Selasa, 3 Mac 2015

5172. Membina Taqwa dalam Roh.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

Author Topic: TAQWA  (Read 2997 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

02 January, 2008, 10:01:29 AM



  • Publish


  • Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya.

    Berkata Abdullaah AlHakam kepada Imam Syafie' rahimahullaah ketika Imam Syafie' datang ke Mesir: 'Jika engkau berniat menduduki Mesir maka hendaklah engkau mempunyai simpanan makanan selama setahun, dan hendaklah engkau ada tempat di sisi sultan supaya engkat boleh kuat dan stabil hidup engkau dengannya.'

    Lalu Imam Syafie' : 'Wahai Abu Muhammad, barangsiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya, aku dilahirkan di Ghazzah, dibesarkan di Hijaz, tak pernah ada di sisi kami simpanan makanan untuk malam, akan tetapi sekalipun kami tidak pernah tidur dalam kelaparan!!'

    عن أبي سعيد بن أبى فضالةَ قال : سمعتُ رسولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يقولُ : إذا جمعَ اللهُ الناسَ يومَ القِيامةِ ليَومِ لا رَيبَ فيهِ نادى منادٍ مَن كانَ أَشْرَكَ في عَمَلِ عَمِلَه للهِ أَحدًا فَليَطْلُبْ ثَوابَهُ مِن عِندِ غَيرِ اللهِ فإِنَّ اللهَ أَغْنَى الشُّرَكاءِ عَن الشِّرْكِ
    . حسن غريب
    Nota : Perkataan  عَمِلَه =  dibaca a'milahu

    Daripada Abi Said Bin Abi Fadhoolah Al-Anshooriy katanya : Telah aku dengar Rasulallaah saw. bersabda baginda :
    Apabila Allah swt. telah mengumpulkan manusia pada Hari Qiamat untuk hari yang tiada keraguan padanya, berseru yang berseru (Malaikat) : Sesiapa yang menyegutukan Allah pada suatu amalan yang diamalkannya kerana Allah dengan seseorang yang lain, maka hendaklah ia menuntut pahalanya daripada sisi selain Allah swt., kerana bahawa sesungguhnya Allah swt. itu tiada berhajat akan segala penyengutuan daripada sekutuan yang lain.
    « Last Edit: 08 October, 2009, 11:40:19 AM by Ummi Munaliza »
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 08 October, 2009, 11:39:06 AM



  • Publish


  • MEMBINA TAQWA DALAM DIRI

    *  Dari segi bahasa berasal daripada perkataan “wiqayah” : memelihara.
    * Maksud kepada pemeliharaan itu adalah memelihara hubungan baik dengan Allah SWT., memelihara diri daripada sesuatu yang dilarangNya. Melaksanakan segala titah perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

    * Rasulullah SAW pernah ditanya maksud taqwa. Baginda menjelaskannya seperti maksudnya yang berikut :
    * “pernahkah engkau bertemu jalan yang banyak duri dan bagaimana tindakanmu waktu itu? Orang itu menjawab, apabila aku melihat duri aku mengelak ke tempat yang tidak ada duri atau aku langkahi atau aku mundur. Abu hurairah menjawab, itulah dia taqwa.

    * Taqwa juga boleh didefinisikan sebagai pelaksanaan tuntutan rukun iman dan amal salih, takut melaksanakan larangan allah dan berani melaksanakan titah perintahNya.
    * Juga seronok atau ketagih melakukan titah perintahNya dan jijik atau benci melakukan laranganNya

    SURUHAN BERTAQWA

    * Firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 102 yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu beragama Islam.

    Dalil Hadith

    * “Bertaqwalah kamu semua kepada Allah, kerjakanlah solatmu lima waktu, puasalah dalam bulanmu- yakni puasa wajib dalam bulan ramadhan – tunaikanlah zakat harta bendamu untuk mensucikan dirimu, taatilah orang yang memegang pemerintahan di kalangan kamu- yakni dari golongan kaum muslimin. Dengan melaksanakan semuanya itu kamu semua dapat memasuki syurga Tuhanmu” (Hadiht riwayat Hakim dari Abu Umamah)

    CIRI-CIRI ORANG BERTAQWA

        * Menunaikan suruhan Allah SWT seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji
        * Memiliki sifat-sifat mahmudah seperti sabar, mengasihani, tekun, bertangggungjawab
        * Meninggalkan larangan Allah SWT

    Kaedah Membina Taqwa

        * Mengenali diri sendiri sebagai hamba Allah dan khalifah.
        * Mendekatkan diri dengan Allah melalui istiqamah dalam ibadah
        * Melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagai hamba dan Khalifah
        * Melazimkan diri dalam suasana kebaikan (biah solehah) dan menghindarkan diri dari perkara-perkara yang dilarang.

    Kenapa Taqwa penting dalam kehidupan


        * Tuntutan Aqidah ( Arahan Allah dan Rasul)
        * Mengetahui Kelemahan/kekurangan & kekuatan
        * Persediaan Memperbaiki diri / keluarga dan organisasi
        * Melahirkan keinsafan & membentuk insan yang bersyukur.
        * Meningkatkan usaha / amalan
        * Menyediakan bekalan
        * Menjana Kekuatan
        * Akan disoal di akhirat
        * Menerima balasan syurga/ neraka

    Kesan Taqwa

    * Membentuk hati supaya sentiasa berada dalam jurusan yang betul
    * Membentuk peribadi / akhlak diri, keluarga dan masyarakat spt: tanggungjawab,amanah, jujur dll
    * Memiliki persepsi dan pandangan yang seimbang yang merangkumi hubungan dengan Allah, diri sendiri, masyarakat sekeliling (manusia) dan alam sekitar

    Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110 yang bermaksud:
    “Kamu ( wahai Muhammad ) adalah sebaik-baik umat manusia, ( kerana ) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala yang salah ( buruk dan keji ), serta kamu pula beriman kepada Allah ( dengan sebenar-benar iman )”

    Ganjaran bagi orang bertaqwa

        * Mendapat kemuliaan
        * Kejayaan di dunia dan akhirat
        * Ketenangan hidup
        * Kemanisan beribadat
        * Diperluaskan rezeki

    “ Barangsiapa yg bertaqwa Allah akan menunjukkan jalan keluar baginya dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangkakan”.( surah al-Talaq 2-3 )

    KESIMPULAN

    TAQWA ADALAH ASAS YANG PERLU ADA DALAH HIDUP MANUSIA UNTUK MENJAMIN KEHIDUPAN YANG HARMONI
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    miftahul jannah

    • *
    • jihad fisabilalLAH...
      • View Profile
    Reply #2 08 October, 2009, 12:02:02 PM



  • Publish
  • "seorang yang bertaqwa sudah semestinya dia beriman..namun seorang yang beriman belum tentu dia bertaqwa..." wallahu'alam..
    « Last Edit: 08 October, 2009, 12:03:47 PM by miftahul jannah »

    halawah

    • *
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #3 05 September, 2010, 05:09:22 PM



  • Publish




  • Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya.

    Berkata Abdullaah AlHakam kepada Imam Syafie' rahimahullaah ketika Imam Syafie' datang ke Mesir: 'Jika engkau berniat menduduki Mesir maka hendaklah engkau mempunyai simpanan makanan selama setahun, dan hendaklah engkau ada tempat di sisi sultan supaya engkat boleh kuat dan stabil hidup engkau dengannya.'

    Lalu Imam Syafie' : 'Wahai Abu Muhammad, barangsiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya, aku dilahirkan di Ghazzah, dibesarkan di Hijaz, tak pernah ada di sisi kami simpanan makanan untuk malam, akan tetapi sekalipun kami tidak pernah tidur dalam kelaparan!!'


    عن أبي سعيد بن أبى فضالةَ قال : سمعتُ رسولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يقولُ : إذا جمعَ اللهُ الناسَ يومَ القِيامةِ ليَومِ لا رَيبَ فيهِ نادى منادٍ مَن كانَ أَشْرَكَ في عَمَلِ عَمِلَه للهِ أَحدًا فَليَطْلُبْ ثَوابَهُ مِن عِندِ غَيرِ اللهِ فإِنَّ اللهَ أَغْنَى الشُّرَكاءِ عَن الشِّرْكِ
    . حسن غريب
    Nota : Perkataan  عَمِلَه =  dibaca a'milahu

    Daripada Abi Said Bin Abi Fadhoolah Al-Anshooriy katanya : Telah aku dengar Rasulallaah saw. bersabda baginda :
    Apabila Allah swt. telah mengumpulkan manusia pada Hari Qiamat untuk hari yang tiada keraguan padanya, berseru yang berseru (Malaikat) : Sesiapa yang menyegutukan Allah pada suatu amalan yang diamalkannya kerana Allah dengan seseorang yang lain, maka hendaklah ia menuntut pahalanya daripada sisi selain Allah swt., kerana bahawa sesungguhnya Allah swt. itu tiada berhajat akan segala penyengutuan daripada sekutuan yang lain.
    :)  :msya: Syukur ada yang menyusun topik ini.Semoga Ilmu ini menjadi pokok Iman yang Kukoh dan tundukku pada ALLAH swt Yang menjadikan ALAM sejagat..=Madrasah Alamiyah.. :syukur:
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Reply #4 05 September, 2010, 06:43:37 PM



  • Publish

  • kelebihan yang Allah s.w.t berikan kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa melebihi segala nikmat yang ada di dunia ini

    Reply #5 05 September, 2010, 06:45:17 PM



  • Publish

  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    (3:103)  Dan berpeganglah kamu semuanya kpd tali (agama) Allah, & janganlah kamu bercerai berai, & ingatlah akan ni'mat Allah kpdmu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu krn ni'mat Allah, org2 yg bersaudara; & kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dr pdnya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kpdmu, agar kamu mendapat petunjuk.

    divider3
    halaqahforum4



    • Sumber: ()
      My Dashboard. 
      IP
      s3v3n

      s3v3n
      Renungan 1:
      Hm..kawan saya menegur dengan nada agak tinggi..
      Pendek kata, macam marah budak2...
      Sekenal saya akan kawan saya ini, dia agak moody..
      Tapi, saya faham, kadang2 dia ada banyak perkara nak fikir (orang psikologi kan..)
      Cuma, kerana satu perkara dia marah pada saya, dia diamkan..
      Tak luahkan secara perkataan..
      Tapi, secara perbuatan (marah-marah. pernah sekali, saya bertembung dgn dia untuk urusan kerja, saya beritahu dia dgn baik satu perkara itu. terus tinggi suara dia pada saya. sekeliling orang boleh dgr suara dia. masa itu, saya rasa seperti budak2 dimarahi mak ayahnya)

      :sedihnya:..
      Kadang-kadang, saya kecil hati dgn tindakannya..
      Buka saya tidak boleh ditegur. cuma saya tak boleh ditegur kasar..
      Bila saya minta maaf, dia buat muka..adoyai.. 

      Renungan 2: 
      Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah."

      Nabi Muhammad bersabda:
      "Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah."
      (Hadis riwayat Bukhari).

      Oleh itu wahai saudari SrikandiPejuang,
      Aku sungguh kagum dengan tindakanmu yang berupaya untuk tidak melawan balik(marah) apabila dimarahi dengan cara yang memalukan itu. Dan aku faham betapa pedihnya hatimu tatkala diperlakukan seperti itu. Bersabarlah sayang...sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

      Berikut adalah secebis kata-kata dariku untukmu dan ditujukan untuk diriku juga;

      Cubalah memaafkan apabila hati sudah terguris..
      Lupakanlah yang hati kita pernah disakiti...
      Bertenanglah dan usahlah berdendam apabila diri dihina sedemikian rupa..

      Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuklah diri kita.
      Apakah kita jamin yang kita tidak pernah dan tidak akan membuat salah dan silap?
      Jika sesuatu perkara yang tidak diingini telah menimpa diri kita, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri?Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya.

      Bila orang buat salah dengan kita, selidiklah dahulu apakah dosa yang kita telah lakukan sebelum ini sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuaian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'Aku memang patut dihukum!' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita itu hanyalah sebagai perantaraan sahaja.

      Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.

      BERSABARLAH DUHAI SAYANG....

    Tiada ulasan: