Isnin, 16 Jun 2014

5051. Pejuang Islam kembali membara kemenangan di IRAQ. Takbir.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  

Pembongkaran Konspirasi Dunia Barat Zionis Amerika Dan Freemason1


Kumpulan pejuang menawan bandar-bandar besar menyebabkan kerajaan Iraq lumpuh

BAGHDAD: Kerajaan Perdana Menteri Nouri al-Maliki terus lumpuh semalam, tidak mampu membentuk tindak balas selepas militan memusnahkan dan menawan menawan bandar raya besar, pekan, pangkalan polis dan tentera dalam serangan pantas ketika tentera Iraq tidak menunjukkan tentangan.

Pegawai polis berkata semalam, militan memandu pikap dipenuhi mesingan memasuki bandar raya Jalula dan Sadiyah di wilayah Diyala malam kelmarin. Jalula terletak 125 kilometer dan Sadiyah adalah 95 kilometer dari Baghdad.

Pegawai berkata tentera Iraq meninggalkan kedudukan mereka tanpa sebarang tentangan.

Realiti itu adalah ancaman terbesar kepada kestabilan Iraq sejak pengunduran Amerika Syarikat pada akhir 2011 dan menolak negara itu semakin hampir dengan jurang yang memisahkan ia kepada zon Sunnah, Syiah dan Kurdis.

Pejuang kumpulan dikenali sebagai Negara Islam Iraq and Levant (ISIL) kelmarin berikrar untuk mara ke Baghdad, disertai penyokong setia Presiden Saddam Hussein dan kumpulan Sunnah lain.

Meraikan kejayaan mereka, militan juga mengisytiharkan akan melaksanakan undang-undang Syariah di Mosul, bandar raya kedua terbesar yang ditawan Selasa lalu dan di kawasan lain yang ditawan.

Di utara Iraq, pasukan keselamatan Kurdis bergerak mengisi kekosongan kuasa, mengambil alih pangkalan udara dan kedudukan lain yang ditinggal tentera di Kirkuk.
Tiga pesawat penuh dengan rakyat Amerika dipindahkan dari pangkalan udara besar Iraq di wilayah Sunnah di utara ibu kota itu, kata pegawai Amerika dan Jerman menggesa rakyatnya segera meninggalkan negara itu, termasuk Baghdad.

Presiden Barack Obama berkata, Iraq akan memerlukan lebih banyak bantuan tetapi tidak menyebut secara khusus jenis bantuan yang akan disediakan.

Pegawai kanan Amerika yang enggan dikenali berkata Washington mempertimbangkan sama ada untuk mengendalikan misi pesawat kawalan jauh di Iraq.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertemu berhubung krisis itu, menekankan kebimbangan antarabangsa yang semakin mendalam berhubung kemaraan ISIL.

Al-Maliki meminta Parlimen mengisytiharkan perintah darurat yang memberikan beliau dan kerajaannya kuasa lebih besar untuk memerintah negara itu, tetapi ahli perundangan gagal mengumpulkan korum kelmarin.

Pertempuran berterusan di beberapa kawasan kelmarin. Dua komuniti berhampiran Tikrit, pusat penapisan minyak utama di Beiji dan bandar raya Samarra, lokasi tempat suci terkenal Syiah, masih dalam kawalan kerajaan, menurut pegawai perisikan Iraq.

Di Tikrit, kampung halaman Saddam, yang ditawan militan Rabu lalu, saksi berkata pejuang menampal poster bekas presiden itu dan bekas timbalannya, Izzat Ibrahim al-Douri, yang melarikan diri berikutan pencerobohan diketuai Amerika pada 2003 dan berjaya mengelakkan pasukan keselamatan sejak itu. – AP

gigitankerengga - (http://gigitankerengga.blogspot.com/2014/06/kumpulan-pejuang-menawan-bandar-bandar.html)


Tiada ulasan: