Rabu, 13 Mei 2015

5230. Rayuan agar tidak mudah terpengaruh - Matlamat Azeez hanya mahu bekerja untuk ummah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

Tuesday, May 12, 2015

Azeez tidak guna kedudukan untuk berpolitik - Mohamad Fadli

 
Azeez-Abdul-Rahim
Sejak dilantik Pengerusi TH pada 1 Julai 2013, matlamat Azeez hanya mahu bekerja untuk ummah.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku beliau tidak menggunakan kedudukannya dalam Lembaga Tabung Haji (TH) untuk bermain politik.

Sejak dilantik sebagai Pengerusi TH pada 1 Julai 2013, Azeez berkata matlamatnya hanyalah satu iaitu bekerja untuk ummah.

Sehubungan itu, beliau merayu orang ramai tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa beliau menggunakan kedudukkannya untuk berpolitik.

“Saya merayu jangan terpedaya dengan dakyah permainan politik. Saya tak pernah bermain politik dalam TH.

“Sejak jadi pengerusi TH pada 1 Julai 2013, saya buat untuk semua untuk ummah dan tidak berfikir untuk bermain politik,” katanya selepas menghadiri perjumpaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Baling itu berkata, isu TH telah dibincangkan dalam mesyuarat UMNO dan diterima baik oleh MT.

“Di dalam MT, saya sudah buat penjelasan pada semua rakan-rakan dan Alhamdulillah mereka terima dan beri pandangan yang membina,” katanya.

Azeez juga menegaskan tidak ada unsur kerugian dan penipuan dalam jual beli tanah 1MDB.

Katanya, banyak pihak yang berminat untuk membeli tanah TH di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1MDB dengan harga RM188.5 juta.

Beliau menegaskan, buat masa ini TH sedang menyediakan proses tender terbaik bagi pihak yang berminat membeli tanah itu.

TH membuat keputusan menjual balik tanah yang dibeli daripada 1MDB atas nasihat oleh Najib, selepas kontroversi pembelian yang dikaitkan dengan cubaan untuk ‘bail out’ 1MDB.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang memetik laporan The Edge sebelum ini mendakwa nilai tanah yang dibeli TH hampir sama nilai hutang yang perlu dibayar 1MDB dalam tempoh terdekat.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa.
Sumber:
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/05/azeez-tidak-guna-kedudukan-untuk.html

Tiada ulasan: