Google+ Badge

Khamis, 19 Mac 2015

5202. Malaysia hari kelmarin.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

  • Wednesday, March 18, 2015

    Anwar dan kehakiman Malaysia – Prof Dr Taha al-Elwaniy

    Saya mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir 40 tahun, sejak beliau memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), gerakan belia terpenting di Asia Tenggara.

    Anwar yang saya kenal ketika itu ialah seorang anak muda yang cerdas, lulusan bidang sosiologi, datang dari keluarga Melayu berdarah India.

    Beliau dan organisasi pimpinannya itu banyak mendirikan sekolah rendah dan menengah.

    Beliau memang dibesarkan dan didewasakan dalam dunia pendidikan seterusnya menyertai arus gerakan Islam di rantau Melayu.

    Kerana aktivismenya yang cukup menyerlah beliau menjadi tokoh harapan masa depan arus Islam di dalam dan luar negara.

    Reputasinya sebagai pemimpin muda meluas hingga ke luar daerah persekitarannya. Ketika itulah beliau ditangkap dan seterusnya disumbatkan ke khemah tahanan politik oleh pemerintah Malaysia.

    Selepas pembebasannya, Ismail al-Faruqi Rahimahullah tampil memainkan peranannya sebagai orang tengah antara Anwar dan Tun Dr Mahathir Muhamad yang juga Perdana Menteri ketika itu. Ismail al-Faruqiy menyarankan agar Dr Mahathir memanfaatkan pemikiran dan aktivisme Anwar sebagai seorang yang memiliki segala potensi kepimpinan dan sebagai tokoh berkarisma terutama dalam kalangan anak muda.

    Masa itu ialah era menyemarakkannya fenomena keislaman yang disebut “Islamic resurgence” atau kebangkitan Islam.

    Dengan kepekaan politiknya, Dr Mahathir melihat dengan membawa masuk tokoh muda seperti Anwar Ibrahim – simbol golongan Islam di dunia Melayu dan Asia Tenggara – mungkin akan dapat menyelamatkan Malaysia daripada konflik yang tajam antara golongan nasionalis Melayu (yang berorientasi sekular) dengan golongan Islam.

    Di Malaysia ketika itu sudah wujud parti Islam yang memperjuangkan pelaksanaan syariat dan menjadikan seluruh wilayah Malaysia sebagai wilayah Islam di samping juga wujud simbol Islam dalam negara yang memungkinkan Malaysia terdedah kepada konflik seperti yang berlaku di dunia Arab, iaitu konflik antara golongan Islam dengan golongan nasionalis.

    Di Malaysia pada asasnya tidak wujud perpecahan dalam kalangan kaum Bumiputera yang rata-ratanya adalah ahli Sunah yang menganut mazhab Syafii. Itulah yang menjadi asas perpaduan mereka selain asas kesatuan kebangsaan.

    Dr Mahathir membuat keputusan untuk meyakinkan Anwar agar menyertai parti pemerintah dan seterusnya berkhidmat dalam kerajaan dengan jaminan ruang yang seluas-luasnya akan sentiasa terbuka untuk beliau memanfaatkan kemampuan politiknya.

    Sementara itu, pihak parti Islam (parti yang didominasi ulama) pula menawarkan agar Anwar memimpin parti tersebut.

    Bagaimanapun, Ismail al-Faruqiy berpandangan lebih baik Anwar memainkan peranan kepimpinan dalam parti pemerintah daripada menjadi pemimpin parti pembangkang Islam. Kedua-dua tokoh tersebut akhirnya mencapai kesepakatan.

    Berikutan dengan keputusan tersebut ramai ulama yang mengecam tokoh muda Islam tersebut yang lebih mengutamakan kerjasama dengan golongan sekularis dan menyertai parti mereka daripada menjadi pemimpin parti Islam.

    Tentu sahaja Anwar perlu mempertahankan dirinya. Ketika itulah Ismail al-Faruqi dan teman dari Himpunan Belia Islam Sedunia (Wamy) di Riyadh meminta saya pergi ke Malaysia untuk mencari penyelesaian antara Anwar dan rakan-rakannya dengan penentangnya dari kalangan Islam, yang sebahagiannya bertindak terlalu jauh dan melampau dengan menuduhnya cenderung dan memihak kepada orang zalim, seterusnya mengubah kesetiaannya kepada mereka serta pelbagai tuduhan lainnya lagi.

    Saya pergi ke Malaysia menemui semua pihak pimpinan ulama dan parti Islam mereka, juga belia Islam Malaysia dan pimpinannya. Selama kira-kira 2 minggu saya berada di sana untuk menenangkan keadaan, cuba memelihara perpaduan kaum Muslimin Malaysia dan berusaha mencegah konflik dalam kalangan mereka. Sementara itu, Anwar segera memulakan gerakan politiknya dalam kerangka parti pemerintah dan dalam konteks peranannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

    Oleh itu, daerah ini melintasi era kebangkitan Islam tanpa terjerumus ke dalam konflik antara pendukung kebangkitan dan arus yang bersamanya dengan arus nasionalis-sekularis.

    Anwar tampaknya sangat menghargai usaha yang saya lakukan ketika itu, beliau menyambut kunjungan saya di rumahnya dan di pejabatnya beberapa kali. Selain itu, saya juga menyampaikan siri ceramah di pelbagai tempat hingga keadaan kembali tenang dan selepas itu saya kembali ke Riyadh meneruskan tugas saya sebagai profesor di Universiti al-Imam. Hubungan akrab saya dengan Anwar berterusan hingga sekarang.

    Beliau menghubungi saya setiap kali menghadapi persoalan besar atau ketika menghadapi sebarang pertembungan. Dari masa ke masa Anwar terus mara dan jaya dalam kerjaya politiknya.

    Tidak lama kemudian beliau menjadi menteri penuh (menteri pertanian), selepas itu menjadi menteri pendidikan dan seterusnya menjadi menteri kewangan dan timbalan perdana menteri. Sejak itu, semua orang tahu beliaulah yang akan menggantikan Dr Mahathir nanti.

    Anwar meraih pelbagai penghargaan dan pengiktirafan, termasuk gelaran kebesaran “Datuk Seri” daripada beberapa Sultan yang merupakan gelaran tertinggi bagi mereka yang di luar keluarga diraja.

    Bintangnya terus menyinar dan tampak di mata umum beliau ialah tokoh di belakang pelbagai kejayaan kerajaan Umno waktu itu. Namun, rupa-rupanya prestasi cemerlang Anwar itu pula yang mendorong orang di keliling Dr Mahathir berusaha mempengaruhinya dan menimbulkan rasa tidak senang di hatinya terhadap orang yang selama ini dianggap anak didiknya.

    Mereka berjaya meyakinkan Dr Mahathir kononnya Anwar tidak lagi menganggapnya sebagai bapa yang berjasa memberikannya segala kesempatan mendapatkan kekuasaan.

    Usaha jahat itu mula membuahkan hasilnya. Dalam konteks sedemikian, terbitnya buku “50 dalil” mengapa Anwar tidak wajar dan tidak layak menggantikan Dr Mahathir. Mereka memberitahu Anwar yang buku tersebut tidak mungkin terbit tanpa dukungan Dr Mahathir sendiri.

    Akibatnya hubungan antara kedua-dua tokoh tersebut menjadi tegang dan dari hari ke hari semakin memburuk dan terbuka hingga diketahui umum, pemimpin dan ahli parti. Anwar sendiri tidak menduga krisis tersebut akan sampai ke tahap penyingkirannya.

    Maksudnya, beliau tidak menyangka Dr Mahathir akan bertindak sejauh itu. Tetapi suasana politik dunia ketika itu berubah. Pada 90-an adalah era timbulnya keinginan untuk menekan pemimpin Islam dan menghalang kebangkitan Islam.

    Demikianlah, tiba-tiba kita dikejutkan dengan peristiwa September 1998 apabila Dr Mahathir membuat keputusan bagaikan kudeta ketenteraan, iaitu dengan memecat Anwar daripada semua jawatannya dalam parti dan kerajaan.

    Ketika itulah juga polis masuk ke rumah yang didiami Anwar, iaitu rumah rasmi kerajaan untuk kediaman timbalan perdana menteri. Mereka memintanya dan keluarganya meninggalkan rumah tersebut serta-merta kerana beliau tidak lagi menyandang sebarang jawatan rasmi. Ini adalah kejadian yang mendadak dan keterlaluan.

    Anwar terpaksa membawa keluarganya keluar dari rumah tersebut dan berpindah ke rumah miliknya sendiri. Selepas itu, kerajaan melakukan pelbagai tindakan provokatif dan kejam secara bertubi-tubi sehingga membangkitkan protes rakyat Malaysia, termasuk ramai di kalangan ahli parti pemerintah sendiri.

    Mereka keluar berdemonstrasi di jalan raya dan sering kali berakhir di rumah kediaman Anwar. Di sanalah Anwar, isterinya dan penyokongnya menyambut demonstran dan berpidato kepada mereka.

    Untuk menghadapi protes rakyat tersebut, kerajaan mengambil pelbagai langkah dan tindakan. Yang paling menyedihkan adalah tindakan mahkamah yang tanpa henti berusaha mengkriminalisasikan Anwar dengan bukti rekaan.

    Dari masa ke masa ada sahaja kes mahkamah yang bermotif politik untuk menjerat Anwar yang semuanya direkayasa dengan satu tujuan, iaitu mensabitkan Anwar ialah seorang pelaku seks luar tabii, dan kerananya tidak layak menggantikan Dr Mahathir dan tidak layak memimpin sebarang parti parti politik. Itulah yang terjadi sejak 1998.

    Sekarang kita sudah berada pada 2015, namun kita masih lagi tidak habis dengan proses mahkamah yang ada ketikanya menghukum dan pada ketika yang lain menyokong.

    Sayang sekali, tahun yang memberikan kesempatan kepada rakyat Malaysia memanfaatkan kebolehan dan pengalaman Anwar, khususnya untuk menangani pelbagai masalah di rantau Asia Tenggara, disia-siakan dengan menyibukkan Anwar dan menyibukkan diri mereka sendiri dengan kes dan dakwaan karut dengan segala pembuktian dan kesaksian yang aneh, lucu dan berubah-ubah.

    Yang harus membayar harga segala karut-marut itu ialah Anwar dan rakyat Malaysia serta pemimpin politik daripada pelbagai parti.

    Sesungguhnya saya – sebagai seorang yang sangat mencintai Malaysia dan rakyat Malaysia – terpegun dengan isu ini, lalu saya bertanya kepada beberapa orang Malaysia:

    “Tidakkah anda malu dengan tindakan dan perilaku buruk yang dilakukan ke atas seorang tokoh yang seharusnya ketika ini sudah menjadi pemimpin paling berjaya di Asia Tenggara dan pemimpin Melayu paling cemerlang?”.

    Ada seseorang yang menjawab: “Semua pemimpin kami pernah masuk penjara. Anwar juga tidak terkecuali. Beliau harus melalui masa di penjara”. Anwar dipenjara selama 6 tahun atas tuduhan dan tohmahan yang karut.

    Kita menyangka segala-galanya berakhir dengan pembebasannya. Tetapi rupa-rupanya penguasa hari ini membuka kembali isu lapuk tersebut dan menyebarkan semula fitnah kotor dan jahat itu kerana sebab yang Allah sahaja tahu.

    Sesungguhnya Malaysia pernah dianggap sebagai negara contoh dan model kejayaan, iaitu ketika negara ini di bawah kepimpinan Dr Mahathir-Anwar.

    Kedua-duanya memiliki kekuatan dan keistimewaan tersendiri, yang seorang dengan pengalamannya sementara yang seorang lagi dengan dinamika kemudaannya.

    Tetapi kini, gandingan itu dipecahkan syaitan manusia dan jin. Orang Malaysia yang banyak berbicara tentang sihir, ramai yang apabila berbicara tentang konflik Dr Mahathir-Anwar mengatakan mereka berdua terkena sihir hitam hingga mereka saling membenci.

    Sebenarnya mereka (rakyat Malaysia) tidak mempunyai jawapan atau tafsiran yang meyakinkan tentang apa yang terjadi, selain kekarutan khurafat tersebut. Tidak malukah Malaysia dengan keadaan terus-menerus dalam dongeng sihir hitam dan putih dengan cerita tuduhan palsu, bukti rekaan dan segala kekarutan lainnya itu?

    Andainya saya seorang hakim di Malaysia, pasti saya sudah berhenti daripada perkhidmatan kehakiman, dan pasti saya merasa terhina dan malu besar apabila disebut saya seorang hakim atau pernah menjadi hakim.

    Memang demikianlah, kerana saya menyaksikan keadaan aib dan memalukan itu berlanjutan selama 17 tahun, orang politik dan hakim mahkamah sewenang-wenang memperlakukan isu ini sedemikian rupa.

    Saya ingin berpesan kepada Anwar, mohonlah pertolongan Tuhan dengan memperbanyakkan sabar dan sembahyang, sesungguhnya Allah bersama mereka yang sabar.

    Dan saya ingin berkata kepada Dr Mahathir, takutlah kepada Allah, sesungguhnya jarak antara kamu dengan liang kubur sudah tidak jauh. Umur kamu sudah melewati 80-an.

    Ketahuilah perbuatan mencemarkan maruah dan tuduhan yang berkaitan dengannya, atas alasan apa pun, tidak akan dibiarkan Allah menyentuh orang yang bersih. Bahkan akibat dan balasannya adalah sengsara kehinaan di dunia dan derita penyeksaan di akhirat.

    Marilah kita bertakwa kepada Allah, dan bersama mengangkat perjuangan kita ke aras yang lebih tinggi dan lebih mulia daripada tahap sekarang yang serba cemar, rendah dan murah.

    Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

    Sumber: (atsixty-zakriali.blogspot.com)
    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Berita carqi: Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:08 PTG | Posted in
sumber :-
Pelik bila Ku Li tak faham GST dan Laporan Ekonomi
Posted: 17 Mar 2015 04:25 PM PDT
Agak pelik apabila seorang `backbencher' tidak faham dasar kerajaan dan laporan ekonomi. Ada dua kemungkinan, pertama sama ada dia tidak pergi atau malas mendengar taklimat atau dia tidak memahami langsung kandungan taklimat.

Mustahil seorang Ahli Parlimen BN, tidak memahami kebaikan GST terhadap rakyat dan ekonomi negara. Saya yakin semua Ahli Parlimen BN telah memahaminya kerana mereka bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada rakyat yang memilih mereka di kawasan Parlimen masing-masing. Tidak pelik jika rakyat Gua Musang tidak memahami GST, kedudukan ekonomi negara dan pelbagai dasar lain serta bantuan-bantuan kerajaan di dalam Bajet 2015, jika ahli Parlimen mereka sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah tidak memahaminya.

Dalam satu pertemuan dengan Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noorehsanuddin Mohd Harun Narrashid, saya dapat melihat bahawa bukan sahaja mempunyai kefahaman yang begitu jelas mengenai GST, malah dapat menjelaskan GST dalam bahas yang mudah difahami oleh rakyat kebanyakan. Sudah tentu dasar-dasar kerajaan dan pelbagai isu semasa dapat dijelaskan dengan lebih baik jika BN mempunyai lebih ramai wakil rakyat seperti ini.

Sebagai `backbencher', Ku Li sewajarlahnya memahami tujuan utama pelaksanaan GST adalah untuk menambah baik sistem percukaian negara dengan menggantikan SST yang terlalu banyak kelemahan dan tidak dapat dipertahankan lagi. 

Salah satu ciri utama GST adalah elemen cukai tidak lagi menjadi sebahagian daripada kos sesuatu barangan dan perkhidmatan. Dengan itu, kos barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan rakyat tidak lagi dibebani dengan harga yang lebih tinggi akibat cukai berganda dan bertindih

Ciri GST yang telus pula membolehkan kerajaan mengenal pasti kegiatan mengambil untung yang berlebihan oleh peniaga dan boleh melindungi rakyat dengan lebih mudah melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.  

GST juga lebih adil kepada peniaga yang jujur kerana, tanpa elemen cukai dalam kos, kos pengeluaran peniaga lebih rendah dan ini membolehkan harga barangan dan perkhidmatan mereka menjadi lebih kompetitif.

GST cuma `zalim' kepada peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan. GST mengakibatkan peniaga dalam kategori ini tidak lagi boleh menipu rakyat dengan mengambil keuntungan melampau. GST juga mengakibatkan mereka tidak lagi boleh menipu kerajaan dengan mengelak cukai, menipu pengisytiharan harga barangan yang diimport dan dihasilkan, mengutip cukai tetapi tidak menyerahkan kepada kerajaan dan menjalankan perniagaan-perniagaan haram dan meragukan.
Adakah ia lebih baik kepada ekonomi negara? Ya, kerana apabila peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan tidak lagi dapat mengelakkan cukai, sudah tentu hasil yang dikutip lebih baik berbanding di bawah SST ketika ini. 

Siapakah yang hendak dilindungi oleh Ku Li? Rakyat atau peniaga yang tamak dan menipu ini?

Ku Li juga bercakap seolah-olah ekonomi negara sedang mengalami krisis yang maha hebat. Sekali lagi, amat menghairankan apabila Ahli Parlimen BN sendiri seolah-olah tidak menyedari kewujudan dan tidak membaca laporan ekonomi yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan penilaian oleh IMF baru-baru ini. 

Mungkin Ku Li tidak sedar laporan BNM menyebut:-

1. Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 6.0% pada tahun 2014 (2013: 4.7%), didorong oleh kekuatan yang berterusan dalam permintaan domestik swasta dan disokong oleh peningkatan dalam prestasi perdagangan luar.

2. Kadar pengangguran menurun kepada 2.9%. 

3. Lebihan akaun semasa melebar berbanding tahun sebelumnya manakala tahap rizab antarabangsa kekal tinggi dan lebih daripada mencukupi untuk memenuhi kewajipan jangka pendek dan menyediakan penampan yang mencukupi terhadap kejutan luaran.

4. Jumlah aset BNM berjumlah RM427.6 bilion dengan keuntungan bersih sebanyak RM6.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014. BNM mengisytiharkan dividen sebanyak RM3.0 bilion kepada Kerajaan bagi tahun 2014

Ku Li juga mungkin tidak membaca laporan Lembaga Eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 13 Februari, 2015, yang menyimpulkan Perkara IV Rundingan 1 dengan Malaysia antaranya seperti berikut:-

1. Ekonomi yang pelbagai di Malaysia terus menunjukkan prestasi yang baik pada tahun 2014. Pertumbuhan pesat kepada 5.9 peratus, disokong oleh permintaan domestik swasta yang kukuh dan pemulihan dalam eksport. Kos elektrik yang rendah membantu membendung inflasi kepada 3.1 peratus walaupun selepas penghapusan subsidi bahan api dan kenaikan tarif elektrik. Trend pelaburan kekal meningkat, mencapai 26.8 peratus daripada KDNK pada tahun 2014, didorong oleh keadaan kewangan yang akomodatif dan perbelanjaan awam yang berterusan ke atas infrastruktur. 

2. Penyatuan fiskal adalah tepat pada masanya, dengan kadar yang sesuai, dan kekal di landasan yang betul. Kerajaan baru-baru ini menyemak semula bajet persekutuan yang menyebabkan sedikit perubahan pada siling defisit bajet, kepada 3.2 peratus daripada 3.0 peratus KDNK, dalam tindak balas yang tepat dan pragmatik kepada penurunan harga minyak mentah antarabangsa yang mendadak baru-baru ini. Mereka mengambil tindakan fiskal yang berani pada tahun 2014, meneruskan gerakan beberapa tahun lagi bagi mengurangkan subsidi yang tinggi dan tidak tersasar.

Mengenai soal hutang negara pula, seperti yang telah berulang kali diulas bahawa hutang negara masih berada di dalam keadaan terkawal, iaitu di bawah paras 55% KDNK. Jumlah bayaran khidmat hutang dalam Bajet 2015 kekal stabil pada kadar 9 - 10.3% daripada jumlah hasil pendapatan negara.

Manakala mengenai soal Hutang Domestik, statistik BNM pada tahun 2013 menunjukkan bahawa ia meningkat akibat krisis kewangan global. Sebahagian besar Hutang Domestik ini disumbangkan oleh rakyat Malaysia, terutamanya disebabkan oleh pembelian hartanah (52%), baik untuk kediaman (44%) dan bukan kediaman (8%), pembelian kenderaan (18%), hutang peribadi (17%), pembelian saham (6%), kad kredit (4%) dan lain-lain hutang (3%).
Dalam hal ini bukannya BNM langsung tidak mengambil sebarang langkah untuk mengawalnya. Antara langkah yang diambil oleh BNM adalah dengan mengeluarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang menetapkan kelayakan permohonan pinjaman bank perlu berdasarkan pendapatan bersih dan bukan lagi pendapatan kasar pemohon. BNM juga mengehadkan tempoh pembiayaan pinjaman kenderaan dan pembelian rumah.

Di bawah garis panduan tanggungjawab pembiayaan ini, permohonan pemohon juga dinilai berdasarkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai serta mengambil kira semua tanggungan hutang semasa melibatkan segmen runcit seperti pembiayaan kediaman, kenderaan, kad kredit dan kad caj, pinjaman peribadi termasuk kemudahan overdraf dan pembiayaan bagi pembelian sekuriti kecuali pembiayaan margin saham.

Nampaknya banyak perkara yang tidak diketahui oleh Ku Li dan menjelaskan kenapa Ku Li sudah tidak lagi relevan.

Bagi penulis sendiri, Ku Li bukanlah politikus yang penulis hormati kerana beberapa sebab, antaranya, pertama penulis tidak nampak pencapaiannya yang hebat sebagai Menteri Kewangan suatu ketika dulu, kedua, Skandal BMF berlaku pada zaman Ku Li menjadi Menteri Kewangan, ketiga, dalam melaksanakan agenda Bumiputera, Ku Li tidak setanding Tun Daim Zainuddin yang lebih menonjol dalam melahirkan ramai jutawawan Bumiputera dan mempertingkatkan agenda Bumiputera, keempat, sikap tidak dapat menerima kekalahan (sore loser) dalam pemilihan parti dan perbuatan khianat penyokongnya telah mengakibatkan pendaftaran UMNO dibatalkan, kelima, tindak tanduk dan disiplinnya sebagai wakil rakyat BN dalam isu Wang Minyak Kelantan, penglibatannya dalam video klip `Undilah' dan perbualan twitternya dengan Lim Kit Siang sebelum PRU-13.

Selasa, 17 Mac 2015

5201. Allah Tuhan Yang Melindungi Ghaibah/Aib Hamba-hamba-Nya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  

Musim panas dan kurangnya hujan dewasa ini di Kebanyakan Tempat Di Semenanjung Malaysia. Renungkanlah dan perbetulkan, apa salah yang telah kita dan orang lain di Semenanjung Malaysia telah lakukan. Kisah di bawah mengajak kita bermuhasabah diri kerana Allah. 
  • MENEROPONG DI ZAMAN NABI MUSA - Belajar menyembunyikan aib saudara sesama hamba Allah. 

    Pada zaman Nabi Musa as berlaku satu kemarau yang panjang. Nabi Musa bersama 70000 umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tetapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui Nabi Musa as digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.
    Maka Nabi Musa as pun berbicara dengan Allah., "Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku." Lalu Allah menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

    Sejurus itu bertanya Nabi Musa kepada umatnya, "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat? Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini." Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat ini maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun.

    Lalu dalam diam dia pun berkata berdoa didalam hatinya, lantas memohon agar Allah mengampunkan dosanya dan menyesali segala perbuatan dan dosa-dosanya itu. Tak lama selepas itu, hujan pun mula turun. Nabi Musa kehairanan. Tiada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini, tetapi Allah menurunkan hujan.

    Lalu Nabi Musa bertanya kepada Allah lagi, "Mengapa Engkau menurunkan hujan wahai Allah?" Lalu, ALLAH menjawab kerana telah bertaubat orang tersebut. Nabi Musa bertanya kepada Allah, "Bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya itu? Allah menjawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepadaKu?"

    Banyak yang kita boleh belajar ya!
    1. JAUHI MENCUNGKIL AIB ORANG.
    2. TUTUPLAH KEBURUKAN SAUDARA KITA.
    3. UMAT TERBAIK HANYA CAKAP YANG BAIK SAJA.
    4. DUNIA DIPENUHI KINIi DENGAN BENDA-BENDA YANG NEGATIF, JANGAN DITAMBAH LAGI.

    Buat renungan kita bersama..
    Ber"Blogspot"lah dengan sentiasa mengingat Allah. Menjaga tutur bicara tulisan kerana inilah saksi kita di alam kubur dan alam Akhirat kelak.

    Aamiin Allahumma Aamiin.

    Sumber: (Explorer)

    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Isnin, 16 Mac 2015

5200. Kenyataan Balas Sultan Brunei Terhadap Media Barat Yang Mengancamnya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

  • PANAS..!!!Panas !!!
    'PANAS..!!!Panas !!! 

Kenyataan Balas Sultan Brunei Terhadap Media Barat Yang Mengancamnya

CNN dan media Barat kini sibuk mengancam Brunei sebab perlaksanaan undang-undang Syariah. Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei. Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka.

Dalam negara2 kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan lain2. Ianya di dalam perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu.

Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, islamik, sistem monarki dan kami akan mula mengamalkan undang2 islam, undang2 syariah. Islam berada di dalam perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami.

Kami mungkin menjumpai kelopongan2 dalam undang2 dan sistem keadilan kamu dan kamu mungkin menjumpai kelopongan2 pada kami pula, akan tetapi ini adalah negara kami. sepertimana kamu mengamalkan hak kamu untuk gay dan lain2. Kamu lakukannya untuk dunia ini yang kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi muslim untuk dunia ini dan dunia selepasnya. 

ini adalah negara islam yang mengamalkan undang2 islam. mengapa tidak kamu risaukan anak2 kamu yang ditembak di sekolah2 kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan org2 yg tertuduh, kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunuh diri dan pengguguran yang tinggi dan apa2 yang patut dirisaukan DISANA. banyak agama yang menentang homoseksualiti, ianya bukan sesuatu yang baharu. Saat kamu mendengar bahawa islam dan muslim membuat pendirian dan meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kami memboykot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam. 

Sekali lagi, pergilah kpd kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya beritahu sebelum ini. Tidak salahkah membenarkan senjata2 membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pd AIDS dan kerencatan pada generasi baru?

Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi disini di dalam negara islam sedang kamu tidak pun membuka mata tentang apa yg berlaku di Syria, bosnia, rohingnya, palestin, dan lain2. Ribuan terbunuh disana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang terbunuh disini dibawah undang2 syariah, dan kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan aman. Hukuman mungkin sedikit keras tak bermakna ianya mudah untuk dilaksana. Di sana ada proses2 yang perlu dijalani sebelum boleh disabit bersalah. Kami baik2 saja dengannya, malah gembira.

Petikan tersebut tidak diubah suai -Original speach

Sent from Samsung Mobile'


    CNN dan media Barat kini sibuk mengancam Brunei sebab perlaksanaan undang-undang Syariah. Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei. Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka.

    Dalam negara2 kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan lain2. Ianya di dalam perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu.
    Dalam negara saya, kami mempraktikkan keMelayuan, Islamik, Sistem Monarki dan kami akan mula mengamalkan Undang2 Islam, Undang2 Syariah. Islam berada di dalam Perlembagaan kami, Identiti Negara Kami, Hak kami, Aturan cara hidup kami.

    Kami mungkin menjumpai kelopongan2 dalam undang2 dan sistem keadilan kamu dan kamu mungkin menjumpai kelopongan2 pada kami pula, akan tetapi ini adalah negara kami. Sepertimana kamu mengamalkan hak kamu untuk gay dan lain2. Kamu lakukannya untuk dunia ini yang kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi muslim untuk dunia ini dan dunia selepasnya.

    ini adalah negara islam yang mengamalkan undang2 islam. mengapa tidak kamu risaukan anak2 kamu yang ditembak di sekolah2 kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan org2 yg tertuduh, kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunuh diri dan pengguguran yang tinggi dan apa2 yang patut dirisaukan DISANA. banyak agama yang menentang homoseksualiti, ianya bukan sesuatu yang baharu. Saat kamu mendengar bahawa islam dan muslim membuat pendirian dan meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kami memboykot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam.

    Sekali lagi, pergilah kpd kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya beritahu sebelum ini. Tidak salahkah membenarkan senjata2 membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pd AIDS dan kerencatan pada generasi baru?

    Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi disini di dalam negara islam sedang kamu tidak pun membuka mata tentang apa yg berlaku di Syria, bosnia, rohingnya, palestin, dan lain2. Ribuan terbunuh di sana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang terbunuh disini dibawah undang2 syariah, dan kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan aman. Hukuman mungkin sedikit keras tak bermakna ianya mudah untuk dilaksana. Di sana ada proses2 yang perlu dijalani sebelum boleh disabit bersalah. Kami baik2 saja dengannya, malah gembira.

    Petikan tersebut tidak diubah suai -Original speach
    Sent from Samsung Mobile

    Sumber: (www.facebook.com)
    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

5199. Pengakhiran yang baik "Husnul Khotimah"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  


  • Group: ISLAM Agama Ku.  
    KISAH NYATA" PERISTIWA ANEH SEBUAH JENAZAH" 

    Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (Pengurus Jenazah) kepada saya.. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini: 
            
    Saya terlibat dalam pengurus jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani.. Ada yang meninggal dunia akibat kecelakaan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup.. 


    Inilah pertama saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah.. Sebagai Modin tetap di desa, saya diminta oleh anak Allahyarham mengurus jenazah Bapaknya.. Saya terus pergi ke rumahnya.. Ketika saya tiba sampai ke rumah
    Allahyarham tercium bau jenazah itu sangat busuk.. Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan.. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.. Astaghfirullah.
    Gambar sekadar hiasan. 
    Ketika saya lihat wajah Allahyarham, sekali lagi saya tersentuh, saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam.. Wajahnya seperti tidak mendapat Nur dari ALLAH Subhanahu Wata'ala..

    Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus "Fardu Kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar.. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.. Tetapi selama memandikan mayat itu, kejadian pertama pun terjadi, sekedar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa.. Maka saya pun urut-urut perut almarhum..

    Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.. ALLAH Subhanahu Wata'ala berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya karena pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya.. Hati saya berdebar-debar.. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini..?? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi karena saya mengurut perutnya untuk kali terakhir..

    Tiba-tiba ketentuan ALLAH Subhanahu Wata'ala berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.. Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung).. Allahyarham meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempo yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa..?? Saya lihat wajah anak Allahyarham...


    Mereka seperti terkejut, mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada Bapaknya, kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.. Saya katakan kepada mereka: Inilah ujian ALLAH terhadap kita..!! Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak Allahyarham..

    Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung karena mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah.. Ketika semua anak Allahyarham masuk, saya nasehati mereka..

    Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah Bapak mereka, bukan menguruskan semuanya, tanggung jawab ada pada ahli warisnya.. Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah Bapak mereka itu, bukan hanya iman, hanya bilal, atau guru.. Saya kemudian meminta ijin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.. Takdir ALLAH ketika ditunggingkan mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya.. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan..

    SubhanALLAH suasana menjadi makin panik.. Benar-benar kejadian yang luar biasa sulit diterima akal pikiran manusia biasa.. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil.. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu.. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.. Saya bawa mayat ke dalam kamarnya dan tidak diijinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi..

    Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke kamar dan hendak dikafani, takdir ALLAH jua yang menentukan, ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi ujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki.. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mau menerima mayat tadi..

    Tidak apalah, mungkin saya yang khilaf dikala memotongnya.. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang..  Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan..

    Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada ALLAH : Yaa ALLAH, jangan Kau hinakan jenazah ini Yaa ALLAH, cukuplah sekedar peringatan kepada hamba-MU ini.. Selepas itu saya beri taklimat tentang sholat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan karena tidak ada mobil jenazah/mobil ambulance. Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah..

    Semua sedang terpakai, beberapa tempat tersebut juga tidak punya kereta jenazah lebih dari satu karena kereta yang ada sedang digunakan pula.. Suatu hal yang saya pikir bukan sekedar kebetulan.. Dalam keadaan itu seorang hamba ALLAH muncul menawarkan bantuan.. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis mobil pick-up dari garasi rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba istrinya keluar.. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai: Mas, saya tidak perbolehkan mobil kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengijinkan kita naik mobilnya..

    Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian..!! Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya.. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta ijin saya dalam 10-15 menit membersihkan mobilnya itu..

    Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul mobil tersebut, tapi dalam keadaan basah kuyup. Mobil yang dimaksudkan itu sebenarnya lori.. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar, dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah, cukup tinggal di camping saja akan lebih baik.. Saya tidak mau mereka melihat lagi peristiwa ganjil.. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir ALLAH yang terakhir amat memilukan..

    Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.. ALLAH Subhanahu Wata'ala berkehendak semua atas makhluk ciptaan-NYA berlaku, saat jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.. Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu..?? Sukar untuk saya menjawabnya.. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapak mereka dikemas dalam peti dengan hati-hati.. Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup Na'udzubillah..

    Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat safa'at Nabi.. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.. Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol.. Tapi sungguh mengherankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becek..

    Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.. Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjak tanah itu.. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.. Artinya kubur itu tidak ditimbun hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlobang.. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.. Masya ALLAH, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi..

    Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin..
    Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan..
    Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.

    Setelah saya pulang ke rumah Allahyarham dan mengumpulkan keluarganya.. Saya bertanya kepada istri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya..
    1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim..??
    2. Mendapat harta secara merampas, menipu dan mengambil yang bukan haknya..??
    3. Memakan harta masjid dan anak yatim..??
    4. Menyalahkan gunakan jabatan untuk kepentingan sendiri..??
    5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, shodaqoh atau infaq..??

    Istri Allahyarham tidak dapat memberikan jawabannya.. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nomor telepon rumah.. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak Allahyarham menghubungi saya.. Untuk pengetahuan umum, anak Allahyarham merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristrikan orang Amerika, seorang dapat istri orang Australia dan seorang lagi istrinya orang Jepang..


    Peristiwa ini akan tetap saya ingat, Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan atau isapan jempol..
    Semua kebenaran saya kembalikan kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala pencipta jagad raya ini..
    Kepada semua pembaca, tanyalah diri kita, akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapak kita, anak kita atau kaum keluarga kita..??

    Semoga akhir hidup kita semua Husnul Khatimah, Aamiin.. Yuk Bagikan Artikel ini. Semoga menjadi KEBAIKAN bagi kita semua.. Yaa ALLAH..Mudahkanlah urusan orang yang Membaca status ini.. Dekatkanlah Rezekinya, Sehatkanlah jiwa raganya dan Mudahkanlah jodohnya untuk orang yang nge-Like dan nge-share Status Ini..

    Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin..

    Sumber: (www.facebook.com)


    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Sabtu, 14 Mac 2015

5198. Renungan buat penggemar mee segera.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • 5 Penyakit Yang Boleh Anda Dapat Berpunca Dari Mee Segera - Tranungkite

    Kami akui, siapa mampu menolak maggi kari yang panas-panas kemudian ada pula telur. Itu belum lagi maggi goreng di kedai mamak lagi. Panas ditambah dengan air tangan mamak yang ikhlas bekerja itu, maka jadi lagi sedap maggi yang anda makan.

    Istilah mee segera atau sinonim dengan panggilan maggi di Malaysia merupakan satu makanan alternatif terutamanya kepada golongan pelajar. Maklumlah, duit pinjaman PTPTN sudah digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan universiti, mana cukup mahu beli makanan yang berkhasiat.

    Melalui sedikit research dan juga pembacaan, kami kongsikan serba sedikit perkara yang berkaitan dengan makanan ini.

    1. Masalah Penghadaman
    5 Penyakit Berpunca Dari Mee Segera - VITDAILY20150312_1157
    Mungkin anda rasakan tiada apa-apa yang berlaku sepanjang anda makan mee segera. Namun tahukah anda, mee segera mengambil masa yang agak lama untuk dihadam. Jika anda masih pertikaikan mengenai perkara ini, anda boleh saksikan video di bawah nanti. Jika diambil dengan terlalu kerap, maka ia makan mengakibatkan sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.

    2. Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi
    5 Penyakit Berpunca Dari Mee Segera - VITDAILY20150312_1154
    Kegagalan buah pinggang berfungsi adalah akibat pengambilan sodium di dalam makanan yang terlampau tinggi, lebih dari keperluan badan. Secara mudahnya, sodium inilah yang berfungsi untuk membantu otot dan saraf untuk berfungsi. Namun jika terlebih, ia akan membentuk ketumbuhan di pundi kencing.

    Anda ada rakan-rakan yang sakit buah pinggang kerana makan mee segera?

    3. Pening Kepala & Pedih Ulu Hati
    5 Penyakit Berpunca Dari Mee Segera - VITDAILY20150312_1156
    Semua mungkin tahu mengenai kandungan MSG (monosodium glutamate) yang tinggi di dalam mee segera. MSG berfungsi untuk “menambah rasa” namun dalam masa yang sama ada di kalangan anda yang sebenarnya alergik terhadap bahan ini.

    Mungkin antara sedar atau tidak, anda pernah mengalami perkara sebegini namun tidak menghiraukannya kerana beranggapan ia sebenarnya adalah perkara biasa.

    4. Melemahkan Fungsi Ketahanan Badan
    5 Penyakit Berpunca Dari Mee Segera - VITDAILY20150312_1155
    Anda pernah jumpa orang yang makan mee segera yang sentiasa cergas? Kebanyakan bahan perasa di dalam mee segera adalah tidak sihat dan apabila badan tidak mendapatkan nutrisi yang cukup maka ia akan melemahkan sistem ketahanan badan. Kami sediakan bahan bacaan tambahan pada sumber di bawah.

    5. Tekanan Darah Tinggi
    5 Penyakit Berpunca Dari Mee Segera - VITDAILY20150312_1159
    Apa lagi yang anda mahu jangkakan jika imbangan diet dan kandungan perasa mee segera yang menjangkaui apa yang badan anda perlukan.

    Maka ia akan membawa kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan kagagalan badan berfungsi dengan baik. Antara perkara yang anda mungkin dapat jika meneruskan makan mee segera secara berterusan ialah kolestrol tinggi, diabete dan juga penyakit jantung.

    Bukanlah kami menghalang anda untuk makan terus. Kebanyakan penyakit yang ada kebiasaannya akan menjadi leboh teruk jika pengambilan mee segera adalah berterusan. Apa-apa pun, kita mempunyai alternatif untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat demi kepentingan kesihatan masa panjang.


    Sumber: (gigitankerengga.blogspot.com)
    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

5197. Bila Islam dipisahkan dari politik. Kesan dan akibat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين







  • ISLAM teratas dalam segala segi tindak tanduk manusia bernama MUSLIM.

    Malang bila seorang Muslim berpolitik atau cuit-cuit politik, mengenepikan ISLAM sebagai teras hidupnya.

    Akibatnya bila berpidato, bila berblog, bila menghujahkan pendapat sama ada secara lisan atau bertulis, terhemburlah kata nesta, maki hamun, hina menghina, mewar-warkan ghaibah/aib serta bersubahat dengan hal yang sedemikian rupa. Nauzubillah.

    Itulah yang diinginkan terjadi oleh pengasas demokrasi. Pokok penting demokrasi ialah Agama (Islam) tidak boleh dicampur adukan dengan politik. Akhirnya itulah yang terjadi manusia semakin rakus dengan politik kerana tidak pernah memikirkan (Agaknyalah) Mahkamah Allah. Tulisan-tulisan, aksi serta tanda lucah ahli politik dan kata-kata kesat, itulah bakan menjadi saksi di alam kubur dan di Alam Akhirat kelak. Astagfirullah.

    ***

    Bekas duta: Obama terpedaya janji PM


    Sebab sebenar di sebalik sikap berlembut Barack Obama terhadap Malaysia adalah kerana presiden Amerika Syarikat itu percaya bulat-bulat dengan kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata bekas duta, John Malott.

    "Obama percaya dengan perkara yang diberitahu Najib kepadanya. Beliau terpedaya dengan kata-kata Najib.

    "Beliau benar-benar percaya yang Najib mahu mereformasikan negaranya tetapi ia dihalang oleh elemen konservatif di dalam partinya," tulis Malott (kiri) dalam ulasan yang disiar Asia Sentinel semalam.

    Menurut Malott, mereka yang arif dengan perkara tersebut mendedahkan bahawa Obama enggan menekan Najib dalam isu hak asasi manusia dan demokrasi termasuklah sewaktu kunjungannya ke Malaysia pada April tahun lepas.

    Ini kerana, kata Malott lagi, Obama bimbang tekanan itu akan menjadikan pendekatan Najib dalam dua isu tersebut bertambah keras.

    Tambahnya, atas sebab yang sama jugalah kecaman Amerika Syarikat ke atas pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya disalurkan melalui pegawai pertengahan.

    Kata Malott, pegawai-pegawai Amerika Syarikat memberitahunya yang Obama "menyenangi" Najib dan presiden Amerika itu gembira meluangkan masa bertemu dan berbual dengan Najib.

    Jelasnya lagi, akhbar New York Times melakukan pemerhatian tepat apabila menyifatkan perlawanan persahabatan golf Obama dan Najib di Hawaii pada Disember tahun lalu sebagai istimewa.

    Jarang-jarang sekali pemimpin dunia lain menikmati tahap hubungan sedemikian rupa dengan presiden US, katanya.
    Malaysiakini.

    Link: (atsixty-zakriali.blogspot.com)
    ***

    SEBELUM TUN MAHATHIR MOHON KERAJAAN SEKARANG DISIASAT, ADALAH LEBIH AFDAL MOHON KERAJAAN SIASAT DULU SEGALA PERTUDUHAN YANG DILEMPARKAN TERHADAP PEMERINTAHANNYA SELAMA 22 TAHUN????

    Mantan  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam telah mengisytiharkan perang terbuka terhadap kerajaan UMNO/BN Malaysia pimpinan Dato' Seri Najib Razak menerusi penulisan di laman blognya,  chedet.cc, dengan pelbagai serangan terutamanya 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak.

    Oleh kerana beliau berasa ia tidak mengapa dan menjadi kesalahan  untuk bertanya banyak soalan berdasarkan apa yang orang lain yang memperkatakan sebagai urusan yang penuh dengan keraguan oleh 1MDB dan Najib, mungkin sudah tiba masanya untuk dia juga menjawab begitu banyak tuntutan rasuah dibuat terhadapnya.


    Dr M harus bermula dengan membalas salah satu pengkritik beliau - pengurus dana antarabangsa George Soros - yang mengariskan senarai yang sangat panjang salah laku bekas PM itu dalam artikel yang disiarkan dalam The Bangkok Post pada tahun 2012.


    Soros telah memberikan alasan dan hujah yang amat jelas dan terang terhadap Dr M... antaranya:-


    “Your 3 sons are worth US$8 billion. Where do they get this money? Of course, corruption.

    “You are known as the Marcos of Malaysia, having enriched yourself to the tune of billions.

    “You have more foolishness than most people would believe. Billions are used to build two high rise Petronas buildings that benefit nobody. They now stand tall, a symbol of stupidity and irresponsibility.

    “What is this reclamation of 10 islands off Kedah? Totally absurd and stupid. Of course, your benefit is 20%.”

    “And the bridge across from Malacca to Sumatra across international waters? Why not build a bridge to the moon? I am sure you still can get your 20%.

    “You called me a moron. How can a moron make so much money? By allowing short-selling and borrowing millions of shares from your banks, we fund managers made millions out of your inexperience and poor regulations.

    “You lose all Malaysians’ money, therefore you are the moron.”


    Dan kemudiannya Barry Wain, bekas editor Asian Wall Street Journal dan Penulis di Institut Kajian Asia Tenggara di Singapura.


    Wartawan Australia, yang telah menetap di Asia selama lebih 40 tahun itu , telah menulis di dalam buku beliau pada tahun 2009,  "Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", bahawa Dr M telah membazirkan RM100 bilion sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri.


    Wain menulis bahawa sebahagian besar daripada penipuan, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harga timah antarabangsa dan perjudian oleh Bank Negara dalam pasaran mata wang global, berlaku pada 1980-an.


    Wain juga menulis bahawa Dr M menggunakan dana rahsia dengan hasrat untuk menjadikan parti UMNO sebuah konglomerat raksasa dengan pelaburan yang menjangkau hampir keseluruhan ekonomi negara.

    Semua ini adalah tuduhan yang serius yang perlu dijawab oleh Dr M, yang setakat ini hanya menolak mereka dengan penafian kosong.

    Sejak beliau menjangkakan pentadbiran sekarang perlu dilihat bersih dengan jawapan terperinci untuk apa yang terjadi dengan 1MDB ... Soalan bernilai 1 billion ringgit ... Adakah Dr M amat bersedia bersedia untuk diperlakukan perkara yang sama bagi tuduhan masih belum jelas terhadap dirinya?

    Jika bersungguh dan bersedia apa kata dirinya membuat pengistiharan agar kerajaan tubuh suatu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat segala bentuk tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya selama beliau memerintah negara selama 22 tahun sehingga menerima pelbagai jolokan seperti Mahazalim dan Mahafiraun oleh para pengkritiknya.

    Tunjukan suatu teladan yang boleh rakyat rasa kesungguhan berniat kononnya mau kerajaan yang melakukan penyelewengan dihukum.

    Jadikan slogan "KEPIMPINAN MELALUI TELADAN" yang pernah menjadi salah satu dari puluhan slogan semasa pemerintahannya menjadi realiti dan di pratikkan.

    Beranikah Tun M sambut akan cabaran ini???????? (
    omakkau.blogspot.com)

    ***

    Gambar sebahagian dari 11 ribu tahanan yang diseksa sehingga mati oleh regim Assad 

    (gigitankerengga.blogspot.com)

    ***

    Mahathir Buat Kejutan Lagi..


    Skandal 1MDB Benar.. Ini Buktinya? Blog popular Tun Dr Mahathir Mohamad kini tidak boleh diakses, beberapa jam selepas beliau menulis mengenai perlunya siasatan dan audit forensik dijalankan terhadap syarikat yang sarat menanggung hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).




    Blognya, chedet.cc kini tertera kod 403 yang lazimnya bermakna tidak dibenarkan memasuki pelayan web.



    Di laman utama turut tertera 'akaun ini digantung'.



    Dr Mahathir menjadi antara yang lantang mengkritik 1MDB dan mendesak siasatan penuh polis dilakukan terhadap syarikat dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan itu.



    Putrajaya pada minggu ini mengesahkan memberi RM950 juta dalam bentuk 'standby credit' kepada syarikat pelaburan strategik negara itu untuk menyelesaikan hutangnya yang mencecah RM42 bilion.



    Difahamkan akaun itu tidak boleh diakses sejak 4.30 petang tadi.



    Tahun lalu, Facebook dilaporkan menghalang blog chedet.cc milik Dr Mahathir, dipercayai berikutan kritikan hebatnya terhadap Yahudi dalam satu daripada postingnya.   

    Skandal 1MDB Benar.. Ini Buktinya? Sementara itu Star Online hari ini melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan ia ada kena mengena dengan laman web itu dinafikan akses.



    Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman berkata: Setahu saya, kami tidak ada kena mengena dengan perkara ini. Saya cadangkan anda periksa dengan pemilik blog mengapa laman sesawang itu tidak boleh dibuka.”



    Kiriman terakhir Dr Mahathir tulis hari ini ialah mengenai perlunya siasatan forensik polis dijalankan atas tuduhan terhadap 1MDB dan mereka yang terbabit dengannya.



    Dr Mahathir berkata “sekadar audit saja” tidak cukup dan jika tiada tindakan diambil, sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional akan merosot. Blog chedet.cc milik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini tidak boleh diakses.






    Kiriman itu, teksnya disalin semula, dan kini dikongsi di laman akaun Facebook atas namaSaya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad". Setakat ini, kiriman itu menerima 800 ‘likes’ dan dikongsi lebih 700 kali.



    Akaun Facebook yang sama juga dalam satu kiriman lain tidak lama selepas itu berkata blog Dr Mahathir digantung.



    "Tiba-tiba chedet.cc tak boleh buka…ada yang panas ke?"



    Post mengenai penggantungan blog berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook lain.



    “Mereka boleh gantung ikut suka mereka, tetapi sekarang dunia digital. Pasti ada rekod di mana-mana,” kata seorang pengguna.



    "1MDB ni kes mahkamah ke?kalu bkn nape suspended blog tu...mana kebebasan bersuara," kata seorang lagi pengguna, sementara ada juga mempersoalkan jika bekas perdana menteri itu kini jadi alat pihak pembangkang untuk mengkritik Putrajaya.



    Kira-kira bermula jam 7 malam tadi, blog chedet.cc sudah boleh diakses semula secara sekali-sekala. (Addin) - (atsixty-zakriali.blogspot.com)
    ***

    SAYA TIDAK AKAN LINDUNGI SEBARANG KESALAHAN, DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG AKAN TETAP DI PERTAHANKAN TEGAS NAJIB.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak akan melindungi sebarang kesalahan dan tindakan yang dikenakan mengikut undang-undang.

    Bercakap ketika merasmikan Konvensyen UMNO Kedah selama dua hari, bermula hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, kedaulatan undang-undang akan dipertahankan.

    “Saya sebagai Perdana Menteri dan presiden parti, akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk parti dan negara.

    “Jikalau ada permasalahan, sama-sama kita tangani. Jikalau ada isu-isu, sama-sama kita tanganinya. Kalau perlu, kita buat secara telus, kita buat cara telus.

    “Kalau ada apa-apa kesalahan, kita tidak akan lindungi, kita betulkan, kita ambil tindakan ikut undang-undang. Kedaulatan undang-undang kita mesti pertahankan,” katanya pada majlis perasmian itu yang turut dihadiri Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

    Konvensyen UMNO Kedah itu dihadiri perwakilan daripada kesemua 15 UMNO Bahagian di negeri itu.

    Mengenai cadangan kerajaan negeri Kedah berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Najib berkata, kerajaan pusat terlebih dahulu perlu menunggu kajian dan laporan mengenainya yang sedang disiapkan ketika ini.

    “Kita tunggu report (laporan) dulu, belum siap lagi reportnya. Ia akan dibentangkan kepada menteri dan kabinet, mudah-mudahan hasrat dan niat itu, Tuhan akan makbulkannya,” katanya.

    Untuk rekod, kerajaan negeri Kedah bercadang membina KXP bernilai RM1.6 bilion, bagi merangsang ekonomi di utara tanah air itu.

    Sementara itu, Perdana Menteri turut memberi reaksi terhadap permintaan kerajaan negeri, supaya kerajaan pusat menukar pinjaman yang dibuat Kedah sebelum ini, kepada geran.

    “Saya kena tengok secara keseluruhannya, kalau hendak hapuskan loan (pinjaman), saya kena tengok keseluruhannya. Mana yang mampu, insya-Allah saya akan terus membantu Kedah,” kata Najib.

    Najib juga dilihat tidak akan bertolenrasi dgn sesiapa pun jika terdapat penyelewengan berlaku dalam mana-mana agensi kerajaan.

    Buktinya apabila beliau sendiri mengarahkan Ketua Audit Negara menyiasat akaun 1MDB dalam kadar segera.

    Begitu juga dengan Felda yang kini sedang disiasat SPRM. Penyiasatan SPRM terhadap Felda membuatkan Isa Samad seperti cacing kepanasan. Kerana ianya turut melibatkan anak lelaki beliau. Difahamkan Isa berang apabila Najib tidak melayan permintaannya agar SPRM tutup mata.

    Kini Isa cuba mengambil kesempatan menumpang sekaki serangan terhadap Najib bersama-sama pembangkang dan Tun Mahathir. Dikatakan Isa telah mengarahkan pegawai beliau, Zahid Mat Arip untuk memulakan serangan terhadap Najib dan Rosmah.

    Kini sudah pun menjadi (rahsia) umum yang Zahid Mat Arip telah pun memulakan kerja memburuk-memburukan  PM dan isteri. (omakkau.blogspot.com
    ***

    Usul kecam presiden Majlis Peguam gagal

    Usul untuk mengecam Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dalam perhimpunan agung tahunan (AGM) badan itu oleh sekumpulan peguam 100 peguam, yang digelar G100, gagal.

    Usaha itu hanya disokong oleh 161 peguam berbanding jumlah besar 1,194 yang menentangnya.

    Usul itu bertujuan menggesa Leong menarik balik kenyataannya dan meminta maaf berhubung ulasannya terhadap sabitan kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Perbahasan usul itu mengambil masa kira-kira 2 jam, termasuk penjelasan Leong sendiri.

    Seorang peguam yang enggan namanya disebut berkata Leong tegas enggan memohon maaf.

    “Leong berkata beliau tidak akan memohon maaf terhadap salah faham pengkritiknya.

    “Kenyataannya tidak pernah menyerang kehakiman seperti apa difikirkan oleh G100,” katanya.

    AGM Majlis Peguam berlangsung tertutup dan hanya untuk peguam sahaja.

    Kira-kira 100 peguam pada 21 Februari mendesak Leong menarik balik kenyataan dan memohon maaf terbuka berhubung sabitan kes Liwat II.

    Rungutan ahli-ahli berkenaan berhubung kenyataan Leong bertarikh 11 Februari, sehari selepas Anwar disabitkan.

    Leong, dalam kenyataan itu berkata Anwar "dianiaya" dan bukannya "didakwa". (atsixty-zakriali.blogspot.com)


    My Dashboard. 
    Tiada Tuhan Yang Wajib Disembah melainkan Allah






    Blogger
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test