Selasa, 17 Mac 2015

5201. Allah Tuhan Yang Melindungi Ghaibah/Aib Hamba-hamba-Nya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  

Musim panas dan kurangnya hujan dewasa ini di Kebanyakan Tempat Di Semenanjung Malaysia. Renungkanlah dan perbetulkan, apa salah yang telah kita dan orang lain di Semenanjung Malaysia telah lakukan. Kisah di bawah mengajak kita bermuhasabah diri kerana Allah. 
  • MENEROPONG DI ZAMAN NABI MUSA - Belajar menyembunyikan aib saudara sesama hamba Allah. 

    Pada zaman Nabi Musa as berlaku satu kemarau yang panjang. Nabi Musa bersama 70000 umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tetapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui Nabi Musa as digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.
    Maka Nabi Musa as pun berbicara dengan Allah., "Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku." Lalu Allah menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

    Sejurus itu bertanya Nabi Musa kepada umatnya, "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat? Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini." Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat ini maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun.

    Lalu dalam diam dia pun berkata berdoa didalam hatinya, lantas memohon agar Allah mengampunkan dosanya dan menyesali segala perbuatan dan dosa-dosanya itu. Tak lama selepas itu, hujan pun mula turun. Nabi Musa kehairanan. Tiada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini, tetapi Allah menurunkan hujan.

    Lalu Nabi Musa bertanya kepada Allah lagi, "Mengapa Engkau menurunkan hujan wahai Allah?" Lalu, ALLAH menjawab kerana telah bertaubat orang tersebut. Nabi Musa bertanya kepada Allah, "Bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya itu? Allah menjawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepadaKu?"

    Banyak yang kita boleh belajar ya!
    1. JAUHI MENCUNGKIL AIB ORANG.
    2. TUTUPLAH KEBURUKAN SAUDARA KITA.
    3. UMAT TERBAIK HANYA CAKAP YANG BAIK SAJA.
    4. DUNIA DIPENUHI KINIi DENGAN BENDA-BENDA YANG NEGATIF, JANGAN DITAMBAH LAGI.

    Buat renungan kita bersama..
    Ber"Blogspot"lah dengan sentiasa mengingat Allah. Menjaga tutur bicara tulisan kerana inilah saksi kita di alam kubur dan alam Akhirat kelak.

    Aamiin Allahumma Aamiin.

    Sumber: (Explorer)

    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: