Sabtu, 10 Januari 2015

5095. Golongan yang beroleh doa Para Malaikat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.


 C I N T A   D U N I A.

  • Cinta Dunia yang berkesinambungan dengan Cinta Akhirat - In Syaa Allah itulah cinta yang diredhai Allah, dicintai Allah, diberkati Allah serta dirahmati Allah. Urutan Cinta Dunia yang sebeginilah, yang membezakan orang-orang berIman dengan yang sebaliknya. Cinta Dunia yang dikaitkan dengan Cinta Akhirat dapat membendung diri Muslim dari bisikan syaitan laknatullah.

    Orang-orang yang berIman menyedari mengapa dan kenapa dia terlahir di atau ke dunia. Ada kebertanggung-jawaban di situ iaitu mempercayai adanya Allah Yang Maha Esa. Mencintai Allah adalah keutamaan orang-orang yang berIman, supaya mereka tidak lalai dengan serakahan duniawi. Selaras atau selari dengan Firman Allah yang bermaksud: “..Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS. Al 'Imran (3):185).

    Hal ini yang menjadi amalan orang-orang yang berIman dan secara langsung akan membezakan dirinya dengan orang-orang yang tidak berIman dan orang-orang kafir. Orang-orang kafir bertanggapan "Dunia adalah syurga mereka" Hal ini terungkai dengan kita perhalusi Firman Allah yang bermaksud: "“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (QS. al-Kafirun, ayat 1-6)

    Dalam kehidupan dunia, orang-orang yang berIman sering diperingat bahawa sentiasalah memohon keampunan Allah. Detak hati kita ini dalam diam dia jadi nakal, mengusik jiwa nurani kita yang berakal waras, asalnya. Menjaga hati kita, semasa hidup di dunia bukan satu perkara mudah, ditambah lagi dengan bisik dan godaan syaitan laknatullah. Orang-orang yang berIman sentiasa menggalakan dirinya sendiri supaya sering bermohon redha Allah, keberkatan Allah, keizinan Allah, rezeki Allah serta rahmat Allah.

    Rugikah kita sesekali kita lakukan "Belanja" makan orang yang langsung tidak kita kenali, apabila kita singgah di satu warung di sebuah pekan dalam kita bermusafir. Kita belanja tanpa mengira usia, bangsa dan kepercayaan. Apa lagi kalau tamu warong itu orang yang kita kenali. Tidak berkurang tidak atas sikap "Belanja" itu tadi, kerana orang yang berIman percaya apa itu "Rezeki Allah" Perbuatan "Belanja" itu secara tidak langsung atau tanpa sedar adalah satu Dakwah halus Islamiah dari Alam Dunia Menuju Jalan Redha Allah ke Akhirat.

    "Islam bersaudara" tentu kita semua sedar Islam adalah Agama dan kepercayaan yang menitik beratkan persaudaraan. Melihat asasnya sahaja, Islam cukup cantik serta indah "Islam Bersaudara." Allah berfirman yang bermaksud “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (QS. Al Ankabut: 69).

    Untuk itu sama-sama kita semua dengan rasa rendah diri, memperakui Allah Maha Pengampun sebagaimana Firman Allah yang bermaksud: "Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (QS. Al Baqarah: 263). Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (QS. Yusuf: 86).

    Aamiin Allahumma Aamiin.


    Sumber: (My Explorer) 
    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP

Tiada ulasan: