Khamis, 19 Mac 2015

5202. Malaysia hari kelmarin.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

  • Wednesday, March 18, 2015

    Anwar dan kehakiman Malaysia – Prof Dr Taha al-Elwaniy

    Saya mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir 40 tahun, sejak beliau memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), gerakan belia terpenting di Asia Tenggara.

    Anwar yang saya kenal ketika itu ialah seorang anak muda yang cerdas, lulusan bidang sosiologi, datang dari keluarga Melayu berdarah India.

    Beliau dan organisasi pimpinannya itu banyak mendirikan sekolah rendah dan menengah.

    Beliau memang dibesarkan dan didewasakan dalam dunia pendidikan seterusnya menyertai arus gerakan Islam di rantau Melayu.

    Kerana aktivismenya yang cukup menyerlah beliau menjadi tokoh harapan masa depan arus Islam di dalam dan luar negara.

    Reputasinya sebagai pemimpin muda meluas hingga ke luar daerah persekitarannya. Ketika itulah beliau ditangkap dan seterusnya disumbatkan ke khemah tahanan politik oleh pemerintah Malaysia.

    Selepas pembebasannya, Ismail al-Faruqi Rahimahullah tampil memainkan peranannya sebagai orang tengah antara Anwar dan Tun Dr Mahathir Muhamad yang juga Perdana Menteri ketika itu. Ismail al-Faruqiy menyarankan agar Dr Mahathir memanfaatkan pemikiran dan aktivisme Anwar sebagai seorang yang memiliki segala potensi kepimpinan dan sebagai tokoh berkarisma terutama dalam kalangan anak muda.

    Masa itu ialah era menyemarakkannya fenomena keislaman yang disebut “Islamic resurgence” atau kebangkitan Islam.

    Dengan kepekaan politiknya, Dr Mahathir melihat dengan membawa masuk tokoh muda seperti Anwar Ibrahim – simbol golongan Islam di dunia Melayu dan Asia Tenggara – mungkin akan dapat menyelamatkan Malaysia daripada konflik yang tajam antara golongan nasionalis Melayu (yang berorientasi sekular) dengan golongan Islam.

    Di Malaysia ketika itu sudah wujud parti Islam yang memperjuangkan pelaksanaan syariat dan menjadikan seluruh wilayah Malaysia sebagai wilayah Islam di samping juga wujud simbol Islam dalam negara yang memungkinkan Malaysia terdedah kepada konflik seperti yang berlaku di dunia Arab, iaitu konflik antara golongan Islam dengan golongan nasionalis.

    Di Malaysia pada asasnya tidak wujud perpecahan dalam kalangan kaum Bumiputera yang rata-ratanya adalah ahli Sunah yang menganut mazhab Syafii. Itulah yang menjadi asas perpaduan mereka selain asas kesatuan kebangsaan.

    Dr Mahathir membuat keputusan untuk meyakinkan Anwar agar menyertai parti pemerintah dan seterusnya berkhidmat dalam kerajaan dengan jaminan ruang yang seluas-luasnya akan sentiasa terbuka untuk beliau memanfaatkan kemampuan politiknya.

    Sementara itu, pihak parti Islam (parti yang didominasi ulama) pula menawarkan agar Anwar memimpin parti tersebut.

    Bagaimanapun, Ismail al-Faruqiy berpandangan lebih baik Anwar memainkan peranan kepimpinan dalam parti pemerintah daripada menjadi pemimpin parti pembangkang Islam. Kedua-dua tokoh tersebut akhirnya mencapai kesepakatan.

    Berikutan dengan keputusan tersebut ramai ulama yang mengecam tokoh muda Islam tersebut yang lebih mengutamakan kerjasama dengan golongan sekularis dan menyertai parti mereka daripada menjadi pemimpin parti Islam.

    Tentu sahaja Anwar perlu mempertahankan dirinya. Ketika itulah Ismail al-Faruqi dan teman dari Himpunan Belia Islam Sedunia (Wamy) di Riyadh meminta saya pergi ke Malaysia untuk mencari penyelesaian antara Anwar dan rakan-rakannya dengan penentangnya dari kalangan Islam, yang sebahagiannya bertindak terlalu jauh dan melampau dengan menuduhnya cenderung dan memihak kepada orang zalim, seterusnya mengubah kesetiaannya kepada mereka serta pelbagai tuduhan lainnya lagi.

    Saya pergi ke Malaysia menemui semua pihak pimpinan ulama dan parti Islam mereka, juga belia Islam Malaysia dan pimpinannya. Selama kira-kira 2 minggu saya berada di sana untuk menenangkan keadaan, cuba memelihara perpaduan kaum Muslimin Malaysia dan berusaha mencegah konflik dalam kalangan mereka. Sementara itu, Anwar segera memulakan gerakan politiknya dalam kerangka parti pemerintah dan dalam konteks peranannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

    Oleh itu, daerah ini melintasi era kebangkitan Islam tanpa terjerumus ke dalam konflik antara pendukung kebangkitan dan arus yang bersamanya dengan arus nasionalis-sekularis.

    Anwar tampaknya sangat menghargai usaha yang saya lakukan ketika itu, beliau menyambut kunjungan saya di rumahnya dan di pejabatnya beberapa kali. Selain itu, saya juga menyampaikan siri ceramah di pelbagai tempat hingga keadaan kembali tenang dan selepas itu saya kembali ke Riyadh meneruskan tugas saya sebagai profesor di Universiti al-Imam. Hubungan akrab saya dengan Anwar berterusan hingga sekarang.

    Beliau menghubungi saya setiap kali menghadapi persoalan besar atau ketika menghadapi sebarang pertembungan. Dari masa ke masa Anwar terus mara dan jaya dalam kerjaya politiknya.

    Tidak lama kemudian beliau menjadi menteri penuh (menteri pertanian), selepas itu menjadi menteri pendidikan dan seterusnya menjadi menteri kewangan dan timbalan perdana menteri. Sejak itu, semua orang tahu beliaulah yang akan menggantikan Dr Mahathir nanti.

    Anwar meraih pelbagai penghargaan dan pengiktirafan, termasuk gelaran kebesaran “Datuk Seri” daripada beberapa Sultan yang merupakan gelaran tertinggi bagi mereka yang di luar keluarga diraja.

    Bintangnya terus menyinar dan tampak di mata umum beliau ialah tokoh di belakang pelbagai kejayaan kerajaan Umno waktu itu. Namun, rupa-rupanya prestasi cemerlang Anwar itu pula yang mendorong orang di keliling Dr Mahathir berusaha mempengaruhinya dan menimbulkan rasa tidak senang di hatinya terhadap orang yang selama ini dianggap anak didiknya.

    Mereka berjaya meyakinkan Dr Mahathir kononnya Anwar tidak lagi menganggapnya sebagai bapa yang berjasa memberikannya segala kesempatan mendapatkan kekuasaan.

    Usaha jahat itu mula membuahkan hasilnya. Dalam konteks sedemikian, terbitnya buku “50 dalil” mengapa Anwar tidak wajar dan tidak layak menggantikan Dr Mahathir. Mereka memberitahu Anwar yang buku tersebut tidak mungkin terbit tanpa dukungan Dr Mahathir sendiri.

    Akibatnya hubungan antara kedua-dua tokoh tersebut menjadi tegang dan dari hari ke hari semakin memburuk dan terbuka hingga diketahui umum, pemimpin dan ahli parti. Anwar sendiri tidak menduga krisis tersebut akan sampai ke tahap penyingkirannya.

    Maksudnya, beliau tidak menyangka Dr Mahathir akan bertindak sejauh itu. Tetapi suasana politik dunia ketika itu berubah. Pada 90-an adalah era timbulnya keinginan untuk menekan pemimpin Islam dan menghalang kebangkitan Islam.

    Demikianlah, tiba-tiba kita dikejutkan dengan peristiwa September 1998 apabila Dr Mahathir membuat keputusan bagaikan kudeta ketenteraan, iaitu dengan memecat Anwar daripada semua jawatannya dalam parti dan kerajaan.

    Ketika itulah juga polis masuk ke rumah yang didiami Anwar, iaitu rumah rasmi kerajaan untuk kediaman timbalan perdana menteri. Mereka memintanya dan keluarganya meninggalkan rumah tersebut serta-merta kerana beliau tidak lagi menyandang sebarang jawatan rasmi. Ini adalah kejadian yang mendadak dan keterlaluan.

    Anwar terpaksa membawa keluarganya keluar dari rumah tersebut dan berpindah ke rumah miliknya sendiri. Selepas itu, kerajaan melakukan pelbagai tindakan provokatif dan kejam secara bertubi-tubi sehingga membangkitkan protes rakyat Malaysia, termasuk ramai di kalangan ahli parti pemerintah sendiri.

    Mereka keluar berdemonstrasi di jalan raya dan sering kali berakhir di rumah kediaman Anwar. Di sanalah Anwar, isterinya dan penyokongnya menyambut demonstran dan berpidato kepada mereka.

    Untuk menghadapi protes rakyat tersebut, kerajaan mengambil pelbagai langkah dan tindakan. Yang paling menyedihkan adalah tindakan mahkamah yang tanpa henti berusaha mengkriminalisasikan Anwar dengan bukti rekaan.

    Dari masa ke masa ada sahaja kes mahkamah yang bermotif politik untuk menjerat Anwar yang semuanya direkayasa dengan satu tujuan, iaitu mensabitkan Anwar ialah seorang pelaku seks luar tabii, dan kerananya tidak layak menggantikan Dr Mahathir dan tidak layak memimpin sebarang parti parti politik. Itulah yang terjadi sejak 1998.

    Sekarang kita sudah berada pada 2015, namun kita masih lagi tidak habis dengan proses mahkamah yang ada ketikanya menghukum dan pada ketika yang lain menyokong.

    Sayang sekali, tahun yang memberikan kesempatan kepada rakyat Malaysia memanfaatkan kebolehan dan pengalaman Anwar, khususnya untuk menangani pelbagai masalah di rantau Asia Tenggara, disia-siakan dengan menyibukkan Anwar dan menyibukkan diri mereka sendiri dengan kes dan dakwaan karut dengan segala pembuktian dan kesaksian yang aneh, lucu dan berubah-ubah.

    Yang harus membayar harga segala karut-marut itu ialah Anwar dan rakyat Malaysia serta pemimpin politik daripada pelbagai parti.

    Sesungguhnya saya – sebagai seorang yang sangat mencintai Malaysia dan rakyat Malaysia – terpegun dengan isu ini, lalu saya bertanya kepada beberapa orang Malaysia:

    “Tidakkah anda malu dengan tindakan dan perilaku buruk yang dilakukan ke atas seorang tokoh yang seharusnya ketika ini sudah menjadi pemimpin paling berjaya di Asia Tenggara dan pemimpin Melayu paling cemerlang?”.

    Ada seseorang yang menjawab: “Semua pemimpin kami pernah masuk penjara. Anwar juga tidak terkecuali. Beliau harus melalui masa di penjara”. Anwar dipenjara selama 6 tahun atas tuduhan dan tohmahan yang karut.

    Kita menyangka segala-galanya berakhir dengan pembebasannya. Tetapi rupa-rupanya penguasa hari ini membuka kembali isu lapuk tersebut dan menyebarkan semula fitnah kotor dan jahat itu kerana sebab yang Allah sahaja tahu.

    Sesungguhnya Malaysia pernah dianggap sebagai negara contoh dan model kejayaan, iaitu ketika negara ini di bawah kepimpinan Dr Mahathir-Anwar.

    Kedua-duanya memiliki kekuatan dan keistimewaan tersendiri, yang seorang dengan pengalamannya sementara yang seorang lagi dengan dinamika kemudaannya.

    Tetapi kini, gandingan itu dipecahkan syaitan manusia dan jin. Orang Malaysia yang banyak berbicara tentang sihir, ramai yang apabila berbicara tentang konflik Dr Mahathir-Anwar mengatakan mereka berdua terkena sihir hitam hingga mereka saling membenci.

    Sebenarnya mereka (rakyat Malaysia) tidak mempunyai jawapan atau tafsiran yang meyakinkan tentang apa yang terjadi, selain kekarutan khurafat tersebut. Tidak malukah Malaysia dengan keadaan terus-menerus dalam dongeng sihir hitam dan putih dengan cerita tuduhan palsu, bukti rekaan dan segala kekarutan lainnya itu?

    Andainya saya seorang hakim di Malaysia, pasti saya sudah berhenti daripada perkhidmatan kehakiman, dan pasti saya merasa terhina dan malu besar apabila disebut saya seorang hakim atau pernah menjadi hakim.

    Memang demikianlah, kerana saya menyaksikan keadaan aib dan memalukan itu berlanjutan selama 17 tahun, orang politik dan hakim mahkamah sewenang-wenang memperlakukan isu ini sedemikian rupa.

    Saya ingin berpesan kepada Anwar, mohonlah pertolongan Tuhan dengan memperbanyakkan sabar dan sembahyang, sesungguhnya Allah bersama mereka yang sabar.

    Dan saya ingin berkata kepada Dr Mahathir, takutlah kepada Allah, sesungguhnya jarak antara kamu dengan liang kubur sudah tidak jauh. Umur kamu sudah melewati 80-an.

    Ketahuilah perbuatan mencemarkan maruah dan tuduhan yang berkaitan dengannya, atas alasan apa pun, tidak akan dibiarkan Allah menyentuh orang yang bersih. Bahkan akibat dan balasannya adalah sengsara kehinaan di dunia dan derita penyeksaan di akhirat.

    Marilah kita bertakwa kepada Allah, dan bersama mengangkat perjuangan kita ke aras yang lebih tinggi dan lebih mulia daripada tahap sekarang yang serba cemar, rendah dan murah.

    Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

    Sumber: (atsixty-zakriali.blogspot.com)
    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Berita carqi: Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:08 PTG | Posted in
sumber :-
Pelik bila Ku Li tak faham GST dan Laporan Ekonomi
Posted: 17 Mar 2015 04:25 PM PDT
Agak pelik apabila seorang `backbencher' tidak faham dasar kerajaan dan laporan ekonomi. Ada dua kemungkinan, pertama sama ada dia tidak pergi atau malas mendengar taklimat atau dia tidak memahami langsung kandungan taklimat.

Mustahil seorang Ahli Parlimen BN, tidak memahami kebaikan GST terhadap rakyat dan ekonomi negara. Saya yakin semua Ahli Parlimen BN telah memahaminya kerana mereka bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada rakyat yang memilih mereka di kawasan Parlimen masing-masing. Tidak pelik jika rakyat Gua Musang tidak memahami GST, kedudukan ekonomi negara dan pelbagai dasar lain serta bantuan-bantuan kerajaan di dalam Bajet 2015, jika ahli Parlimen mereka sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah tidak memahaminya.

Dalam satu pertemuan dengan Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noorehsanuddin Mohd Harun Narrashid, saya dapat melihat bahawa bukan sahaja mempunyai kefahaman yang begitu jelas mengenai GST, malah dapat menjelaskan GST dalam bahas yang mudah difahami oleh rakyat kebanyakan. Sudah tentu dasar-dasar kerajaan dan pelbagai isu semasa dapat dijelaskan dengan lebih baik jika BN mempunyai lebih ramai wakil rakyat seperti ini.

Sebagai `backbencher', Ku Li sewajarlahnya memahami tujuan utama pelaksanaan GST adalah untuk menambah baik sistem percukaian negara dengan menggantikan SST yang terlalu banyak kelemahan dan tidak dapat dipertahankan lagi. 

Salah satu ciri utama GST adalah elemen cukai tidak lagi menjadi sebahagian daripada kos sesuatu barangan dan perkhidmatan. Dengan itu, kos barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan rakyat tidak lagi dibebani dengan harga yang lebih tinggi akibat cukai berganda dan bertindih

Ciri GST yang telus pula membolehkan kerajaan mengenal pasti kegiatan mengambil untung yang berlebihan oleh peniaga dan boleh melindungi rakyat dengan lebih mudah melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.  

GST juga lebih adil kepada peniaga yang jujur kerana, tanpa elemen cukai dalam kos, kos pengeluaran peniaga lebih rendah dan ini membolehkan harga barangan dan perkhidmatan mereka menjadi lebih kompetitif.

GST cuma `zalim' kepada peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan. GST mengakibatkan peniaga dalam kategori ini tidak lagi boleh menipu rakyat dengan mengambil keuntungan melampau. GST juga mengakibatkan mereka tidak lagi boleh menipu kerajaan dengan mengelak cukai, menipu pengisytiharan harga barangan yang diimport dan dihasilkan, mengutip cukai tetapi tidak menyerahkan kepada kerajaan dan menjalankan perniagaan-perniagaan haram dan meragukan.
Adakah ia lebih baik kepada ekonomi negara? Ya, kerana apabila peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan tidak lagi dapat mengelakkan cukai, sudah tentu hasil yang dikutip lebih baik berbanding di bawah SST ketika ini. 

Siapakah yang hendak dilindungi oleh Ku Li? Rakyat atau peniaga yang tamak dan menipu ini?

Ku Li juga bercakap seolah-olah ekonomi negara sedang mengalami krisis yang maha hebat. Sekali lagi, amat menghairankan apabila Ahli Parlimen BN sendiri seolah-olah tidak menyedari kewujudan dan tidak membaca laporan ekonomi yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan penilaian oleh IMF baru-baru ini. 

Mungkin Ku Li tidak sedar laporan BNM menyebut:-

1. Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 6.0% pada tahun 2014 (2013: 4.7%), didorong oleh kekuatan yang berterusan dalam permintaan domestik swasta dan disokong oleh peningkatan dalam prestasi perdagangan luar.

2. Kadar pengangguran menurun kepada 2.9%. 

3. Lebihan akaun semasa melebar berbanding tahun sebelumnya manakala tahap rizab antarabangsa kekal tinggi dan lebih daripada mencukupi untuk memenuhi kewajipan jangka pendek dan menyediakan penampan yang mencukupi terhadap kejutan luaran.

4. Jumlah aset BNM berjumlah RM427.6 bilion dengan keuntungan bersih sebanyak RM6.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014. BNM mengisytiharkan dividen sebanyak RM3.0 bilion kepada Kerajaan bagi tahun 2014

Ku Li juga mungkin tidak membaca laporan Lembaga Eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 13 Februari, 2015, yang menyimpulkan Perkara IV Rundingan 1 dengan Malaysia antaranya seperti berikut:-

1. Ekonomi yang pelbagai di Malaysia terus menunjukkan prestasi yang baik pada tahun 2014. Pertumbuhan pesat kepada 5.9 peratus, disokong oleh permintaan domestik swasta yang kukuh dan pemulihan dalam eksport. Kos elektrik yang rendah membantu membendung inflasi kepada 3.1 peratus walaupun selepas penghapusan subsidi bahan api dan kenaikan tarif elektrik. Trend pelaburan kekal meningkat, mencapai 26.8 peratus daripada KDNK pada tahun 2014, didorong oleh keadaan kewangan yang akomodatif dan perbelanjaan awam yang berterusan ke atas infrastruktur. 

2. Penyatuan fiskal adalah tepat pada masanya, dengan kadar yang sesuai, dan kekal di landasan yang betul. Kerajaan baru-baru ini menyemak semula bajet persekutuan yang menyebabkan sedikit perubahan pada siling defisit bajet, kepada 3.2 peratus daripada 3.0 peratus KDNK, dalam tindak balas yang tepat dan pragmatik kepada penurunan harga minyak mentah antarabangsa yang mendadak baru-baru ini. Mereka mengambil tindakan fiskal yang berani pada tahun 2014, meneruskan gerakan beberapa tahun lagi bagi mengurangkan subsidi yang tinggi dan tidak tersasar.

Mengenai soal hutang negara pula, seperti yang telah berulang kali diulas bahawa hutang negara masih berada di dalam keadaan terkawal, iaitu di bawah paras 55% KDNK. Jumlah bayaran khidmat hutang dalam Bajet 2015 kekal stabil pada kadar 9 - 10.3% daripada jumlah hasil pendapatan negara.

Manakala mengenai soal Hutang Domestik, statistik BNM pada tahun 2013 menunjukkan bahawa ia meningkat akibat krisis kewangan global. Sebahagian besar Hutang Domestik ini disumbangkan oleh rakyat Malaysia, terutamanya disebabkan oleh pembelian hartanah (52%), baik untuk kediaman (44%) dan bukan kediaman (8%), pembelian kenderaan (18%), hutang peribadi (17%), pembelian saham (6%), kad kredit (4%) dan lain-lain hutang (3%).
Dalam hal ini bukannya BNM langsung tidak mengambil sebarang langkah untuk mengawalnya. Antara langkah yang diambil oleh BNM adalah dengan mengeluarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang menetapkan kelayakan permohonan pinjaman bank perlu berdasarkan pendapatan bersih dan bukan lagi pendapatan kasar pemohon. BNM juga mengehadkan tempoh pembiayaan pinjaman kenderaan dan pembelian rumah.

Di bawah garis panduan tanggungjawab pembiayaan ini, permohonan pemohon juga dinilai berdasarkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai serta mengambil kira semua tanggungan hutang semasa melibatkan segmen runcit seperti pembiayaan kediaman, kenderaan, kad kredit dan kad caj, pinjaman peribadi termasuk kemudahan overdraf dan pembiayaan bagi pembelian sekuriti kecuali pembiayaan margin saham.

Nampaknya banyak perkara yang tidak diketahui oleh Ku Li dan menjelaskan kenapa Ku Li sudah tidak lagi relevan.

Bagi penulis sendiri, Ku Li bukanlah politikus yang penulis hormati kerana beberapa sebab, antaranya, pertama penulis tidak nampak pencapaiannya yang hebat sebagai Menteri Kewangan suatu ketika dulu, kedua, Skandal BMF berlaku pada zaman Ku Li menjadi Menteri Kewangan, ketiga, dalam melaksanakan agenda Bumiputera, Ku Li tidak setanding Tun Daim Zainuddin yang lebih menonjol dalam melahirkan ramai jutawawan Bumiputera dan mempertingkatkan agenda Bumiputera, keempat, sikap tidak dapat menerima kekalahan (sore loser) dalam pemilihan parti dan perbuatan khianat penyokongnya telah mengakibatkan pendaftaran UMNO dibatalkan, kelima, tindak tanduk dan disiplinnya sebagai wakil rakyat BN dalam isu Wang Minyak Kelantan, penglibatannya dalam video klip `Undilah' dan perbualan twitternya dengan Lim Kit Siang sebelum PRU-13.

Tiada ulasan: