Isnin, 18 Mei 2015

5238. Kes boleh berakhir di mahkamah, tapi tak boleh hilang dari ingatan rakyat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Wei Najib .. kes Altantuya boleh berakhir di mahkamah, tapi tak boleh hilang dari ingatan rakyat

    PBO™ pada pen buruk online ™ - 6 jam yang lalu
    Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak terus menyerang Dr Mahathir Mohamad dengan menimbulkan keraguan mengapa bekas perdana menteri itu membangkitkan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang berlaku lapan tahun lalu. Kes Altantuya adalah yang pertama tersenarai dalam soalan lazim (FAQ) dalam blog perdana menteri itu Dalam jawapannya, Najib mempersoalkan mengapa "individu

    Where’s the balance of RM27bn 1MDB money?

    atsixty pada ZAKRI ALI - 6 jam yang lalu

    *[image: najib_mahathir_1mdb_600]* *Purchases of power companies and three parcels of land only come to RM14.7bn najib_mahathir_1mdb_600By TK Chua A news report quoted our Prime Minister as saying that “the RM42 billion was not lost; the money was now part of the Tun Razak Exchange (TRX) and Bandar Malaysia land bank”. In accounting we learned that when we borrow money, the liability side is represented by the debts we owe while the asset side is represented either by cash in bank or the assets we bought through the borrowing we obtained. In this occa... lagi »

    Extra:

    Pakar akui GST perlu untuk selamatkan ekonomi negara yang semakin tenat..


    Ketika kemarahan rakyat meningkat dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan seruan dibuat supaya ia dimansuhkan, ahli ekonomi dan pakar percukaian memberi amaran, sekiranya Putrajaya mengambil langkah berundur, ia membawa bencana kepada ekonomi negara yang sedia tenat.

    Pada April, negara melaksanakan pembaharuan cukai terbesarnya dalam beberapa dekad dengan memperkenalkan GST.

    Katanya, cukai pelbagai peringkat itu akan menambah hasil kerajaan dan ini amat diperlukan bagi mengimbangi defisit negara yang meningkat.

    Malaysia merupakan salah satu negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di rantau ini, dan keyakinan pelabur yang rendah sepanjang tahun lalu menyebabkan bon dan pasaran sahamnya mengalami prestasi yang kurang memberangsangkan.

    Pakar mengatakan, pelaksanaan GST sudah lama tertangguh – hanya 2 juta dari 28 juta penduduk Malaysia pada masa ini membayar cukai pendapatan – dan pendapatan kerajaan yang bertambah akan mengurangkan hutang kerajaan yang semakin meningkat.

    "Pada dasarnya, GST menyebarluaskan beban itu supaya ia tidak tertumpu kepada satu kumpulan kecil pembayar cukai yang kini menampung perbelanjaan golongan majoriti," kata ketua ahli ekonomi Kumpulan Penyelidikan RHB Lim Chee Sing.

    "Ia akan membolehkan kita memperluaskan asas cukai dan membenarkan kerajaan meraih lebih banyak pendapatan bagi menguruskan kewangan dengan lebih baik."

    Bagaimanapun, kekeliruan mengenai bagaimana cukai itu dijalankan, senarai pengecualian cukai yang semakin panjang dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sehingga 30% dalam beberapa keadaan, menimbulkan masalah kepada pelaksanaannya.

    Pada 1 Mei, ribuan penunjuk perasaan berhimpun di jalan raya menyeru cukai itu dihapuskan, memetik kesusahan yang dialami golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan harga hampir semua keperluan asas rumah dan bahan makanan.

    Tetapi, ahli ekonomi dan pakar memberi amaran, sekiranya GST dibatalkan, ia akan lebih menjejaskan keyakinan pelabur, dan mengundang masalah jangka panjang yang lebih besar bagi ekonomi negara.

    Pada Januari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melebarkan sasaran defisit fiskal negara kepada 3.2% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi 2015 dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengimbangi penurunan harga minyak global.

    Hasil kerajaan banyak bergantung kepada pendapatan daripada jualan minyak dan gas yang juga membantu mengawal hutang negara.

    “Kita tidak mampu untuk membatalkan GST. Ia akan bawa bencana kepada negara, ia akan hancurkan kita," Lim memberitahu The Malaysian Insider.

    Beliau berkata, kajian terhadap GST bermula lebih 2 dekad yang lalu di Malaysia, dan keputusan melaksanakannya ditangguhkan beberapa kali.

    "Sampai bila baru kita akan bersedia? Kita sebenarnya sudah menangguhkannya begitu lama. Kita tak boleh bertahan lagi," katanya.

    Ahli akademik cukai Jeyapalan Kasipillai berkata, walaupun kerajaan berhak membatalkan keputusan melaksanakan GST itu, ia akan jadi satu tindakan yang "melulu dan tidak bertanggungjawab".

    “Pada pengetahuan saya, tiada negara dalam dunia ini yang melaksanakan GST dan kemudian membatalkannya," katanya.

    "Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit, mengambil kira-kira 3,000 kakitangan Jabatan Kastam. Sektor perniagaan membelanjakan banyak wang melatih kakitangan mereka, dan membeli software," kata beliau yang merupakan ahli Kumpulan Pemantau GST Kementerian Kewangan.

    "Semua negara melalui masalah pada peringkat awal dalam 6 bulan hingga 1 tahun pertama. Selepas setahun, apabila semuanya sudah teratur, ia akan diterima dan pemantauan akan mempunyai impak yang lebih besar," katanya.

    Beliau berkata, negara tidak akan dapat mencapai status negara maju tanpa peningkatan yang amat diperlukan dalam hasil daripada kutipan cukai.

    "Kita tak sepatutnya bercakap tentang menghapuskan GST, sebaliknya, cabarannya ialah tentang bagaimana memperbaiki mekanisme ini," kata Jeyapalan.

    Bagaimanapun, persepsi orang ramai terhadap GST itu kekal negatif, diburukkan lagi dengan kemunculan skandal rasuah paling teruk dalam sejarah negara, iaitu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan berbilion ringgit.

    Mereka yang menentang sistem percukaian itu merujuk kepada ketidakupayaan Najib menguruskan kewangan negara dengan baik sebagai bukti GST hanya semata-mata penyelesaian "mudah dan segera" kepada masalah ekonomi negara ini, dan peningkatan hasil kerajaan persekutuan tidak akan mengatasi masalah hutang kerajaan yang semakin meningkat.

    “Masalah kita bukannya tentang hasil kerajaan," kata Tony Pua, ketua publisiti DAP.

    "Perolehan kerajaan kita banyak didorong hasil minyak sejak 8 tahun lepas, dan ia langsung tidak membantu mengekang corak struktur perbelanjaan berlebihan kita, yang kemudiannya mengakibatkan peningkatan dalam hutang kerajaan persekutuan," katanya.

    Pua berkata, menambahkan kutipan cukai bagi menangani masalah hutang Malaysia ialah seperti "merawat gejala penyakit dan bukannya mendiagnosis punca penyakit".

    "Sebab utama defisit berterusan negara ialah tabiat berbelanja yang lama bertapak dalam kerajaan," katanya kepada The Malaysian Insider.

    "Oleh itu, dengan melaksanakan GST hari ini, ia hanya akan meningkatkan kepayahan dan beban rakyat biasa tanpa mengubati perilaku boros kerajaan yang kronik.

    "Rasuah, pembaziran, ketidakcekapan, perkhidmatan awam yang terlebih besar dan lain-lain bentuk ketirisan... semua ini isu yang perlu ditangani terlebih dahulu.”Sumber:
    darisungaiderhaka.blogspot.com

    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: