTUK AKU,,,"Saya TIDAK DAPAT MEMBAYANGKAN BAGAIMANA akan jadi kepada Negeri Johor jika Sultan diberi KUASA INI.Pasti yang gembira adalah tycoon tycoon Cina yang menyambut dan mengikuti Sultan ke lawatan lawatan pribadi. Cubalah Kerajaan Persekutuaan "check" siapa tycoon yang sentiasa menyambut dan "host segalanya" di beberapa lawatan ke luar negara. Di mana Patrick Lim menyambut? Di Mana Vincent Tan menyambut? Di mana Lim Kang Ho menyambut?(depan rakyat nampak mcm mereka tidak sehaluan tetapi di luar negara mereka mcm adik beradik) .Kepada Pemimpin dan Pegawai kanan yang telah terima hadiah-hadiah kereta janganlah "gelap mata" jangan kerana hadiah-hadiah dari Sultan hingga termasuk anak tekak untuk menegur Sultan.Kepada yang baru dapat ikut lawatan pribadi di dalam Private Jet Sultan, janganlah lupa AMANAH RAKYAT.bacalah:
Sumber: (http://peguamkamalmenulis.blogspot.com/2014/06/rakyat-johor-harus-belajar-dari.html)
KALAU SULTAN BERNIAGA DAN MENJADI RAKAN PERNIAGAAN SYARIKAT ASING DAN SYARIKAT MILIK BUKAN BUKAN MELAYU
KALAU SULTAN BERNIAGA DAN MENJADI RAKAN PERNIAGAAN SYARIKAT ASING DAN SYARIKAT MILIK BUKAN BUKAN MELAYU yang menjalankan Pembangunan dan Perumahan di Johor, Adakah SELAMAT DAN TIDAK MERBAHAYA memberikuasa kepada Sultan melantik dan memecat Lembaga yang memantau dan berkuasa luas terhadap Pembangunan dan Perumahan di Johor?Saya percaya ianya sangat MERBAHAYA dan memudahkan pihak-pihak Asing mempergunakan Sultan yang merupakan Rakan Perniagaan mereka untuk menjalankan aktiviti "pembangunan" mengikut "selera mereka". Saya juga percaya MANA-MANA Orang yang dilantik menjadi Lembaga akan mengalami situasi "serba salah" dan "kesukaran" apabila berurusan dan berhadapan dengan Rakan Perniagaan Sultan di dalam melaksanakan fungsi mereka.Sultan Johor terlibat secara langsung dan Baginda juga mengakui secara terbuka bahawa banyak Syarikat Asing dari China dan Singapura serta tycoon berbangsa Cina menjadi Rakan Perniagaan Baginda. Hampir kesemua Pembangunan dan Projek Perumahan dengan pihak Asing berkaitan dengan Istana Johor. Pihak Asing telah mengenalpasti bahawa cara mudah "masuk" ke Johor adalah melalui Istana Johor.Saya menggesa agar kuasa melantik Lembaga diletakkan kepada Dewan Undangan Negeri atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri TETAPI BUKAN DITANGAN SULTAN JOHOR demi menjamin keadilan dan menyelamatkan maruah Negeri Johor.Ada beberapa Negeri lain yang ada Enakmen yang serupa tetapi tiada kuasa "MENGAWAL" LEMBAGA diberikan kepada Sultan. Memberi kuasa kepada Sultan secara mutlak adalah BERCANGGAH dengan Sistem Raja Berperlembagaan Malaysia yang digunapakai di Malaysia. Saya juga telah difahamkan bahawa idea "memberi kuasa mutlak" kepada Sultan timbul setelah Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor ikut sama di dalam Lawatan Pribadi Sultan ke Negara China pada akhir tahun 2013. Penjelasan Sdr Latif Bandi tentang isu ini sangat tidak MENYAKINKAN rakyat.Saya ulangi GESAAN agar Rang Undang-Undang Lembaga Pembangunan dan Perumahan Johor HENDAKLAH DITOLAK demi Kedaulatan Negeri dan demi mempastikan bahawa pentadbiran Pembangunan di Johor dapat dijalankan secara telus dan adil. Banyak insiden sebelum ini tentang campurtangan Sultan di dalam urusan-urusan Kerajaan yang mana ianya dikatakan berada pada tahap "MEMBIMBANGKAN". JIKA "kuasa mutlak" mengawal Lembaga diberikan kepada Sultan, MAKA ianya akan menjadikan suasana ini berada di tahap "LUAR KAWALAN".KEADAAN INI BERBEZA JIKA SULTAN TIDAK TERLIBAT secara langsung dalam perniagaan berkaitan pembangunan/ perumahan seperti Sultan-Sultan Johor sebelum ini. Saya berharap Kerajaan Persekutuan dapat MEMBERI PERHATIAN terhadap kepincangan yang berlaku di Johor sekarang,SAYA JUGA DENGAN IKHLAS meminta Sultan Johor TURUN TAHTA dan memberikannya kepada warisnya yang LAYAK, jika Sultan Johor LEBIH BERMINAT MENJADI AHLI PERNIAGAAN MEMGUMPUL KEKAYAAN TANPA HENTI daripada menjadi Sultan SEPENUH MASA MENTADBIR NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM.
Sumber: (http://peguamkamalmenulis.blogspot.com/2014/06/kalau-sultan-berniaga-dan-menjadi-rakan.html)
KENYATAAN MEDIA TAN SRI MUHAMMAD ALI TENTANG RANG UNDANG UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN DAN PERUMAHAN JOHOR
MENENTANG Rang Undang-Undang Lembaga Pembangunan Hartanah Johor BUKANLAH PERBUATAN DERHAKA. Kalau jadi pemimpin tetapi terlalu "penakut" eloklah "potong sahaja" .Sumber: (http://peguamkamalmenulis.blogspot.com/2014/06/kenyataan-media-tan-sri-muhammad-ali.html)
ALHAMDULILLAH Tan Sri Ali Hashim juga telah bersuara memberi padangan terhadap RUU ini. Tan Sri Ali adalah sangat berpegalaman di dalam Pembangunan dan Perumahan.
SEBENARNYA RAMAI PROFESSIONAL TELAH NAMPAK MUSLIHAT DISEBALIK RUU INI. Kami Bersuara demi menyelamatkan Johor dari di "enjoy" oleh manusia manusia DURJANA.
Bacalah Wahai ADUN ADUN YANG "BERSEKOLAH" DAN "ADA TELUR".
KATAKAN TIDAK KEPADA Rang Undang Undang Lembaga Pembangunan Dan Perumahan Johor
KATAKAN TIDAK KEPADA Rang Undang Undang Lembaga Pembangunan Dan Perumahan Johor YANG AKAN DIBACAKAN Di DUN Johor minggu depan..Undang-Undang Baru ini jika diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Johor akan menyebabkan LEBIH BANYAK PENYALAHGUNAAN KUASA DAN LEBIH BANYAK TANAH NEGERI INI JATUH ke tangan Warga Asing dan Syarikat Asing DENGAN SANGAT MUDAH ,Lebih ramai Orang Asing terutama dari Negara China dan berbangsa Cina dari Negara jiran akan 'MEMBANJIRI NEGERI JOHOR DENGAN BUDAYA CHINA DAN "KIASU" MEREKA. Rakyat Johor dan Ahli-ahli Politik akan hilang "SUARA" dan akan berputih mata sehingga hari kiamat.SAYA PERCAYA UNDANG-UNDANG INI DIBUAT untuk "MEMUDAHKAN" ISTANA JOHOR TERUS 'MEMBANTU" NEGARA ASING DAN BANGSA ASING MEMBOLOT TANAH-TANAH DI JOHOR.SATU kesilapan besar di dalam Rang Undang-Undang ini memberikan kuasa kepada Sultan untuk "mengawal" Lembaga , KERANA SULTAN SEKARANGLAH YANG PALING BANYAK TERLIBAT DENGAN URUSAN USAHA SAMA DENGAN ORANG-ORANG ASING DI DALAM PEMBANGUNAN HARTANAH DAN PERUMAHAN NEGERI JOHOR.Jika Sultan atau Istana tidak terlibat dengan perniagaan dan Usaha sama dengan Orang Asing atau Pembangunan Hartanah dan Perumahan ianya tidaklah TERLALU MERBAHAYA,. TETAPI KEADAAN di Johor sangat merungsingkan dan menakutkan kerana Istana terlibat dengan hampir semua permbangunan Hartanah dengan pihak Asing secara langsung.
"SAYA BERJANJI AKAN MEREKODKAN nama mana-mana ADUN YANG MENJADI PENYOKONG RANG UNDANG-UNDANG INI SEBAGAI PENGKHIANAT RAKYAT DAN PENGKHIANAT ORANG MELAYU di dalam sejarah".
BUKALAH MATA WAHAI WAKIL-WAKIL RAKYAT DAN PARA PEMIMPIN JOHOR.....TANAH JOHOR SUDAH BANYAK TERGADAI...HENTIKAN MUSIBAH KEPADA RAKYAT NEGERI JOHOR INI DAN SELAMATKAN RAKYAT JOHOR SEGERA SEBELUM TERLAMBAT.SAYA BERHARAP suatu hari nanti anak-cucu kita tidak akan meludah kubur-kubur PENGKHIANAT RAKYAT INI.TIDAK KAH KITA BELAJAR DARI Sejarah bahawa tanah-tanah Negeri Melayu tergadai oleh perbuatan Istana?Kini Malaysia amalkan Sistem Raja Berperlembagaan BUKANNYA Sistem Monarki Mutlak.Belajar dan ambil ikhtibar dari Sejarah wahai Ahli-ahli DUN yang bijaksana.Rakyat Mahukan Wakil Rakyat Yang Ada Telur Bukan Wakil Rakyat Penakut Yang Tiada Telur.
Sumber: (http://peguamkamalmenulis.blogspot.com/2014/06/katakan-tidak-kepada-rang-undang-undang.html)Sumber: ()
s3v3n
s3v3n.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan