Sabtu, 10 Januari 2015

5092. Lidah membawa hambaNya ke Syurga atau Neraka.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.


Meja www.peceq.blogspot.com  
  • ☆★~ Bismillahirrohmanirrohim.
    ☆★~ Assalamualaikumu warahmatullahi wabarakatuh.
    ☆★~ Wa'alaikumussalaam Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
    ☆★~ SubhanAllah...
    ☆★~ Alhamdulillah...
    ☆★~ Allahu Akbar...
    ☆★~ Aamiin Allahumma Aamiin...
    ☆★~ Hatur Syukron Jiddan...
    ☆★~ SAHABATKU atas Bingkisan
    ☆★~ Hikmahnya...
    ☆★~ Smoga Rahmat Serta Maghfirah
    ☆★~ ALLAH menyertaimu
    ☆★~ Selalu...
    ☆★~ Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin.
    ★Salam Santunku Berbalut Do'a & Senyum Karna-NYA Semata★
    ★Yakinlah Allah always loving you, keep smiling keep spirit, and say. Alhamdulillah★
    ☆★~

    Surau Al-Mustaqim Mentari Court berkongsi 1 pos Abdul Hakim. Di Group Dalam Hati Ada Taman
    Ya Allah.

    Jadikanlah tugasan kerja kami pada hari ini, hari akan datang dan hari sebelumnya sebagai satu bentuk ibadah. Bismillahi tawakkaltu Alallah. Lahawlawala quwwatailla billah
    Surau Al-Mustaqim Mentari Court

    DENGAN LIDAH SESEORANG ITU AKAN MASUK KE DALAM SYURGA DAN DENGAN LIDAH JUGA LAH SESEORANG ITU AKAN DICAMPAKKAN KE DALAM API NERAKA

    Apabila kita melihat di dalam hadis banyak peringatan-peringatan yang serius yang diberikan oleh Nabi ﷺ kepada manusia supaya menjaga lidah mereka kerana melalui LIDAH ini seseorang itu boleh masuk ke dalam Syurga ataupun masuk ke dalam neraka.

    Melalui lidah ini juga hubungan manusia dengan Allah سبحانه وتعالى itu baik ataupun hubungannya menjadi buruk.Begitu juga dengan melalui lidah ini manusia boleh berhubung menjaga hubungan dengan baik atau hubungan manusia itu menjadi buruk.

    Disebutkan di dalam hadis yang sahih riwayat Muslim.Suatu hari Nabi ﷺ berjumpa dengan seorang Sahabat Baginda iaitu Saidina Muaz Bin Jabal Radhiyallahu'Anhu dan mengatakan kepada Saidina Muaz. "Wahai Muaz hendakkah engkau aku bagitahu 2 perkara yang mana kalau engkau jaga 2 perkara ini aku jamin engkau akan masuk Syurga"Maka Saidina Muaz Bin Jabal mengatakan "Nak wahai Rasulullah".Lalu Nabi ﷺ mengatakan "engkau jagalah benda yang berada di antara dua bibir kamu(lidah) dan engkau jagalah yang berada di antara dua celah peha kamu(Kemaluan)."

    Disebutkan di dalam riwayat yang lain yang mana dalam hadis yang panjang Saidina Muaz Bin Jabal bertanya kepada Nabi ﷺ tentang Islam,tentang solat dan Nabi ﷺ menjawab dengan jawapan yang panjang dan di penghujung hadis akhirnya Nabi ﷺ bertanyakan kepada Saidina Muaz Bin Jabal: "Wahai Muaz.Apakah engkau nak aku khabarkan kepada kamu perkara yang menjadi Raja kepada semua ini.(Yang menyelamatkan seseorang daripada binasa)"Muaz mengatakan "Nak Ya Rasulullah"Lalu Nabi ﷺ mengatakan kamu jagalah lidah kamu(sambil Nabi ﷺ memegang lidah Saidina Muaz).

    Kemudian,Saidina Muaz bertanya kepada Nabi ﷺ "Wahai Rasulullah.Apakah kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita ucapkan,katakan?"Lalu Nabi ﷺ mengatakan "Apakah tidak benda yang menyebabkan seseorang itu tersungkur,merangkak di dalam api neraka banyak disebabkan lidahnya."

    Disebutkan di dalam riwayat yang lain tersungkur dengan dahi dia.Dan juga dengan depan hidung yang mana dia akan merangkak di dalam api neraka menggunakan dahi dan depan hidungnya.

    Oleh sebab itu pentingnya seseorang itu menjaga lidahnya daripada berkata sesuatu yang tidak patut tidak mendatangkan manfaat pada diri mahupun orang lain apatah lagi perkara yang dilarang olehNya.
    Disebutkan juga suatu hari ketika Nabi ﷺ meluangkan masa bersama isteri Baginda Nabi iaitu Saidaitina Shafiyyah Binti Huyyah yang mana dalam keadaan yang agak lama yang mana isteri Baginda Nabi ini seorang yang agak rendah orangnya berbanding dengan Saidaitina Aisyah yang tinggi dan cantik.

    Kemudian apabila Nabi ﷺ menziarahi Saidaitina Aisyah.Ditanya oleh Saidaitina Aisyah kepada Nabi ﷺ."Wahai Rasulullah.Adakah kamu bersama dengan Shafiyyah sambil ketika itu Saidaitina Aisyah membuat isyarat tangan yang membawa maksud "bersama Shafiyyah yang pendek".
    Lalu ditegur oleh Nabi ﷺ."Wahai Aisyah.Jika apa yang kamu cakapkan itu diletakkan di dalam lautan nescaya percakapan kamu itu akan membuatkan lautan itu bertukar menjadi najis."

    Ya Allah dengan hanya satu perkataan yang disebutkan oleh Saidaitina Aisyah yang seperti mempersendakan itu telah dikatakan oleh Rasulullah ﷺ akan menyebabkan lautan yang bersih bertukar menjadi najis.

    Ini pengajaran buat kita semua kerana Nabi ﷺ memberitahu bahawa dengan lidah ini dengan kata-kata kita ini diberikan kebaikan ataupun keburukan.

    Agak-agak bagaimana sekiranya seseorang itu mengatakan perkataan-perkataan yang lebih dahsyat lagi,lebih teruk,membidaahkan orang,mengkafirkan orang lain,menyesatkan orang lain,mengumpat,memfitnah dan sebagainya.

    Sudah pasti ianya akan lebih teruk daripada itu.Oleh itu pentingnya kita menjaga lidah kita semua daripada berkata-kata sesuatu yang tidak patut yang tidak memberikan manfaat pada diri kita dan orang lain.

    Kebaikan Islam seseorang itu adalah ia meninggalkan perkara yang tiada kena mengena dengan diri dia.Perkara yang ada kena mengena dengan diri seseorang itu adalah perkara yang diwajibkan oleh Allah سبحانه وتعالى maka itu ada kena mengena dengan diri seseorang itu.Begitu juga perkara yang diharamkan oleh Allah سبحانه وتعالى itu ada kena mengena dengan dirinya.

    Tapi kalau dia melakukan sesuatu perkara yang tiada kena mengena dengan perkara wajib, meninggalkan perkara yang haram ataupun membuat perkara yang sunnah dan meninggalkan perkara yang makruh maka ini adalah perkara yang tiada kena mengena dengan dirinya.Dan juga jangan kita ini menyibukkan diri kita dengan perkara yang tak ada kena mengena dengan diri kita. Contohnya mengumpat,memfitnah,mengambil tahu perihal orang lain yang tiada kena dengan urusan akhirat dan sebagainya.

    Nabi ﷺ melarang kita daripada

    1)Banyak berkata-kata yakni berkata-kata perkara yang tidak mendatangkan manfaat lebih-lebih lagi dalam urusan akhirat.Dan sifat Nabi ﷺ itu adalah sikit berkata-kata dan berkata apabila perlu yang mendatangkan manfaat.

    2)Banyak bertanya perkara yang tak ada kena mengena dengan diri kita.(Seperti yang disebutkan)

    3)Mensia-siakan harta yang kita perolehi yakni membelanjakan harta pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya,tidak perlu(membazir dan sebagainya)

    Dan berkatalah dalam 3 keadaan ini yang mana perlunya seseorang itu untuk bercakap.

    1)Bercakap untuk mengajak kepada kebaikan,memberikan manfaat pada diri sendiri dan orang lain.

    2)Bercakap untuk mencegah kemungkaran,menghalang daripada berlakunya kemaksiatan dan sebagainya.

    3)Bercakap untuk memperbaiki ataupun mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.
    ‪#‎MutiaraKata‬[SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI]

    Aamiin Allahumma Aamiin
    Wassalamu.
    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP

Tiada ulasan: