Jumaat, 21 November 2014

5078. Terlebih dahulu siasatlah dengan amanah, sebelum menghukum.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  


  • Kerana ramai yang beranggapan suspek tersebut telah dipukul oleh kariah masjid tersebut disebabkan dalam gambar yang tersebar kelihatan jemaah Masjid turut berada disitu.

    Persepsi yang timbul dari gambar tersebut ialah suspek dibelasah dan diaibkan oleh jemaah Masjid sendiri..

    Bagaimanapun ahli kariah Masjid tersebut menafikan mereka yang memukul suspek, berikut adalah penjelasannya..

    Salam hormat...  
    penjelasan mengenai kes curi motor di Masjid Mukim Pauh 5 semalam (4.11.2014)

    Dato/Datin/Tuan/Puan/  
    Ramai yg mendakwa bahawa suspek telah dipukul dan dan ditelanjangkan oleh jemaah Masjid.  
    Untuk pengetahuan semua, suspek telah ditangkap oleh salah seorang ahli jemaah yg datang lewat utk solat isya..  
    Oleh kerana solat berjemaah sedang berada dirakaat akhir dan jemaah belum selesai melaksanakan solat, suspek telah dibawa keluar dari kawasan masjid dan pergi ke tepi jalan ditempat yang ada orang...  
    Suspek curi telah dipukul di luar kawasan masjid dan semakin ramai orang datang memukulnya termasuk pengguna jalanraya.  
    Sedikit pun tidak ada kaitan dengan imam dan Ahli jemaah yg lain. Ahli jemaah masjid hanya datang selepas suspek telah dipukul oleh orang ramai...  
    Akhirnya, saya tegaskan disini perbuatan memukul dan menelanjangkan pencuri motor itu bukanlah perbuatan Imam dan ahli jemaah seperti yg telah didakwa di WhatsApp, Telegram, Fesbuk dan lain2 laman sosial.  
    Akhir kata.. Siasatlah dulu Sebelum menghukum.  
    Muda2an kita semua dilindungi Allah..  
    Oleh: ahli Qaryah Pauh Lima.

    Siasatlah dulu sebelum menghukum... jangan main bedal saja..
    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP

Tiada ulasan: