Kisah Lelaki China Yang Hidup Susah Sebelum Begelar Billioanaire
Lelaki ini pernah melalui saat hidup yang susah sejak dari kecil. Lahir 
dalam keluarga sederhana. Antara yang teruk dalam liku hidupnya adalah :
1. Keputusan ujian matematik yang corot semasa di sekolah rendah 
menyebabkan ada sekolah yang tidak mahu menerima beliau sebagai pelajar.
2. Pernah memohon kerja di KFC. Dari 24 calon yang hadir beliau 
satu-satunya yang gagal manakala 23 calon lagi ditawarkan bekerja dengan
 rangkaian restoran makanan segera ni.
3. Pernah menghadiri 30 temuduga. Beliau gagal dalam kesemua temuduga itu dan tidak ditawarkan satu kerja pun.
Halangan yang dilalui tidak pernah mematahkan semangatnya untuk maju. 
Sejak dari umur 12 hingga 20 tahun, beliau sanggup menunggang motor 
selama 40 minit untuk belajar bahasa Inggeris dengan cara bergaul dengan
 pelancong asing.
Kesempatan bergaul dan belajar bahasa Inggeris selama 9 tahun dengan 
pelancong asing banyak mengubah pandangan beliau tentang hidup. Malah 
beliau percaya beliau berfikiran lebih global berbanding penduduk lain 
di negaranya.
Akhirnya beliau memulakan kerjaya pertama beliau sebagai guru Bahasa 
Inggeris. Sewaktu bekerja di US, beliau mendapati tiada satu pun 
informasi berkenaan negaranya di internet. Penemuan ini membawa kepada 
usaha beliau untuk menubuhkan sebuah portal jualan di internet sebaik 
saja beliau kembali semula ke negara beliau.
Dan kini portal jualan kepunyaan beliau sedang giat berusaha untuk 
mengatasi portal jual beli online popular eBay yang berpusat di US. 
Siapakah lelaki ini? Beliau adalah Jack Ma, pengasas AliBaba.com dan 
dikhabarkan kini sebagai jutawan terkaya di China. 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan