بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.
Meja www.peceq.blogspot.com .
- Rostam Abdul Halim
·
Assalam Kito Sedulur, Assalam Umat Muhammad, Di Berkati oleh Nya jika kita Umat Muhammad bersadakah Salawat kepada Junjungan kita Nabi Muhammad kerana tidak berapa hari lagi Sambutan Molidur Rasul. Berikut ganjarannya apabila kita bersalawat ke atas Baginda Rasulullah;
42 KELEBIHAN BERSALAWAT KE ATAS JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD
Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu di dalam kitabnya Al-Safinah Al-Qadiriyyah menyatakan tentang kelebihan bersalawat ke atas Nabi Muhammad. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: “Bersalawat ke atas Nabi Muhammad itu mempunyai Empat Puluh Dua (42) kelebihan. Tertulis dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’ :-
1) Dapat melaksanakan perintah Allah.
2) Bersamaan dengan Salawat Allah kepada Rasulullah.
3) Bersamaan dengan Salawat Para Malaikat.
4) Mendapat ganjaran sepuluh kali salawat daripada Allah atas setiap kali Salawat diucapkan (salawat daripada Allah bererti rahmat)
5) Kurniakan oleh Allah sepuluh (10) darjat atas tiap-tiap Satu salawat.
6) Dituliskan oleh malaikat sepuluh (10) kebaikan atas setiap Salawat.
7) Dihapuskan oleh Allah sepuluh (10) kejahatan atas setiap Salawat.
8) Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9) Mendapat syafaat daripada Rasulullah.
10) Mendapat keampunan daripada Allah serta ditutup segala keaiban.
11) Allah akan menutupi segala dukacita.
12) Dkurniakan maqam hampir kepada Rasulullah.
13) Medapat darjat al-Sidq.
14) Dikurniakan segala hajat.
15) Salam sejahtera pada hari qiamat.
16) Allah dan Para Malaikat akan bersalawat ke atas seseorang yang bersalawat.
17) Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18) Selamat sejahtera pada huruhara hari qiamat.
19) Rasulullah akan menjawab secara langsung keatas Salawat yang dibacakan.
20) Mudah mengingat semula perkara yang lupa.
21) Mendapat kedudukan yang baik pada hari qiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22) Tidak akan merasai Fakir.
23) Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24) Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah kepada yang bersalawat.
25) Salawat akan menjemput setiap pengucapnya ke Jalan Syurga.
26) Menjauhkan seorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27) Bersalawat menyempurnakan qalam pujianAllah apabila disebut (di dalam doa) maka akan disambut selepas itu dengan kalimah salawat ke atas Nabi Muhammad.
28) Selamat melepasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari Qiamat.
29) Disambut oleh Allah pada hari Qiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30) Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31) Mendapat keberkatan daripada Allah.
32) Mendapat kesempurnaan Iman.
33) Kasih dan cinta kepada Rasulullah.
34) Mendapat hidayah Allahdan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35) Setiap salawat yang dibaca akan dibentangkan dihadapan kepada Rasulullah secara langsung.
36) Teguh pendirian dengan iman.
37) Bersalawat bererti menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah ke atas diri kita. disamping ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah kepada kita.
38) Bersalawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39) Bersalawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah di dalam jiwanya.
40) Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah di dalam jiwanya.
41) Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Sheikh dan Murabbi.
42) Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup di dunia dan akhirat.
Salam Dari Hamba Allah
Waallahu A'lam Bissawab.
My Dashboard.
s3v3n
s3v3n.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan