بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.
Wednesday, 13 May 2015
Berita Gempar Hari Ini
GLC Bail Out 1MDB. Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini 
mendakwa Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut terlibat "meminjamkan" 
wang kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas 
Lembaga Tabung Haji, melalui pembelian RM579.2 juta sukuk.
Rafizi memetik akhbar The Star yang melaporkan 1MDB mengeluarkan sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lepas kepada PNB dan Tabung Haji.
"Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu Tabung Haji dan PNB," kata Rafizi, pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
"Ini bermakna, sejumlah RM920.8 juta dipinjamkan oleh Tabung Haji kepada
 1MDB. Baki RM579.2 juta dipinjamkan oleh PNB kepada 1MDB," kata ahli 
Parlimen Pandan itu.
Beliau berkata, sukuk itu tidak disenaraikan dan tidak didagangkan secara aktif di pasaran bon.
"Ia adalah kertas hutang yang dirundingkan secara terus di antara 1MDB dengan Tabung Haji dan PNB," katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, oleh kerana ia tidak disenaraikan, sukuk itu tidak ditarafkan seperti mana-mana kertas lain.
GLC Bail Out 1MDB
"Hutang RM1.5 bilion ini dijamin dengan cagaran tanah Bandar Malaysia 
(yang diberikan oleh Putrajaya kepada 1MDB) dan janji kutipan sewa di 
Bandar Malaysia (apabila siap), dan akan digunakan untuk membayar hutang
 RM1.5 bilion ini," kata Rafizi.
Beliau berkata, hasil semakannya mendapati, 1MDB merancang menerbitkan 
sehingga RM2.5 bilion sukuk bagi membiayai pembangunan Bandar Malaysia, 
di samping hutang sebanyak RM2 bilion yang diperolehi dari Ambank, juga 
bagi tujuan pembangunan Bandar Malaysia.
Rafizi berkata, malangnya sehingga hari ini Bandar Malaysia belum 
memperlihatkan kemajuan meyakinkan yang boleh mendatangkan keuntungan 
dan membantu 1MDB membayar balik hutang kepada Tabung Haji dan PNB.
"Di mana lapangan terbang di Ipoh dan kem tentera baharu di Negeri 
Sembilan yang merupakan sebahagian program pemindahan infrastruktur 
tentera Malaysia apabila Kem Sungai Besi diserahkan kepada 1MDB?
"Soalan paling besar, apa yang terjadi kepada RM3.5 bilion (RM1.5 bilion
 daripada sukuk pinjaman Tabung Haji dan PNB, dan RM2 bilion pinjaman 
Ambank), yang dipinjamkan setakat ini kononnya untuk membangunkan Bandar
 Malaysia?" soal Rafizi.
Menurutnya, penglibatan PNB dalam memberi hutang kepada 1MDB mengesahkan
 kebimbangannya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan 
menggunakan dana awam menyelamatkan syarikat bermasalah itu.
Minggu lalu, Tabung Haji dikritik hebat apabila didedahkan membeli 
sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM188.5 juta 
daripada 1MDB.
Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudian berkata lembaga itu dinasihati Najib menjual tanah itu kepada pihak swasta.
Sumber:
http://addindeen.blogspot.com/2015/05/pendedahan-mengejutkan-lagi-glc-bail.html

Tiada ulasan:
Catat Ulasan